m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, January 1, 2019

Wacana Seni di DBP: Sembang pasal seni

Bahagian 1

7 April 2018 - Ini kisah tahun lepas. Kisah orang-orang seni berbicara secara ilmiah, dan menceritakan pengalaman masing-masing sepanjang berkecimpung dalam dunia seni. Khususnya dalam bidang teater. Tajuk wacana ini ialah "Era Kegemilangan, Harapan dan Cabaran Aktivis Teater Masa Kini" anjuran bersama DBP dan Persatuan Teater Malaysia (PTM). Majlis ini diadakan di Dewan Dato' Hassan Ahmad, Menara DBP, Kuala Lumpur. Panel jemputan terdiri dari Puan Hajjah Fauziah Nawi, Tuan Haji Kamarul AR dan Saudara Ku Seman Ku Hussain. Moderatornya pula adalah Saudara A. Wahab Hamzah.

Wacana Seni di DBP.
Para panel dan moderator sedang beraksi.
Tuan Haji Kamarul AR berhujah dengan penuh semangat.
Huraian subjek yang penuh menumpu.
"Bagaikan matahari yang memancar ke muka bumi."
Orang-orang kuat PTM - Saudara Ramasundran dan Presidennya Saudara Sakrani Shamsudin.
Kami sampai di DBP agak lewat. Majlis telah pun bermula. Kami bertiga terus dapatkan tempat duduk di barisan hadapan dan mula mengeluarkan kertas dan buku catatan. Aku pulak standby dengan kamera. Duduk di barisan hadapan memudahkan aku untuk bergerak bagi mengambil gambar dari sudut yang baik. Oleh kerana ini kisah lama, kisah tahun lepas, maka aku tak berapa ingat isi kandungan wacana ini. Yang aku ingat cuma Ibu Hajjah Fauziah Nawi ada bercerita pasal "teman" yang suka "menegur sapa" tetamu-tetamu di Sanggar Fauziah Nawi.

Amier dan Mamanya sedang mencatatkan sesuatu.
Saudara Ku Seman berbicara sebagai seorang pengkritik teater.
Butir ucapan beliau sangat serius kedengarannya.
Saudara Roslan Madun mengajukan satu soalan.
Panel forum mendengar dengan tekun.
Tetamu VIP.
Saudara Roslan Madun masih berbicara.
Dan tiga orang panel masih mendengar.
Perlu menumpu agar memahami apa yang tersurat dari bicara Saudara Roslan Madun.
Majlis berlangsung dengan sangat tenang. Para peserta dan penontonnya juga tenang-tenang saja. Idea-idea bernas dari atas dan bawah pentas diluahkan berterusan. Satu perbincangan yang serius, tetapi masih mampu menarik minat yang hadir, termasuk golongan muda yang datang dari pusat pengajian tinggi tempatan. Sesekali ada bicara humor dari Ibu Hajjah Fauziah Nawi yang menggugah minda-minda yang terleka seketika.

Bersambung...

Para perserta forum. Salman tidak terkecuali.
Saudara Wahab cuba menafsir maksud.
Saudara Ewan Deen pula mengemukakan pendapat.
Para hadirin diam memasang telinga.
Ibu Hajjah Fauziah Nawi memberikan penjelasan.
Saudara Sakrani dan Saudara Rama turut tekun mendengar.
Saudara Nazri sempat berutusan.
Antara hadirin di barisan belakang.
Saudara Badrul dan Saudara Rosli Rahman Adam.
Santai-santai di barisan belakang.

No comments:

Post a Comment