m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, January 26, 2019

Tenis TTC lawan Ambank: Fashli dan Awee

Bahagian 5

Pertarungan yang melibatkan Ikrami dan Cikgu Rusli memang tak dinafikan telah berlangsung dengan sangat-sangat hebat, sengit dan luar biasa auranya. Nasib tak menyebelahi Team TTC. Team Ambank merangkul kemenangan dalam pertembungan itu. Regu selanjutnya ialah gabungan Awee dan Fashli. Sekali lagi pemain tangan kanan dipadankan dengan pemain tangan kidal. Kedahsyatan mereka juga tidak ada tolok bandingnya. Susah aku nak jelaskan dengan kata-kata. Tengok ajelah rupa bentuk dan gaya fesyen kedua-dua pemain TTC ini yang sangat mendebarkan jiwa.

Kali ni aku akan mengenengahkan dua orang pemain sandaran Team TTC - Fashli dan Awee. Saksikanlah:

Fashli melompat masuk ke gelanggang dengan garang.
Fashli perasan ada bola yang mendatang.
Lalu berasa terpanggil untuk memukul bola itu demi rasa bertanggung jawabnya kepada masyarakat.
Tetapi Fashli pukul bola terlalu kuat kerana terlebih makan tonik.
Bola melayang hingga ke Sentul.
Fashli memerhati dari jauh.
Tanpa dapat berbuat apa-apa.
Fashli sedar masih ada bola yang menuju ke arahnya.
Fashli berfikir sejenak.
Fashli membuat keputusan untuk mengejar bola itu.
Tapi bola itu telah lari jauh kerana ketakutan.
Masa rehat. Fashli dan Awee nampak berpuas hati dengan persembahan mereka.
Minum air power untuk menambah kehenseman.
Demikianlah tadi aksi Fashli yang nampaknya sangat bertenaga seperti bateri Energiser Super Heavy Duty. Begitulah kudrat pemain muda yang penuh dengan semangat membara. Sekarang kita tengok pulak aksi pemain senior yang penuh dengan pengalaman. Penuh dengan tipu muslihat, gerak yang mengelirukan, aksi yang bersahaja, sambil bibir mengukir senyum. Dan kadang kala memecahkan kesunyian pagi dengan gelak tawanya yang tanpa dipaksa-paksa. Beginilah aksi Awee di depan jaring.

Oh, by the way, dalam match yang ini, Team TTC telah berjaya menumpaskan Team Ambank dengan kiraan mata yang tak dapat dijelaskan di sini kerana terlalu kontroversi. Tahniah kepada kedua-dua team kerana telah bermain dengan baik tanpa berlakunya sebarang adegan yang tidak diingini.

Bersambung...

Awee hilang senyum di luar gelanggang.
Bersedia di belakang jaring.
Untuk membuat serang hendap.
Bagaikan perajurit di medan juang di belantara.
Menanti isyarat dari kapten sebelum menyerang.
Isyarat telah diterima.
Awee bangkit untuk memulakan serangan hendap.
Tapi tiba-tiba Awee tak jadi serang sebab dah bosan. Okay, bye!

No comments:

Post a Comment