m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, January 11, 2019

Amier masuk SEMESTA: SM Sains Tengku Abdullah, Raub

Bahagian 2

8 Januari 2019 - Kami berangkat dari Kuala Lumpur pada hari Isnin. Hari ini hari Selasa. Hari pendaftaran Amier ke sekolah SEMESTA. Pagi tu kami bangun dari tidur dengan penuh bersemangat. Tetapi berbaur kebimbangan kerana tidak tahu bagaimana keadaan sekolah baru Amier nanti. Juga beraduk dengan kesayuan kerana Amier akan berjauhan dari kami demi menuntut ilmu. Amier sentiasa mempamerkan senyum apabila kami memandang wajahnya. Tetapi dalam diam-diam, Amier jugak kelihatan sugul kerana dia sendiri tidak pasti apakah suasana yang sedang menantinya di SEMESTA nanti. Kami berharap dan berdoa yang baik-baik sahaja.

Amier menunaikan solat subuh di Hotel Raub.
Amier lengkap beruniform.
Wajahnya ceria macam tak sabar-sabar nak belajar di SEMESTA.
Selepas check-out dari Hotel Raub, kami terus bergerak ke SEMESTA. Tak sempat sarapan pun. Sesampainya di sana, para ibu bapa dah agak ramai. Tapi taklah terlalu ramai. Kami parkir kereta di satu sudut. Terus berjalan kaki ke dewan. Seorang pelajar senior berpakaian blaser menyambut kami. Katanya, "Kami amalkan konsep abang dan adik angkat. Ini abang angkat anak pakcik," sambil tangannya menuding ke arah seorang pelajar beruniform. Nama abang angkat Amier itu Danish Syafiq. Panggilannya, Danish. Aku cuba angkat Danish. Agakku beratnya dalam 50 kilo. Kecil orangnya. Tapi dah tingkatan 4.

Susah betul soalan ni. Macam jawab soalan STPM.
Aku masih terkial-kial dengan kertas soalan.
Pengetua, Cikgu Ali Alias sedang berucap.
Bersama Danish Syafiq - abang angkat Amier.
Badannya kecil, tapi main ragbi.
Amier bersama Mama.
Para pelajar dan ibu bapa sedang mendaftar.
Agak bersesak sedikit.
Danish terus memandu kami ke arah dewan pendaftaran. Dan menjelaskan apa yang perlu kami lakukan untuk menyempurnakan pendaftaran ini. Macam-macam borang aku kena isi. Sampai lenguh jari-jariku. Tengkukku turut berasa sengal. Susahnya mengisi borang macam menjawab kertas SPM. Aku kayuh pelan-pelan. Akhirnya semua ruang kosong berjaya aku isi dengan betul. Boleh dapat markah penuh 100 peratus. Boleh dapat A+. Bayaran yuran asrama turut dibuat. RM750 jumlahnya. Terkejut ungka aku dibuatnya. Mana pulak nak cekau duit ni nak bayar macam-macam. Aku terpaksa kata kat guru yang bertugas, sesetengah yuran aku kena bayar secara ansuran. Nasib baik itu dibenarkan.

Pelajar tingkatan 4 - Danish Syafiq.
Pemalu jugak budaknya.
Ibu bapa masih mendaftar.
Baju uniform khas pelajar-pelajar tingkatan 4.
SEMESTA - sekolah berprestasi tinggi.
Skrin memaparkan gambaran hidup di SEMESTA.
Lambang SEMESTA.
Setelah selesai semua urusan pendaftaran, semua pelajar baru tingkatan 1 dijemput naik ke atas pentas untuk membacakan ikrar. Amier bersama teman-teman seangkatannya bergegas menaiki pentas. Ikrar dibaca beramai-ramai. Pelajar perempuan nampaknya cuma satu pertiga dari seuruh tingkatan 1. Dan dalam ramai-ramai pelajar baru, ada seorang yang aku kenal wajahnya. Firdaus! Teman Amier ketika di tadika Kidz Cabin dulu, Sempat aku menegur dan bersalaman dengan ayah Firdaus. Tak sangka boleh berjumpa di sini. Setelah ikrar dibaca, dan urusan pendaftaran selesai, barulah kami beramai-ramai bergerak ke asrama pula.

Bersambung...

Pelajar-pelajar tingkatan 1 berbaris di atas pentas.
Mengangkat tangan kanan dan melafazkan ikrar.
Panjang jugak ikrar yang dilafazkan.
Penuh bersemangat.
Tak taulah apa yang terpendam dalam hati anak-anak ini.
Diharapkan mereka ini semua berjaya di dunia dan di akhirat.
Amier berwajah tenang.
Pengacara majlis.
Guru-guru yang mengendalikan pendaftaran Amier.

13 comments:

  1. Dapatlah lihat keadaan semesta Di blog tuan.tq menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tapi anak saya dah pindah sekolah yang lebih dekat dengan rumah. Senang nak melawat.

      Delete
    2. Hi Pn/Tn Adisarah.. Blh tau mcm mana pengurusan pertukaran sekolah ank?

      Delete
    3. Langkah-langkah yang perlu diambil:
      1. Dapatkan dulu tempat di sekolah baru
      2. Tulis surat ke Pengetua/Guru Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
      3. Dapatkan kembali semua dokumen yg pernah diserahkan ke SEMESTA (spt dokkumen kesihatan dll)
      4. Itu saja rasanya.
      5. Nak keluar sekolah senang. Lebih susah nak dapatkan tempat di sekolah baru

      Delete
  2. Macam mana keadaan di semesta.. Ok x sekolah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam ,
      Terima kasih kerana membaca blog ringkas saya. Anak saya telah berpindah sekolah ke Kajang setelah dua bulan berada di SEMESTA. Lebih dekat dengan rumah. Saya tak dapat memberi pandangan secara khusus. Tapi yg jelas anak saya tidak serasi di sana. Mungkin kerana ada kes-kes yg tidak disenanginya. Waktu itu SEMESTA masih belum ada Pengetua (kerana Pengetua lama telah bersara). Sekarang dengarnya dengan masuknya Pengetua baru di situ, keadaan pelajar telah semakin baik. Wallahua'lam.

      Delete
    2. banyak kes buli dan pihak sekolah lambat mengambil tindakan yang menyebabkan ramai pelajar ditindas oleh senior yang takde hati perut

      Delete
  3. Assalamualaikum tuan.
    Mohon pencerahan, utk pertukaran sekolah, mcmana cara utk dapatkan tempat disekolah baru itu? Datang ke sekolah yg kita pilih atau ke pejabat sbp ye. Nak tukar sbp sbb jauh juga dan ada kakak yg di sbp seri puteri.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam.
    Untuk pertukaran sekolah kena pergi ke pejabat SBP. Kalau ada kenal org dalam lagi mudah. Dalam kes pertukaran sekolah anak saya, kami mohon ke sekolah agama Selangor. Jadi saya berurusan di Pejabat Pelajaran Negeri Selangor. Nanti pegawai akan bagi prosedur cara-cara nak mohon pertukaran. Memang perlu luang sedikit masa utk berurusan di pejabat Pelajaran. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran, bukan direct dari sekolah.

    ReplyDelete
  5. salam puan, saya liza dari shah alam. boleh tak saya nak emel atau no hp puan, saya pon nak tanya pendapat/pandangan puan tentang sekolah ini, sbb anak saya dpat offer ke sbp semesta ni.

    ReplyDelete