m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, June 28, 2015

Larian Terry Fox 2014 di Titiwangsa: Ramainya orang berlari

Bahagian 2

Pada pagi itu, yang hadir bersamaku adalah isteriku, Amier, Sabriena, dan anak-anak saudara kami - Yana dan Saleh. Setelah berkumpul di padang pehimpunan, akhirnya hon dibunyikan. Pooooonnnnn!!! Sejurus para peserta terdengar bunyi itu, masing-masing pun mengorak langkah seribu. Berlari meninggalkan padang perhimpunan. Masing-masing bergegas-gegas, berpusu-pusu memadatkan laluan siar kaki bergerak pantas bagaikan sedang berlumba untuk mendapatkan subsidi baja kelapa sawit dan benih pokok getah.

Peserta berkumpul sebelum memulakan larian.
Wow! Ramai betul yang mengambil bahagian.
Menanti hon dibunyikan tanda perlumbaan bermula.
'Dedicated Board' dipamerkan.
Larian hampir dimulakan.
Lagi beberapa saat sahaja lagi.
Kami mencari-cari ruang untuk bergerak ditengah-tengah kesibukan para peserta yang berhimpit-himpit itu. Terkadang kami berlari. Tetapi pada keseluruhannya kami lebih kerap berjalan kaki. Dan Sabriena lebih selesa duduk di dalam kereta sorong sambil mengesat peluh yang mencurah-curah turun dari dahinya. 

Pooonnnn!!! Jom semua mulakan larian!
Tiba-tiba jalanraya jadi sesak. Mana polis trafik ni?
Berpusu-pusu dan berasak-asak.
Kami memilih jalan yang tidak sesak.
Biar lambat asalkan selamat.
Sempat jugak aku menghitung jumlah peserta yang berlari di sekeliling tasik. Kalau dikira pakai congak ada dalam lebih kurang 6 juta orang. Tapi bila aku kira pakai calculator scientific, aku dapati jumlahnya melebihi 11 juta orang. Pokok pangkalnya, acara larian itu memang disertai oleh sangat ramai orang. Kami dibekalkan dengan air mineral dan 100 Plus agar boleh minum di tengah jalan apabila haus menggamit tekak. Kalau tak salah aku ada tak kurang dari 80 botol air mineral yang kami bawak bersama kami ketika larian itu. Itu adalah supply untuk kami berenam sahaja.

Berhati-hati melintas jalan.
Tanda arah yang perlu dipatuhi.
Cantiknya tasik ini. Kalau bawak joran, bolehlah pergi memancing kejap.
Yana menolak kereta sorong Sabriena.
Berhenti singgah nengok ikan sekejap.
Sabriena bagaikan kepenatan. Kita rehat dulu.
Perjalanan akan diteruskan sebentar saja lagi.
Kepenatan. Dan masih berbaki 150 km lagi.
Berehat lagi di tepi tasik.
Memastikan kami berada di landasan yang betul.
Semakin jauh kami berjalan, semakin luas pemandangan kami. Dan semakin banyak pengalaman yang dilalui. Kami sempat singgah di tepi tasik yang kelihatan sangat cantik. Amier jugak perlu rehat kerana kepenatan. Dan Saleh pulak kena rehat sebab jari kakinya dah mula melecet. Yang lain-lain perlu rehat sebab nak ambil gambar beramai-ramai. Setelah berehat untuk seketika, kami teruskan lagi perjalanan yang masih jauh itu. Masih ada 157 kilometer lagi untuk dilalui.

Bersambung...

Di tempat ini kami duduk berehat agak lama.
Penjaga garisan menaikkan bendera.
Ada pelari yang telah off-side gamaknya.
Bila dah penat, peserta lebih suka berjalan aje.
Tak jauh lagi untuk sampai ke garisan penamat.

No comments:

Post a Comment