m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, June 20, 2015

Bangsawan Kota Lukut: Puas menonton, puas makan

Babak 3 (Akhir)

(Aku mengambil sehelai saputangan dari poket seluarku yang berlubang, dan mengesat peluhku yang mengalir di dahi. Lidahku yang tergeliat kubetulkan dengan membuat bubbling - brrrrrrr... brrrrrr... Okay. Setelah puas kontrol diri untuk menulis gaya ala-ala Sasterawan Negara, sekarang aku nak jadi diri aku balik. Cakap bahasa pasar borong Selayang. Okay ya?)

Sejurus tamat persembahan Bangsawan Kota Lukut,  aku bagai dah sabar-sabar nak terjun ke atas pentas. Bukan nak sambung berlakon Bangsawan Kota Lukut Part 2, tapi untuk bergambar dan mengambil gambar para pelakon dan kru yang berbusana Melayu tradisional. Aku memang sejak time pelancaran Bangsawan Kota Lukut dulu dah berasa sangat teruja dengan pakaian yang diperagakan oleh brader-brader Armada Malaui Malaysia. Kalau tak dapat pakai baju cenggitu pun, dapat ambil gambar orang yang pakai macam tu pun kira dah okay dah.

Bersama hero Malaya - Adijaya.
Roslan teruja dapat bergambar dengan aku. Keh keh keh...
Walaupun aku memang kenal segelintir dari team produksi, masih tersimpan rasa segan nak menegur semua orang-orang kat situ. Orang yang pertama aku nampak, adalah Roslan (Adijaya). Jadi aku ambil gambar Roslan dulu. Kami cakap, "Wah, jadi hero lah kali ni". Roslan menjawab, "Hero tua". Tapi di atas pentas, aku nampak segak dan sesuai aje Roslan jadi hero. Tak nampak tua pun.

Mataku terus melilau-lilau mencari siapa lagi gerangan orang-orang yang nak aku ambil gambar mereka. Aku rasa macam nak ambil gambar semua orang. Tapi dalam keaadan tergesa-gesa dan penuh dengan peminat yang turut naik pentas, peluangku agak terbantut. Satu ketika aku ternampak kelibat Dean Sitara (Putih) yang segak berbusana warna hijau. Tapi masa tu Dean sedang dikelilingi oleh peminat-peminat tegar beliau. Aku nampak Nazri (Jenaral Anson) yang sedang bersendirian. Aku terus pergi mendapatkan Nazri. Dan Nazri memberikan beberapa pos istimewa tanpa disuruh-suruh. Mataku mencari Dean sekali lagi. Tapi... zusss! Dia dah hilang!

Bergambar dengan Adijaya.
Nazri a.k.a. Jeneral Anson.
Ketika Nazri keluarkan pistol, aku terus lari. Takut kena tembak! Lariiii!!!
Pusing punya pusing, aku nampak pulak Salman (Jobot) yang sedang Lone Ranger. Aku ambil gambar Salman yang turut memberikan aksi silat untukku. Kemudian isteri aku cakap dia nak bergambar dengan Yati (Laila Wati). Cari punya cari akhirnya berjumpa. Dan mereka pun bergambarlah dengan suka hati dan heppi. Tetiba di sebelah kami sedang beraksi geng-geng pembesar Armada Malaui Malaysia. Fuh! Aku memang tak boleh miss untuk mengambil gambar mereka. Dressing merekalah yang paling ikonik sekali. Tapi pasal banyak sangat orang yang nak bergambar dengan mereka, maka aku cuma curi shot ajelah dari tepi. Hmmmm... Kalau dapat shot tepat, mesti lagi best.

Salman a.k.a. Jobot memberikan satu aksi Pendekar Kundur.
Isteriku bersama Yati a.k.a. Laila Wati.
Kawan lama dalam teater Hidayah.
Masih dengan Yati. Dan pelakon extra. He he he...
Dengan Yati. Tanpa pelakon extra.
Para pendekar Armada Malaui Malaysia.
Busana merekalah yang paling hebat sekali.
In character. Jangan diganggu.
Lepas tu aku ternampak pulak kelibat Datuk Jalaluddin Hassan (Paduka Raja). Aku ucapkan tahniah kepada beliau sebelum kami bergambar buat kenang-kenangan. Sejurus itu, kami terus mencari orang yang paling penting dalam produksi ini. Siapa lagi kalau bukan Abang Kamarul AR. Abang Kamarul AR ada kat bawah pentas. Kami turut turun. Kami ucapkan tahniah di atas persembahan hebat ini. Kemudian isteriku, yang juga merupakan anak didik Abang Kamarul AR telah bergambar dengan sifunya itu. 

Dengan Datuk Jalaluddin Hassan.
Tumpang bergambar dengan Datuk Jalaluddin Hassan.
Bersama Abang Kamarul A.R.
Anak murid dan sifu.
Two thumbs up untuk Bangsawan Kota Lukut.
Aku sempat mengambil gambar Pak Morad Ibrahim jugak. Tokoh seni yang sudah berusia ini wajar diberi penghormatan. Seterusnya Abang Mubarak Majid. Misai Abang Mubarak telah disikat rapi supaya melenting. Wow! Itu bagi aku sangat hebat. Sangat tepat untuk watak yang dipegangnya. Aku sempat jugak bergambar dengan Sufian dan mengambil gambar Abang Lan Zailan. Lepas tu kami pun beredar setelah bersalaman dengan mereka. Tahniah buat team produksi dan semoga semakin menyengat untuk persembahan-persembahan yang akan datang.

Bersama Pak Morad Ibrahim.
Pak Morad bertindak sebagai penyelaras sinematografi.
Tokoh-tokoh teater yang hebat.
Abang Mubarak Majid.
Cantik misai tu... Pinam kejap. He he he...
Selfie dengan pengarah sekejap.
Wajah sebuah keakraban.
Bersama anak tuan direktor.
Two thumbs up dari kami juga.
Abang Lan Zailan a.k.a. Tengku Wangsa.
Inilah bunga silat pulut hitam campur daun pandan dan halia sikit.
Selepas selesai menyaksikan Bangsawan Kota Luikut, perut kami mula berasa lapar. Kami memikir-mikir, di manakah harus kami pergi untuk makan lewat malam ini. Wife aku ajak pergi ke Kg Baru. Kami mula pusing-pusing kat sekitar Kg Baru untuk mencari tempat makan yang sesuai. Tempat parkir mesti senang. Makanan kena enak. Setelah agak lama merayau-rayau dengan kereta, akhirnya kami terus menghala ke tempat makan western food Chop N Steak yang terletak di sebelah Masjid Jamek Kg Baru.

Aku order black pepper steak. Syahmie order daging rusa. Amier order fish and chips. Wanie order chicken chop. Wife aku order rib steak. Kali ni aku makan macam lebih sedap dari dulu. Mungkin kali ni cuaca dia agak santai. Tak hujan macam dulu. Parking pun dekat-dekat situ aje. Habis licin kami makan. Aku memang enjoy betul. Daging rusa Santa Claus yang dipesan Syahmie pun sedap jugak rasanya. Setelah puas makan, barulah kami balik dengan perasaan 'feeling good'.

Sekian.

Memilih makanan dari menu yang disediakan.
Sedap betul rib steak ini.
Syahmie dengan daging rusa Antartika.
Sedang mengecapi juadah.
Amier makan sesuatu. Tak taulah apa bendanya tu.
Amier makan jelly buah pulak.

No comments:

Post a Comment