m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, June 7, 2015

Puteri Bedak bermandi bedak

8 Mei 2015 - Sabriena memang suka explore benda-benda baru. Macam Dora the Explorer lah jugak. Satu hari, ketika aku dengan wife tengah solat berjemaah kat bilik, Sabriena yang kebetulan ada jugak kat dalam bilik tu telah membuat satu projek rahsia. Aku memang ada terdengar beberapa bunyi aneh yang tidak terlalu kuat ketika sedang solat. Tapi aku abaikan aje. Sehinggalah aku terhidu suatu wangian yang tiba-tiba menjelma. Dalam benak aku dah terfikir, Sabriena mesti tengah buat aktiviti kokurikulum secara bersendirian. 

Selepas bersolat, aku toleh ke belakang. Kami nengok tubuh badan Sabriena jadi putih macam tepung gomak. Ingatkan dia pakai krim Qu Puteh. Rupanya bedak mama dia hampir separuh bekas dia tuang kat lantai, atas bantal, kat badan, kat rambut, sampai macam pelakon opera cina. Keh keh keh. Kami tak marah Sabriena, tetapi kami tergelak menengokkan keadaan Sabriena yang dah macam disalut tepung tu. Sabriena... Sabriena...

Puas hati seletah aktiviti kokurikulumnya berjaya dilaksanakan.
"Look at me. I'm Snow White."
"Putih tak saya?"
Bantal pun jadi mangsa bedak Sabriena.
"Sekarang bilik tidur kita dah jadi wangi. Adik suka! Adik suka!!"
"It's snowing in here! Do you want to build a snowman?"

1 comment: