m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, January 13, 2019

Amier masuk SEMESTA: Lemang To'ki Bentong

Bahagian 6 (Akhir)

Kami meninggalkan Amier di SEMESTA dengan teman-teman lain dalam tingkatan 1. Mau tak mau, rela tak rela, Amier perlu kami titipkan kepada pihak SEMESTA untuk sementara agar Amier boleh menimba ilmu akademik, ilmu berdikari, ilmu dunia dan akhirat secara menyeluruh. Dari SEMESTA, Raub, kami terus bergerak pulang. Tapi niat di hati nak menyinggah pulak di Bentong. Kat situ ada satu warung makan yang sangat popular. Nama warung tu ialah Lemang To'ki Bentong. Tapi tak bermakna ia cuma menjual lemang sahaja. Banyak makanan lain yang turut dijual. Aku tak pasti apa. Tapi antara yang menjadi kegilaan ramai adalah ayam bakar/goleknya. Ada char kue tiau juga. Dan masa aku kat sana, aku juga ada ternampak orang order masakan panas macam masakan ala Thai. Aku rasa menu dia memang banyak. Tapi aku tak pulak menelitinya satu per satu.

Di warung Lemang To'ki Bentong.
Seekor kucing datang menghampir.
Kucing ni pun nak makan lemang jugak nampak gayanya.
Tapi dia nak jalan-jalan dulu. Balik nanti baru makan lemang.
Kami kat situ nak singgah makan lemang aje dengan rendang. Aku nak mintak rendang daging. Tapi dah habis. Rendang ayam pun okay jugak. Mintaklah dua set kat kaunter tu. Satu set cuma ada lima potong lemang aje kalau tak silap. Tapi rendang ayam dia agak banyak jugak dia letak. Aku sebenarnya tak berapa lapar. Cuma haus aje. Jadi aku order lah air carrot sebab air tembikai tak ada. 

Suasana kat warung ni memang best. Agak lapang. Terletak kat sebelah sungai pulak tu. Siapa yang duduk kat tepi sungai bolehlah mendengar alir air menghempas ke batu. Dan yang paling unik, ada helipad pulak tu! Kalau sesiapa yang nak datang sini naik helikopter, silakan. Memang kat warung ni ada tersadai sebuah helikopter warna biru. Tak taulah siapa yang punya.

Selepas habis makan, barulah kami sambung perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Berbekalkan dua batang lemang yang kami beli di warung Lemang To'ki Bentong.

T A M A T

Suasana dalam warung.
Gerai char kue tiau.
Ini helikopter boss kot.
Mmmm... sedapnya lemang ni.
Banyak jugak pengunjung yang datang ke sini. Mereka parkir di tepi jalan aje.


No comments:

Post a Comment