m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, June 30, 2015

Larian Terry Fox 2014 di Titiwangsa: Seronok dapat berlari

Bahagian 3

Bila hon dibunyikan, larian pun bermula. Sebenarnya, berlari ni adalah satu jenis sukan yang paling aku tak suka. Ini termasuklah jogging dan walkaton. Aku lebih suka bersukan yang ada kira point menang kalah. Atau score goal. Tapi kalau berlari dari satu lokasi untuk sampai ke satu destinasi yang lain, memang bukannya menjadi pilihan aku.

Rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Sambil mata melihat ke arah tasik yang memantulkan cahaya matahari.
Pengembaraan diteruskan lagi.
Saleh berjalan sedikit terhincut-hincut kerana jari kakinya yang melecet.
Yana menolak kereta sorong Sabriena dengan laju seperti F1.
Tetapi berlari/berjalan di sekeliling tasik ini rasa lain macam pulak. Mungkin sebab pemandangannya yang cantik. Mungkin sebab ada tasik. Bolehlah sesekali menjenguk ke air melihat ikan-ikan berenang. Mungkin itulah yang menjadikan aktiviti berlari ini lebih menyeronokkan,. Dalam suasana orang yang ramai, sambil melihat keindahan tasik, aku tak berasa terlalu penat. Malah tak pulak membosankan. Tak seperti mana yang aku jangkakan.

Sabriena nampaknya sangat teruja bila hampir sampai ke garisan penamat.
Semakin bersungguh-sungguh kami berlari bila jarak ke garisan penamat semakin pendek.
Sabriena angkat tangan pasal dah nak sampai ke Finish Line.
Bergambar sekejap kat sini sebelum ke gerbang penamat.
Yes! Dah sampai pun ke garisan penamat. Kita berjaya!!!
Kami sampai ke garisan penamat setelah kira-kira setengah jam. Bagi pelari-pelari pecut, sepuluh minit aje yang diperlukan untuk mengelilingi satu tasik seluas Lautan Antartik. Kami berasa sangat lega setelah sampai ke titik permulaan kembali. Bolehlah kami berehat dan minum-minum air. Team ofis wife aku, bersama keluarga diarah berkumpul untuk sessi bergambar beramai-ramai. Ramai jugak yang berkumpul dengan memakai topi yang telah diagih-agihkan kepada keluarga staff. Aku nengok Sabrienalah yang paling kepenatan. Walaupn dia tak berjalan walau selangkah pun. Mungkin penat pasal duduk dalam kereta sorong terlalu lama. 

Seluruh warga ofis dan keluarga masing-masing bagaikan berasa sangat puas hati kerana telah berjaya menamatkan suatu misi besar dengan mengelilingi tasik. Tapi kalau dapat berenang kat dalam tasik sepuluh lap, mestilah lagi hebat gamaknya. Puas jugaklah kami bergambar beramai-ramai, macam bergambar sekolah. 

Bersambung...

Masih di garisan penamat.
Berehat sebentar. Kejap lagi nak ambil gambar pulak.
Inilah antara wajah-wajah pemenang pingat emas Olimpik tahun 2014.
Satu ofis dan keluara bergambar.
Say cheese!
Say bread spread.
Say butter!
Say mayonnaise!
Say peanut butter!
Letih pulak bergambar lama-lama macam ni.
Amier sedang mendapatkan tempat duduk yang paling selesa.
Anak-anak berasa keletihan.
Amier masih adjust tempat duduk.
Okay, everybody! Look at the camera!
Now! Look at the cameraman!
Everybody, raise your hands!
P/S: Raise your hands only if your armpits do not smell.

Sunday, June 28, 2015

Larian Terry Fox 2014 di Titiwangsa: Ramainya orang berlari

Bahagian 2

Pada pagi itu, yang hadir bersamaku adalah isteriku, Amier, Sabriena, dan anak-anak saudara kami - Yana dan Saleh. Setelah berkumpul di padang pehimpunan, akhirnya hon dibunyikan. Pooooonnnnn!!! Sejurus para peserta terdengar bunyi itu, masing-masing pun mengorak langkah seribu. Berlari meninggalkan padang perhimpunan. Masing-masing bergegas-gegas, berpusu-pusu memadatkan laluan siar kaki bergerak pantas bagaikan sedang berlumba untuk mendapatkan subsidi baja kelapa sawit dan benih pokok getah.

Peserta berkumpul sebelum memulakan larian.
Wow! Ramai betul yang mengambil bahagian.
Menanti hon dibunyikan tanda perlumbaan bermula.
'Dedicated Board' dipamerkan.
Larian hampir dimulakan.
Lagi beberapa saat sahaja lagi.
Kami mencari-cari ruang untuk bergerak ditengah-tengah kesibukan para peserta yang berhimpit-himpit itu. Terkadang kami berlari. Tetapi pada keseluruhannya kami lebih kerap berjalan kaki. Dan Sabriena lebih selesa duduk di dalam kereta sorong sambil mengesat peluh yang mencurah-curah turun dari dahinya. 

Pooonnnn!!! Jom semua mulakan larian!
Tiba-tiba jalanraya jadi sesak. Mana polis trafik ni?
Berpusu-pusu dan berasak-asak.
Kami memilih jalan yang tidak sesak.
Biar lambat asalkan selamat.
Sempat jugak aku menghitung jumlah peserta yang berlari di sekeliling tasik. Kalau dikira pakai congak ada dalam lebih kurang 6 juta orang. Tapi bila aku kira pakai calculator scientific, aku dapati jumlahnya melebihi 11 juta orang. Pokok pangkalnya, acara larian itu memang disertai oleh sangat ramai orang. Kami dibekalkan dengan air mineral dan 100 Plus agar boleh minum di tengah jalan apabila haus menggamit tekak. Kalau tak salah aku ada tak kurang dari 80 botol air mineral yang kami bawak bersama kami ketika larian itu. Itu adalah supply untuk kami berenam sahaja.

Berhati-hati melintas jalan.
Tanda arah yang perlu dipatuhi.
Cantiknya tasik ini. Kalau bawak joran, bolehlah pergi memancing kejap.
Yana menolak kereta sorong Sabriena.
Berhenti singgah nengok ikan sekejap.
Sabriena bagaikan kepenatan. Kita rehat dulu.
Perjalanan akan diteruskan sebentar saja lagi.
Kepenatan. Dan masih berbaki 150 km lagi.
Berehat lagi di tepi tasik.
Memastikan kami berada di landasan yang betul.
Semakin jauh kami berjalan, semakin luas pemandangan kami. Dan semakin banyak pengalaman yang dilalui. Kami sempat singgah di tepi tasik yang kelihatan sangat cantik. Amier jugak perlu rehat kerana kepenatan. Dan Saleh pulak kena rehat sebab jari kakinya dah mula melecet. Yang lain-lain perlu rehat sebab nak ambil gambar beramai-ramai. Setelah berehat untuk seketika, kami teruskan lagi perjalanan yang masih jauh itu. Masih ada 157 kilometer lagi untuk dilalui.

Bersambung...

Di tempat ini kami duduk berehat agak lama.
Penjaga garisan menaikkan bendera.
Ada pelari yang telah off-side gamaknya.
Bila dah penat, peserta lebih suka berjalan aje.
Tak jauh lagi untuk sampai ke garisan penamat.