12 Januari 2019 - Tak sampai seminggu kami menghantar Amier ke SEMESTA, kami dah datang lagi ke Raub untuk melawat Amier. Sehari sebelum ni, Amier ada telefon. Nada suaranya macam happy aje. Dan Amier juga ada memesan agar kami datang ke sekolahnya pada hujung minggu. Aku hantar whatsapp kepada Pengetua. Pengetua kata kalau nak datang, kena datang selepas jam 12.00 tengah hari. Paginya pelajar tingkatan 1 ada program orientasi. Jadi kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Raub selepas solat zuhur. Sebenarnya kira-kira jam 3.15 petang.
|
Nampak kulit Amier macam dah gelap sikit. |
|
Tiga beradik bergabung. |
|
Mama pun bergabung sama. |
|
Dan finally Papa pulak bergabung dan ber-wefie. |
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub mengambil masa lebih sedikit dari sejam setengah. Jalan agak lapang. Kalau sesak, boleh jadi sampai dua jam. Kami tiba di SEMESTA pada kira-kira jam 5.00 petang. Kami mendaftar di pondok pengawal. Dan memesan agar memanggil Amier. Kami diarahkan tunggu di kantin sekolah. Agak lama juga kami di kantin sebelum Amier muncul mendapatkan kami. Rupanya Amier sedang solat asar ketika pengumuman memanggil namanya dibuat. Sabriena yang melihat kelibat abangnya terus tersengih-sengih dan ketawa keseronokan. Aku juga berasa lapang melihat Amier yang masih mengekalkan bentuk badannya yang bulat. Setelah bersalaman dan berpelukan, Amier terus duduk di kerusi kantin.
|
Wanie dan Amier. |
|
Sempat jugak Wanie menyakat Amier dalam pertemuan singkat ini. |
|
Amier dan Sabriena. |
Kami hulurkan kepada Amier sebekas laksa sarawak. Amier makan dengan penuh berselera. Mama dan Sabriena tumpang makan sama sebab tengah hari tadi tak sempat menjamah apa-apa. Selepas makan laksa, aku beli aiskerim potong dari kantin. Kami makan aiskerim beramai-ramai. Boleh tahan jugak rasa aiskerim potong tu. Lembut, lemak, terasa kenakannya sampai ke hujung perut.
Di kantin aku tak banyak bersembang dengan Amier. Dapat melihat wajahnya yang tembam tu pun dah menyeronokkan aku. Apa lagi bila berpelukan dan mencium pipinya yang berlesung pipit. Begitulah yang kulakukan setiap pagi kalau menghantar Amier ke sekolah kebangsaan. Selain laksa sarawak, Amier turut kami bekalkan dengan selembar sejadah putih dan beberapa helai baju t-shirt berkolar milikku yang dah agak sempit untuk kupakai. Lebih padan untuk Amier rasanya. Kira-kira jam 6.00 petang, kami perlu beredar sebab Amier pun perlu berkumpul dengan teman-teman tingkatan 1 yang lain. Okay. Bye-bye Amier. Jumaat depan kami datang lagi untuk bawak Amier pulang bercuti pulak.
|
Sabriena peluk abangnya. |
|
Teman bergurau dan teman bergaduhnya. |
Kami berhubungan dengan teman kami di Raub - Ienah dan Mohamad. Ienah ajak kami bertemu dan minum-minum atau makan-makan kat kedai. Setelah solat asar di pekan, Mohamad dan Ienah terus membawa kami ke sebuah restoran yang agak besar - Azmi Steam Tempoyak. Dari nama restoran ini saja dah boleh tau, specialty-nya ialah masakan ikan steam tempoyak. Jadi itulah yang kami pesan untuk makan berlima orang. Sabriena seorang aje yang pesan chicken chop. Yang lain makan ikan patin steam tempoyak dan beberapa lauk-pauk yang lain juga. Berselera sungguh kami makan. Masakannya memang sedap. Aku makan punyalah banyak sampai rasa macam nak muntah. Makan petang tu Mohamad dan Ienah yang belanja. Terima kasihlah kepada teman kami berdua tu. Semoga rezeki kalian lebih murah dan berkat. Dan diberikan keafiatan sentiasa. Hidup dalam rahmat dan redha Allah selalu. Kami memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur setelah solat maghrib di masjid berhampiran.
|
Kedai makan Azmi Steam Tempoyak. |
|
Luarnya lapang. Senang nak parkir kereta. |
|
Dalamnya jugak sangat lapang. Ada kawasan aircond jugak. |
|
Kolam ikan patin dan tilapia. Main sauk aje kalau nak masak dan makan. |
|
Ikan-ikan ni semua tak hanyir. Malah sangat sedap. |
|
Dipersembahkan - masakan malam. |
|
Inilah lauk idaman kalbu - patin steam tempoyak. |
|
Teman kami - Ienah dan Mohamad. |
|
Semua orang makan berselera. |
|
Makan sampai buncit. |
No comments:
Post a Comment