m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, June 22, 2015

Kawanku Hasbullah (Wattop***) mengahwinkan anak

31 Mei 2015 - Kawan sekolah aku kahwinkan anak. Ini kawan sekolah menengah MRSM Kota Bahru, Kelantan. Nama kawan aku tu Ahmad Hasbullah. Tapi kami panggil dia Botok aje. Bukan Botox. Kami dulu pernah sekelas masa Form 1 sampai Form 3. Nama anak Hasbullah ni ialah Asif. Anak lelakilah tu. Majlis diadakan di Pusat Pendidikan Al-Amin, Sg Pusu, Gombak. Inilah first time kami ke sini untuk menghadiri majlis perkahwinan. Dengan Waze, mencari arah menjadi mudah.

Lokasi majlis perkahwinan diadakan.
Antara yang hadir: KD, Pok Khor, Elias, Acir, Pok Hair, Aznir dan Mazeli.
Roy dan Kapok sedang berdiskusi pasal kekalahan memalukan Malaysia di tangan Palestin baru-baru ini.
Kami sampai agak lewat sebenarnya. Banyak yang dah datang dan dah pulang. Tapi masih banyak lagi yang masih berkumpul di majlis ini. Geng kengkawan sekolah aku ni memang bila dah berjumpa, susah nak berpisah. Mereka akan bersembang pasal segala macam benda, dari hal-hal besar seperti politik negara dan politik dunia, sampailah kepada hal-hal yang sekecil-kecilnya seperti microorganism macam kuman. Kalau dah bersembang pulak tu, selagi tak cukup tiga hari tiga malam, memang mereka tak akan bersurai. Kami jadi lebih rapat selepas masing-masing dah tamat belajar dah bekerja. 

Jeli Hashim dan Muzmi tersentak bila ada wartawan yang menyergah mereka secara tiba-tiba.
Bila mereka sedar bahawa wartawan itu adalah aku yang sebenarnya, barulah mereka mengukir senyuman. Cheese!
Bersantai sambil mencari idea apakah topik selanjutnya yang ingin dibincangkan.
Pok Khor Khairi sedang membuat promosi barangan Ridsect untuk mencegah kemasukan pencuri.
Mazeli sedang mendapatkan papadom yang sangat lazat ini.
Sampai-sampai aje kami kat situ, aku telah disambut oleh kengkawanku. Dan telah dipeluk oleh Acir dan Mazeli. Macam baru balik dari Mekah aje. Oleh kerana kami dah makan tengah hari sebelum tu kat rumah, jadi aku cuma layan dessert ajelah seperti kuih, kek dan papadom. Dan pekena air teh tarik yang masih ada dalam tong air. Lepas tu aku pun bersembanglah dengan kengkawanku itu.

Isteri dan anak-anakku duduk di satu meja.
Sabriena macam tak ada mood nak makan pada petang itu.
Sabriena sedang memikirkan kesedapan aiskerim Walls yang dimakannya tempoh hari.
Amier memang selalu berselera bila time makan.
Aku dan Pok Hair Azham sedang mendengar taklimat dari Pok Khor Khairi mengenai kebaikan Ridsect untuk jantung.
Hazli terkejut mendengar cerita Jeli Hashim mengenai cadangan menaikkan kadar harga tol.
Pok Jak, Jeli dan Hazli.
Rafi sedang membuat lawak tahap Maharaja Lawak Mega kepada KD. KD sekadar tersenyum sedikit sahaja.
"Best tak lawak aku tadi? Best kan?" tanya Rafi kepada KD.
Tiba-tiba Pok Jak teringat sebuah kisah sedih duka nestapa.
Mula-mula sekali aku duduk dengan Khairi (Pok Khor) dan Azham (Pok Hair). Pok Khor bercerita pasal keberkesanan Ridsect dalam pelbagai hal. Yang setakat aku tahu, orang guna Ridsect untuk spray dan bunuh nyamuk. Tapi mengikut Pok Khor, Ridsect boleh digunakan dengan lebih meluas lagi. Antaranya ialah digunakan bagi menghalau anjing yang mengganas. Spray kat muka anjing yang ganas tu. Pasti anjing itu akan mengingat pengalaman buruknya sampai akhir hidupnya. Sekarang aku dah tau, kalau aku ada dekat dengan kawanku, Acir, aku memang tak boleh membawa Ridsect bersamaku. Sebabnya? Adalaaaah... He he he...

Hazli yang mendengar cerita Pok Jak turut simpati, dan cuba menenangkan kawannya itu.
Bila dah tenang, Pok Jak terus aje ambil nasi dan makan.
Makan dengan gembiranya. Nyam nyam nyam.
Pok Khor Khairi kempen Ridsect dekat Rafi pulak.
Layan i-phone kejap sementara menanti sang suami habis bersembang.
Pengantin baru.
Anak Hasbullah Botok  adalah yang laki-laki.
Bergambar bersama pengantin.
Ada jugak kengkawanku yang datang agak terkemudian dari aku. Antaranya ialah Dato' Kuchai Wahijan dan Pok Jak. Sementara geng suami-suami bersembang di satu sudut, geng isteri-isteri pulak duduk menanti di satu sudut yang lain. Tapi geng isteri-isteri nampak gayanya macam tak banyak bersembang sangat. Sekadar duduk menunggu bilakah time untuk beredar dari situ.

Dato' Kuchai mendapatkan papadom nombor satu dalam dunia.
Habis satu bekas dia tapau.
Sebelum balik, kami bergambar ramai-ramai sebagai kenangan. Dan aku jugak sempat bergambar dengan bapak pengantin. Selepas sessi bergambar ni selesai, barulah kami mengundur diri. Kami dibekalkan dengan goodies untuk dibawa pulang. Kepada Ahmad Hasbullah a.k.a. Botok, aku mengucapkan Selamat Menerima Menantu. Kepada Asif, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga kehidupan kalian selepas berumah tangga akan lebih barokah dan dirahmati Allah. Ameen.

Isteri-isteri Wattoppers.
Menanti suami-suami dengan perasaan super bosan.
Bergambar beramai-ramai sebelum pulang.
Tinggal yang ini aje. Yang lain dah balik.
Dengan bapak pengantin - Hasbullah Botok.
Lagi shot sebelum pulang.
Kami kesemuanya dah masuk setengah abad!
***Batch kami di MRSM Kota Bahru kami gelarkan WATTOP.


No comments:

Post a Comment