m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, January 29, 2019

Tenis TTC lawan Ambank: Perjuangan yang belum selesai

Bahagian 6

Ini masih lagi lanjutan dari kisah Team TTC yang diwakili oleh Awee dan Fashli menentang Team Ambank. Aku tak tengok full game. Tapi setakat yang sempat aku tengok, memang perlawanan ini sangat sengit keadaannya. Saling balas-membalas pukulan. Saling smash-men-smash. Back to back. Saling kejar-mengejar. Masa Team Ambank kejar, Team TTC lari. Masa Team TTC kejar, Team Ambank pulak lari. Malah ada kalanya, penonton pulak yang lari. Bertempiaran ke segenap penjuru gelanggang tanpa ada sebab yang munasabah.

Berfikir sejenak sama ada nak buat servis atau tidak.
Keputusan telah dibuat - servis akan dilakukan.
Bersedia untuk membaling bola.
Bola pun dibaling.
Tegak di atas kepala.
Dengan menggunakan kuasa jet, ia terbang ke angkasa untuk memukul bola.
Bola pun dipukul. "Aduh! Sakitnya!" kata si bola.
Aku yang menonton aje pun jadi sangat penat dan tercungap-cungap. Apa lagi para pemainnya. Semua pemain tak sempat mengukir senyuman. Mahu pun Awee. Tali reket sampai putus. Frame reket ada yang patah. Begitu kuatnya impak pukulan bola oleh para pemain yang mempunyai tenaga bak badak sumbu dan gorila ini. Beberapa kali juga gelanggang tenis terpaksa buat resurface pasal dah teruk dikerjakan oleh para pemain pada ketika itu. Chair Umpire pun terpaksa bertukar-tukar sampai lima orang pasal kesemuanya mendapat sakit jantung bila mengadili perlawanan yang sangat mendebarkan ini. Namun demikian, sepertimana yang telah aku nyatakan sebelum ini, kemenangan akhirnya berpihak kepada Team TTC. Tahniah semua!

Bersambung...

Menanti bola yang tak kunjung tiba.
Selesai satu lagi babak yang mencemaskan.
Awee berasa menyesal dengan apa yang telah dilakukannya di gelanggang sebentar tadi.
Fashli memberi isyarat - lagi dua point nak menang.
"Tinggal dua point je lagi!"
"Dua point!!!" Ya lah, ya lah. We got your point.
Fashli minum air suam untuk menjaga kesihatan badan.
Air suam diteguk kemas.
Tapi kalau dapat air tembikai alangkah lebih bagus.
Menyesal tak bawak air tembikai tadi.
Bader hensem ni pun nak minum air jugak.
Terpaksa minum air suam jugak nampak gayanya.
"Kalau Fashli bawak air tembikai tadi, bolehlah aku mintak sedikit", bisik hati kecil brader hensem.
Di gelanggang sebelah, Cikgu Rusli masih lagi berjuang.
Perlawanan yang dah berlangsung tak kurang dari empat jam.

No comments:

Post a Comment