m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, May 3, 2011

Melawat Terengganu Mei 2011: Penemuan misteri di Masjid Kerteh

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu memakan masa yang sangat lama. Jadi kami berhenti sejenak di sebuah Masjid di Kg. Labohan, Kerteh dan bersolat jama' zuhur & asar di situ. Aku nengok masjid tu macam agak baru jugak dibina. Ada beberapa musafir lain yang turut menunaikan solat di masjid tempat kami singgah itu. 





Sesudah menunaikan solat, anak sulung aku, Syahmie ternampak kelibat seekor burung yang memang jarang-jarang boleh dijumpai di habitat asalnya. Burung yang dimaksudkan adalah burung enggang (hornbill). Burung tu bertenggek di handrail koridor masjid. Aku dan Amier bersama Syahmie terus ke koridor masjid, cuba mendekati burung enggang tersebut. Aku pulak cuba menangkap burung itu dengan menggunakan kamera auto fokus aku. Baru aku melangkah setapak dua burung tu dah terbang jauh. Aduh! Agak kecewa kami. Ketika burung itu hinggap di dahan satu pohon yang jauh, aku pun ambillah gambarnya. Tapi agak terlalu jauh untuk dilihat walaupun gambarnya telah diambil. Sesudah penemuan yang hebat itu, kami tiga beranak merasa sangat teruja dan berjalan terkengkang-kengkang kerana kebanggaan sambil hidung turut mengembang seluas ekzos kereta turbo. Yaaahhh... itulah penemuan terhebat alaf ini yang telah dialami oleh kami tiga beranak - aku, Syahmie dan Amier.


No comments:

Post a Comment