m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, January 15, 2019

Tenis TTC lawan Ambank: Buka gelanggang

Bahagian 1

27 Oktober 2018 - Salam sukan. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca semua, sekarang adalah musim tenis Grand Slam Australian Open siri 2019. Sempena itu, aku rasa sangat sesuai kalau aku selitkan kisah tenis dalam entry aku kali ini. Bagi teman-teman tenis pula, ambillah iktibar dan pengajaran dari kisah syahdu yang hendak aku sampaikan ini. Selamat membaca.

Pada hari Jumaat 26 Oktober 2018, aku mendapat mesej whatsapp dari group TTC bahawa kelab TTC telah dicabar oleh geng Ambank. Masa sangat singkat. Memang Team TTC tak dapat nak menyediakan pasukan terbaik untuk menentang geng Ambank ini. Jadi bak kata orang tua-tua, tak ada rotan, akar pun berguna. Maka sesiapa aje yang available pada hari Sabtu tu diarahkan turun untuk berjuang menentang pihak lawan.

Geanggang Titiwangsa cantik tenang di pagi hari.
Lengchai dan Ashraf yang sampai awal.
Penuh bersemangat waja, bersemangat saga dan bersemangat exora.
Masing-masing sedang whatsapp team mate - "Woi! Cepatlah turun!!!"
Aku antara yang terawal turun ke gelanggang setelah Mr President Ashraf dan Lengchai. Terus aku buat warming up dan stretching. Yang lain nampaknya masih belum sampai lagi. Setelah seketika Ashraf mengajak aku stroking dekat court. Wahhh! Terujanya aku bila Mr President ajak aku pukul bola tenis dengan dia. Tanpa berlengah, aku terus melompat masuk ke dalam gelanggang dan mempamerkan aksi profesional ku dengan bersahaja.

Ashraf masih memanggil pemain-pemain TTC yang lain.
Lengchai memanggil pom-pom girls untuk memberi semangat kepadanya.
Mr President Ashraf sentiasa berfikiran optimistik dan konfiden.
"Woi! Korang tak nak main ke?" tanya Ashraf kepada pihak lawan.
Ashraf dah tak sabar-sabar nak membelasah.
Berkumpul di depan net dulu.
"Zarul Umbrella" bermain untuk Team Ambank. (Ye ke?)
Waktu bergerak semakin pantas. Players TTC lain masih belum tiba lagi. Sedangkan Team Ambank telah semakin ramai memenuhi ruang stadium. Untuk tidak membuang masa, lalu Ashraf mengajak aku berganding dengannya untuk menentang Team Ambank yang pertama. Punyalah aku terkejut dan sangat-sangat teruja sampaikan bagai nak pitam aku dibuatnya. Al maklumlah, dilamar oleh Mr President untuk team-up. Ashraf level kapalterbang - tinggi di angkasa. Aku pulak level kapal selam - nun jauh di dasar. Bagi aku ini satu penghormatan tertinggi dari Mr President kepada aku. "I will not let you down," bisik hati kecilku. Cewaaaahhhh...

Perlawanan bermula sangat sengit. Back to back. Bersaing-saing. Berkejar-kejar mata. Tapi entah macam mana, aku hilang rentak. Ashraf pulak tak dapat nak payung aku selamanya, walaupun Ashraf sempat coaching aku ketika dalam gelanggang. Tapi aku simply tak boleh nak follow the pace. Akhirnya kami tewas 4-6 kepada Ambank. Tapi sebenarnya yang aku tak boleh tahan ialah apabila penyokong-penyokong Team Ambank menaburkan beribu helaian nota ringgit bernilai seratus RM sekeping di atas gelanggang. Mataku jadi rambang. Langsung hilang fokus.

Team TTC kini ketinggalan 0-1.

Bersambung...

Kami akan berentap seketika nanti.
Kalau ikut timbang kati, mungkin Team TTC dah menang awal.


No comments:

Post a Comment