m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, June 12, 2015

Al Kuliyyah TV3 datang ke Ampang

28 Mei 2015 - Masa tu aku lalu kat sebuah jambatan pejalan kaki dekat dengan Kampung Melayu Ampang. Ternampak satu banner bertulis Al-Kuliyyah TV3 Ustaz Mohd Elyas Ismail. Ada rakaman untuk program Al-Kuliyyah lah tu. Tak sedikit pun terlintas nak pergi ke Masjid Kg Melayu Ampang. Pasal selalunya aku memang sampai rumah dari pejabat agak lewat. 

Beberapa hari selepas tu, Amier tetiba cakap dekat aku, "Papa, 28 haribulan nanti Papa balik awal tak?" Lalu Amier ajak aku untuk pergi ke Masjid Jami'il Huda Kg Melayu Ampang. Kalau tak salah aku, ada cikgu kat sekolah dia yang cakap pasal ceramah Al-Kuliyyah tu. Aku kata tak boleh janji. Tengok keadaan masa hari tu. Amier setuju.

Banner Al-Kuliyyah TV3 di luar masjid.
Kereta yang dinaiki Team TV3.
Pada tarikh tersebut, hari Khamis, aku cuti setengah hari pasal perlu menguruskan wife aku yang dimasukkan ke dalam wad di Hospital Pakar Ampang Puteri. Bila Amier balik dari sekolah, dia nampak aku tengah rehat kat rumah, terus dia happy. Amier terus ajak aku pergi ke Masjid Kg Melayu Ampang. Pada hal masa tu aku dah lupa langsung pasal rakaman ceramah Al-Kuliyyah TV3. Aku pun bersiap-siaplah, dan kami pun terus ke masjid untuk solat maghrib.

Ally Iskandar sedang memberi taklimat mengenai rakaman tv program Al-Kuliyyah.
Juru kamera sedang membuat setting untuk kameranya.
Membuat zoom in, zoom out.
Amier macam bosan pulak.
Amier duduk sebelah aku dengan tekun.
Amier bersama kawan satu sekolahnya,  Asyraf.
Di masjid aku nengok jemaah dah ramai. Alatan untuk rakaman jugak telah siap dipasang di semua sudut-sudut yang strategik. Selepas solat, para jemaah mengambil tempat masing-masing seperti yang telah diarahkan oleh penerbitnya, Ally Iskandar. Sempat jugak aku bersalaman dengan Ally Iskandar sebelum rakaman bermula. Mengikut AJK surau, salah seorang AJK tu memang mengenali Ally Iskandar secara peribadi. Dialah yang telah buat cadangan supaya program Al-Kuliyyah ni dirakam di masjid ini.

Rupanya tak mudah jugak nak buat rakaman program tv ni. Beberapa kali 'take' baru boleh. Semua masalah teknikal seperti audio dan lain-lain perlu diuruskan dengan sempurna untuk mendapat rakaman yang jelas. Malah sebelum rakaman bermula, Ally Iskandar dengan panjang lebar telah memberi briefing pasal apa yang boleh dan tak boleh dilakukan ketika rakaman. Kata Ally lagi, kamera akan sedaya upaya mengambil shot wajah kesemua para jemaah. Tapi kalau ahli jemaah nengok kat kamera, maka wajah itu tak akan digunakan untuk siaran tv.

Para jemaah bergambar dengan Ally Iskandar.
Rakaman dimulakan dan berakhir dengan baik. Setelah solat isyak, aku bersalaman dengan Ustaz Elyas Ismail. Dan para jemaah mendapat sebungkus nasi lemak untuk dibawa pulang atau dimakan di masjid.

Pada 5 Jun 2015 (Jumaat), rakaman yang dibuat ditayangkan di TV3 jam 6 petang. Masa tu aku masih kat ofis. Tetapi sebahagian daripada ahli keluarga aku yang ada kat rumah dapatlah menonton program Al-Kuliyyah pada petang tu. Dan wajah aku dan Amier memang ada kelihatan kat tv. Popularlah sekejap kami. (Kononnyalah). Aku sempat nengok program tu melaui TONTON kat internet. Itu ajelah kisah aku terlibat sebagai extra dalam program TV3 Al-Kuliyyah.

Para jemaah bergambar dengan Ustaz Elyas Ismail.

No comments:

Post a Comment