m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, December 27, 2012

Kenalan baruku orang Nigeria

Beberapa minggu lepas aku turun ke gelanggang Titiwangsa untuk bermain tenis dengan kengkawanku. Sedang kami memanaskan badan di gelanggang, tiba-tiba muncul seorang warga Negro yang membawa bersamanya beg tenis, duduk di tepi gelanggang. Mula-mula kami mengabaikannya. Kemudian Abang Haji Nordin yang agak kehairanan menanyakan warga Negro itu, "Which court did you book?" "I didn't book any court. This is the first time I come here." Mendengarkan jawapan yang diberikan, kami pun mengajaknya bermain tenis bersama kami. Setelah agak puas bermain, barulah aku mendekati warga Negro itu dan bertanya, "What's your name?" "Eke", jawabnya ringkas. "You're from which country?" "Nigeria". Tepat agakanku. Lantas aku menyuruhnya masuk ke gelanggang dan bermain tenis bersama kami.

Foong dan Eke di gelanggang.
Eke, bukanlah pemain yang hebat. Tapi pukulannya agak mengelirukan jugak, terutamanya pukulan servis - underspin dan melencong. Aku yang partner dengan Syed Hakim kalah kepadanya yang berpasangan dengan Foong. Kami tak banyak berbual dengan warga Nigeria itu. Setelah tamat waktu tempahan gelanggang, Eke mintak diri dan berlalu. Aku rasa kawan-kawanku yang lain juga sependapat dengan aku. Mungkin Eke bukanlah seorang warga Nigeria yang kaki penipu a.k.a. Mr Conman. Tapi sekadar berhati-hati, kerana reputasi warga Nigeria memang tak begitu baik di pandangan masyarakat Malaysia. Aku harap Eke bukan salah seorang dari kelompok yang jahat itu. Apa-apa pun, kami telah memperlihatkan kesantunan budi bicara warga Malaysia terhadap seorang pelancong asing yang kami sama sekali tak mengenalinya. Inilah cara orang Malaysia melayan tetamu-tetamunya.

Syed dan Abang Aziz tumpas kepada Eke dan Foong.
Syed Hakim dah lama tak turun gelanggang.

4 comments:

  1. Harap-harap gitu lah.. semoga dia orang yang baik budi~luar & dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berharap jugak agar tak terserempak lagi dengan mamat tu...

      Delete
  2. Hahaha :D... eh kenapa pula berharap gitu, bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. First encounter mungkin okay, takut encounter yg seterusnya jadi tak okay ...

      Delete