m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, January 13, 2019

Amier masuk SEMESTA: Amier jaga diri baik-baik ya?

Bahagian 5

Di Pekan Raub, kami makan nasi keduli di Restoran Ratu Rasa. Lepas makan, kami terus pulang ke sekolah. Solat dulu di surau SEMESTA yang agar besar. Ramai pelajar SEMESTA yang baru pulang dari kelas singgah di surau untuk menunaikan fardhu zuhur. Salah seorang pelajar menjadi imam. Dan aku ikut di belakangnya sebagai makmum. 

Surau SEMESTA.
Besar jugak.
Duduknya di atas bukit.
Tempat pelajar singgah sebelum pulang ke asrama.
Dari surau, kami kembali ke asrama bersama Danish. Amier salin baju casual dulu. Seluar track dengan baju t-shirt berkolar. Kat sini kalau keluar dari kawasan asrama kena pakai baju t-shirt berkolar. Kena tuck in pulak tu. Nampak gayanya Amier kenalah biasakan diri dengan peraturan sekolah ini. Setakat ni semua dah in order. Jadi kami cakap dengan Amier, "Mama dan Papa balik dulu okay ya?" Amier buat isyarat macam orang berfikir. Maknanya kalau boleh dia nak kami stay lebih lama sikit. Mungkin sejam dua lagi kot. Tapi kami perlu bergerak jauh ke Kuala Lumpur. Kami pesan kat Danish suruh tengok-tengokkan Amier. Dan suruh Amier bertegur sapa dengan teman-teman sebaya yang duduk kat katil bersebelahan. Kalau dah ada geng, takdalah rasa terpinggir atau homesick sangat. Isteriku turut memberikan kata-kata nasihat, cara membawa diri bila duduk di asrama, dan di sekolah ini. Amier nampak gayanya menerima nasihat dengan positif.

Mama dan Amier setelah salin pakaian.
Almari telah siap dikemas.
Aku pun nak bergambar dengan Amier jugak.
Lepas ni kita keluar.
Sebelum beredar, kami bergambar dulu dengan Amier dan Danish. Kali ni kat luar asrama pulak. Masa aku peluk Amier kat asrama tadi, aku tak terucap apa-apa, pasal rasa sayu semacam aje. Tak taulah pulak apa yang terbuku di hati Amier. Kami cuma mengharapkan semuanya baik-baik sahaja. Biar dia mudah menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Mudah membuat kawan. Dan pesanku agar Amier sering berdamping dengan Al-Quran dan surau. Aku tau, sekiranya kami ibu dan ayah ada berasa kerisauan, ini semua boleh terubat dengan doa yang bersungguh-sungguh. Itu yang akan kami lakukan dari jauh. Kami beredar dari pekarangan SEMESTA dengan beribu tanda tanya dan harapan untuk Amier.

Bersambung...

Bergambar di luar blok asrama dengan Danish.
Nampak okay aje Amier.
Semoga Amier serasi di sini.
Abang dan adik angkat.
Sebahagian blok asrama lelaki.
Besar jugak compound dia.

No comments:

Post a Comment