m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, June 7, 2015

Merasa penangan i-phone 5

20 Januari 2015 - Dulu aku ada telefon Blackberry. Macam-macam nombor aku simpan kat situ. Nombor kawan lama, nombor kawan baru, nombor akaun yang macam-macam, nombor kenderaan di jalanan, nombor kat buku matematik anak-anak aku. Cuma nombor ekor aje yang tak ada. Telefon aku tu tak berapa bijak atau menakjubkan macam siri i-phone atau siri Samsung. Tapi untuk aku yang tak berapa nak reti pakai alatan canggih ni, telefon yang macam tu kira dah terlebih bagus tu. Malah banyak feature Blackberry yang aku tak pakai pun. Pasal tak reti. Kalau setakat pakai prepaid, memang sangatlah menjimatkan.

Satu hari di Kalumpang, aku telah terjun ke dalam air sungai untuk menyelamatkan sebatang kail bersaiz kuku jari tangan yang tersangkut ketika memancing. Tak teringat yang dalam poket seluar aku ada telefon Blackberry kesayangan aku. Bila aku keluarkan telefon tu dari poket, picit-picit, tekan-tekan, terus jeng kreng! Tak ada nadi! Nak repair, tapi tak hantar-hantar ke kedai sampai sekarang. 

Kebetulan wife aku telah upgrade dari i-phone 4 ke i-phone 5. So yang i-phone 4 tu aku pakailah dulu. Dipendekkan cerita, adik aku pulak kemudiannya telah upgrade telefon dia dari i-phone 5 ke i-phone 6. So i-phone 5 adik aku tu dibagilah kepada aku. Dan sekarang aku layanlah i-phone 5. Masalahnya, sejak tukar telefon yang terlebih bijak ni, dan setelah bertukar arah dari prepaid ke post paid ni, bil telefon aku makin menjadi-jadi. Asyik dok layan internet aje. Anak-anak aku pun tumpang layan sama. Itulah kisah singkat aku dengan i-phone 5. Sekian.

Kisah selanjutnya (akan datang): Aku bersama i-phone 6. Keh keh keh.

Membelek telefon pintar. Baru tukar dari prepaid ke post-paid.

No comments:

Post a Comment