m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, January 14, 2019

Main tenis dalam hutan FRIM!

13 Januari 2019 - Semalam aku main tenis lagi. Cuma kali ni aku tukar angin sikit main tenis dalam hutan. Ya! Dalam hutan! Maksud aku dalam kawasan FRIM di Kepong. Aku tak dapat join teman-teman tenis TTC yang bermain pada hari Sabtu pasal ketika itu aku dan famili pergi melawat Amier di Raub. Jadi aku pun mesej-mesej-lah kengkawan, tanyakan siapa yang ada main tenis. Aku dapat kepastian bahawa Abang Brahem yang bekerja dengan FRIM akan turun ke gelanggang tenis di FRIM. Jadi akupun mohon untuk join dia pada pagi itu.

Aku sampai awal. Gelanggang masih kosong.
Permukaan gelanggang agak usang, tapi masih mampu memantulkan bola dengan baik.
Kami mengharapkan ada empat atau lima orang yang datang bermain. Tapi ada beberapa orang yang terpaksa kensel di saat-saat akhir. Jadi yang tinggal cuma aku dan Abang Brahem aje. Tak kisahlah. Yang penting dapat panaskan badan dan berlatih stroking. 

Bermain di gelanggang FRIM ni lain sikit rasanya. Al maklumlah, main dalam hutan. Suasana sejuk dingin dan nyaman. Banyak pokok mengeluarkan oksigen. Pernafasan lebih lancar dan teratur. Masa aku baru sampai sekitar jam 8.30 pagi, aku agak terkejut melihat begitu ramai pelawat yang datang untuk beriadah. Paling ramai orang datang untuk ber-jogging. Punyalah ramai, rasanya macam lebih banyak orang dari pokok.

Aku dan Abang Brahem.
Walaupun kami cuma berdua, permainan tetap diteruskan. Mula-mula aku ingat nak pukul-pukul aje. Tapi Abang Brahem ajak lawan single. Aku turutkan aje walaupun aku tau aku mudah pancit kalau main single. Tapi surprisingly, dalam suasana hutan begitu, tahap stamina aku lebih tinggi dari biasa. Kami main satu set dua game. Kami banyak break dan sembang-sembang pasal macam-macam hal, especially pasal hutan dan alam sekitar. Sangat seronok bersembang dengan Abang Brahem yang memang banyak pengalamannya dengan FRIM.

Walaupun pada usia yang menghampir 60 tahun, Abang Brahem masih ligat mengejar bola. Pukulan forehand-nya sangat laju. Dan yang paling aku tak boleh tahan bila Abang Brahem buat lob. Memang aku terus kantoi. Sangat tepat pertimbangannya. Ketika kami main, turut melintas di dalam gelanggang kami beberapa ekor anak gajah, seekor zirafah, lima ekor siamang dan seekor tenok sebesar kerbau. Mereka bagaikan turut sama bermain tenis dengan kami. Kepada Abang Brahem, terima kasih kerana sudi sparring dengan aku. Dan kalau ada kesempatan, aku akan ke sini lagi untuk bermain tenis sambil menyedut udara segar dan nyaman di bumi FRIM.

Seronoknya main tenis dalam hutan.
Tengoklah betapa happy-nya kami.


No comments:

Post a Comment