m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, June 9, 2015

Bertemu Ustaz Faiz - Pencetus Ummah

17 Mei 2015 - Agak lama jugak terpampang banner kuliah maghrib di surau dekat dengan rumah aku. Tertulis di atasnya - "Kuliah Maghrib Khas Isra' Mikraj". Penceramahnya ialah PU Faiz. PU tu maknanya Pencetus Ummah. Bagi yang tak pernah menonton rancangan ini (macam aku), ia adalah satu rancangan yang mencungkil bakat kepimpinan dan kebolehan untuk berdakwah yang diterbitkan oleh Astro Oasis. Aku tau pasal rancangan ini pun dari seorang sahabat satu sekolah dengan aku masa kat MRSM Pengkalan Chepa dulu - Rosli Idris, atau kami panggil Bachok.

Banner yang terpampang di sebelah surau.
Ustaz Faiz (yang bagi ceramah ini) adalah anak kepada kawan aku, Bachok. Dalam Program Pencetus Ummah Musim Ke-2 ini, Ustaz Faiz dapat kedudukan yang kedua. Aku sampai surau agak lewat sebenarnya. Aku ke surau dengan anak saudaraku, Yana. Cuma kami berdua aje. Masa tu Ustaz Faiz dah mula berceramah. Aku terus duduk mendengar dengan tekun. Lidah Ustaz Faiz memang pekat bunyi Kelantannya. Kupasan mengenai tajuk ceramahnya agak terperinci. Dan penyampaiannya sangat memberi kesan terhadap jemaah yang mendengarnya.

Bersama Ustaz Faiz dan anak-anak jemaah surau.
Setelah selesai ceramah, kami solat isyak berjemaah. Selepas solat sunat isyak, aku tunggu sebentar sehingga Ustaz Faiz selesai bertegur sapa dengan beberapa orang jemaah yang lain. Sesudah itu, aku terus meluru ke arah Ustaz Faiz. 

"Assalamualaikum, Ustaz. Nama ayoh ustaz, Rosli Idris, kan?"
"Eh, pokcik kena ayoh sayo?"
"Kami satu batch dulu. Dekak MRSM Pengkale Chepo."
"Kalu tengok gamba, dio buleh kena pokcik dok?"
"Buleh. Mesti dio masih ingak".

Lalu Ustaz Faiz mengambil handphone-nya dan mengambil gambar kami berdua. 

"Pokcik masih berhubung denge ayoh sayo ko?"
"Berhubung guno whatsapp jah". Masa tu aku pun tak tahu sama ada kawan aku, Bachok tu ada dalam group whatsapp atau tidak. Aku main hentam jawab ada aje.

Lepas tu aku ambil gambar kami berdua guna handphone aku pulak. Setelah bersalaman dan mengucapkan terima kasih, aku terus beredar dari surau. Kat rumah, aku terus whatsapp gambar aku dengan Ustaz Faiz ke group sekolah MRSM aku. Bila aku semak, rupanya nama Bachok tak ada dalam senarai group tu. Tak kisahlah. Aku berasa sangat bertuah dapat berjumpa dengan seorang anak kepada kawan sekolah aku yang sangat hebat sekarang ni. Beruntunglah ayah dan ibu Ustaz Faiz membesarkan beliau sehingga menjadi seorang waris ambia'. Semoga anak-anak aku dan isteri pun membesar menjadi insan-insan yang dai, soleh, dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w. Aamiiiin.

Aku dan Ustaz Faiz.

No comments:

Post a Comment