m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, June 12, 2015

TTC Ladder Edisi Ke-1

1 Januari - 30 April 2015 - Kelab tenis TTC buat hal lagi. Kali ini ia telah menganjurkan satu pertandingan panjat tangga secara berseorangan, atau dipanggil Tournament Ladder. Maaflah pasal aku bercakap dalam bahasa saintifik. Mungkin korang tak berapa nak faham. Kalau dalam bahasa pasarnya bermakna: satu pertandingan berentap sesama sendiri bagi menentukan siapakah yang paling power di dalam kelab ini dalam permainan tenis single. Pertandingan ini bermula pada 1 Januari 2015 dan berakhir pada 30 April 2015. Tetapi telah di-extend beberapa hari lagi selepas itu untuk membolehkan peserta melengkapkan perlawanan yang perlu dilalui.

Grafik peserta Game Ladder TTC 2015 Siri Ke-1.
Pertandingan ini disertai oleh kira-kira 27 orang pemain ahli TTC yang handal dan bertaraf professional world cup final. Namun demikian, beberapa orang peserta telah menarik diri kerana tidak dapat memberikan komitmen sepenuh masa akibat dari kesibukan kerja yang melampau. Antaranya termasuklah Ir Danial, YB Pok Shuk, Tuan Amir dan Tuan Izat. Mereka ini bukanlah calang-calang orang dalam dunia tenis antarabangsa. Dengan penarikan diri mereka ini, sedikit sebanyak telah memberikan sedikit kelegaan bagi kami yang masih perlu bertanding bagi mendapatkan tempat yang tertinggi di dalam siri kejuaraan ini.

Juara - Encik Faiz mendapat habuan wang tunai berupa RM3 juta.
Hadiah disampaikan oleh Encik Presiden.
Perlawanan berlangsung dengan sangat sengit sehingga senget para pemain dibuatnya. Target aku ialah untuk berada pada ranking awal dua puluhan. Tetapi, beberapa pemain yang aku jangka dapat kutewaskan telah menjadi terlalu hebat sehingga mereka pulak yang telah menewaskan aku. Tahniah kerana kehebatan mereka ini, dan improvement yang drastik yang telah dicapai oleh para pemain ini. Salah seorang dari mereka sudah pastilah Encik Halim. Satu-satunya game yang aku menangi adalah ketika bertembung dengan Encik Bobby. Itu pun setelah aku terkena service ace oleh Encik Bobby. Dan dua game yang aku dapat kutip satu mata adalah ketika berlawan dengan Encik Arif dan Encik Aril. Kesemua players TTC Nampak gayanya telah menjadi sangat hebat sejak kebelakangan ini. Sesuatu yang bagus untuk kelab ini.

Hadiah juara peserta paling cepat habiskan game jatuh kepada Mr Lengchai Suddamanny.
Pertandingan ini menawarkan dua hadiah lumayan. Pertama ialah hadiah bagi kategori rank nombor 1. Persaingan sengit dapat disaksikan di antara pemain-pemain seperti Inspektor Azizul Sahab, Ar Sogol, Mr Francis, Encik Haini, Mr Jimmy dan beberapa lagi pemain single handalan. Namun demikian, seperti yang telah dijangka, rank nombor 1 telah jatuh kepada pemain rank nombor 1 dalam kelab TTC iaitu Encik Faiz yang berasal dari Timur Jauh (Far East).

Satu lagi hadiah adalah untuk peserta yang paling cepat menghabiskan siri perlawanan dengan semua peserta yang mengambil bahagian. Kategori ini disaingi oleh dua orang peserta iaitu Mr Lengchai dan Mr Eddy. Namun demikian, akhirnya Mr Lengchai telah membuat pecutan akhir dengan kereta Ferrari nya sehingga berjaya sampai ke garisan penamat dengan selamatnya. Mr Lengchai memang telah menghabiskan kesemua game-nya dengan sangat cepat. Encik Presiden mengumumkan bermulanya game ini pada pukul 8 pagi, 1 Januari 2015. Mr Lengchai telah menghabiskan kesemua game-nya pada jam 12 tengah hari, pada hari yang sama. Cepat dan pantas sungguh wooooiiiii!!!

Untuk menambah sedikit lagi perasa, aku telah membuat satu cabutan bertuah. Encik Presiden telah mencabut nombor 15 sebagai pemenang cabutan bertuah. Maknanya, sesiapa yang jatuh pada ranking nombor 15, dia akan mendapat satu hadiah 'misteri'. Mula-mula aku ingat nak bagi hadiah penginapan 3 hari 2 malam ke rumah misteri Highland Tower ke, nak bagi tiket free dalam trip penggambaran siri Misteri Nusantara TV3 ke... Tapi akhirnya aku hadiahkan sejenis barangan berupa makanan yang diperbuat daripada bahan-bahan yang misteri seperti....... Ha ha ha ha.... ianya tetap akan menjadi misteri!!! Cabutan bertuah ini telah jatuh kepada Encik Hashim yang menduduki ranking ke-15. Tahniah untuk kesemua pemenang. Bakal ada pertandingan Ladder Siri Ke-2 pulak nanti, dengan format yang lebih mencabar fizikal dan minda. Nantikan kupasannya.

Encik Presiden mencabut nombor 15 sebagai pemenang cabutan nombor bertuah.
Aku menyerahkan hadiah misteri kepada Encik Hashim sambil disaksikan oleh Datuk Baktiar.
Hadiah berupa makanan misteri.
Encik Hashim gembira mendapat hadiah misteri ini.

No comments:

Post a Comment