m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, January 11, 2019

Amier masuk SEMESTA: Nasi kebuli @ nasi keduli

Bahagian 4

Urusan di asrama telah pun beres. Sekarang masa untuk bersiar-siar di pekan Raub. Dan pemandu pelancong kami adalah Danish. Kami telah pun ditunjukkan oleh Danish lokasi stesen bas, kedai-kedai dan beberapa tempat lagi. Kini tiba masa untuk makan pulak. Aku tanya Danish, mana tempat makan yang spesel kat Raub ni? Danish tak dapat menjawab. Aku seboleh mungkin nak cari tempat makan yang bercirikan Pahang. Ada masakan kampung atau traditional. Ada ulam-ulaman. Ada gulai kampung. Ada ikan patin yang memang terkenal di Pahang. Sewaktu sedang meronda-ronda, aku ternampak sebuah restoran di celah-celah deretan bangunan lama yang kelihatannya agak lengang. Tetapi tertulis pada papan tandanya perkataan tradisional. Mungkin tempat makan yang ini menyajikan makanan setempat. Jadi kami pun masuk ke kedai ini untuk melihat apakah juadah yang tersedia untuk kami. 

Amier dan Danish makan dengan penuh berselera.
Amier ambil lauk ikan patin masak gulai tempoyak dan ayam goreng.
Inilah rupa nasi keduli atau nasi kebuli.
Amier dan Danish terus mencedok nasi putih ke dalam pinggan dan mengambil lauk-pauk pilihan. Aku dan isteri memilih menu lain. 

Isteriku bertanya kepada tuan kedai yang dikenali sebagai Mak Long, "Nasi keduli tu nasi apa?" 

"Itu nasi makanan diraja. Diadun dengan tujuh macam rempah ratus, serta lauk-pauk iringan seperti ayam goreng berempah, sambal hitam bilis, serunding ikan, dan jelatah sayuran. Nak cuba ke satu set? Kami bleh sediakan. Sedap rasanya," pujuk Mak Long agar kami mencuba.

"Baiklah Mak Long. Kalau begitu kata Mak Long, biarlah kami mencuba masakan diraja ini. Mohon bagi dua set," jawab isteriku.

Menikmati juadah.
Restoran Ratu Rasa.
Iklan masakan nasi diraja.
Tak lama menanti, nasi keduli atau juga dikenali sebagai nasi kebuli akhirnya tiba di hadapan kami. Dan kami pun mulalah operasi merasa makanan. Oh, by the way, nama restoran yang kami pergi ni ialah Restoran Ratu Rasa, Raub, Pahang. Lokasinya mungkin kurang strategik, sebab tulah tak ramai orang yang datang berkunjung. 

Okay. Berbalik kepada juadah yang kami makan tadi. Rasa nasi keduli ini memang unik. Nasinya berwarna kuning. Mungkin disebabkan oleh kunyit. Antara bahan yang diletakkan ke dalam masakan ini termasuklah lada hitam, ketumbar, serai dan halia. Sesiapa yang datang ke Raub memang wajar mencuba masakan diraja ini. Tak boleh ditemui ditempat lain. Nasi ini juga boleh dikategorikan sebagai nasi kesihatan kerana rempah ratus yang terkandung di dalamnya. Namun demikian, favourite aku adalah ikan patin masak gulai tempoyak. Sempat aku merasa sedikit lauk ikan patin yang diambil oleh Amier. Memang sangat sedap rasanya. Boleh mintak pihak restoran tolong panaskan kuah kalau mahu. Makan panas-panas lagilah power! Sebelum beredar, sempat jugak kami bergambar dengan Mak Long sebagai kenangan.

Bersambung... 

Bergambar dengan Mak Long.
Pengusaha masakan diraja warisan tradisi.


2 comments:

  1. Salam puan.. Anak saya dpt tawaran ke semesta.. Tp sekolah sekarang pun dah bagus smk ss18shah alam.. So sy nak tanya pendapat puan.. Ok x sekolah semesta ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Puan,
      Terima kasih kerana membaca blog ringkas saya. Anak saya telah berpindah sekolah ke Kajang setelah dua bulan berada di SEMESTA. Lebih dekat dengan rumah. Saya tak dapat memberi pandangan secara khusus. Tapi yg jelas anak saya tidak serasi di sana. Mungkin kerana ada kes-kes yg tidak disenanginya. Waktu itu SEMESTA masih belum ada Pengetua (kerana Pengetua lama telah bersara). Sekarang dengarnya dengan masuknya Pengetua baru di situ, keadaan pelajar telah semakin baik. Wallahua'lam.

      Delete