m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, May 2, 2011

Melawat Terengganu Mei 2011: Menyerbu Warung Aziz Satar

Cuti hujung minggu baru ni aku anak beranak dan mak aku berkunjung ke Terengganu. Kami bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 12 tengah hari. Setelah meredah lebuhraya yang panjang, kami tibalah di sempadan negeri Terengganu. Kami sampai di Kuala Kemaman. Masa tu kalau tak silap jam dah tunjuk hampir pukul 4 petang. Oleh kerana kami semua belum makan, kami singgahlah kat Warung Aziz Satar untuk bersantap.

Kami memang biasa datang sini. Kalau pergi bercuti di Kuantan aje, mesti kami akan ke sini untuk makan satar, ICT (Ikan Celup Tepung) dan sotong goreng tepung. Jadi menu yang ini adalah menu wajib bagi kami. Untuk tambahan, kami ada jugaklah order nasi goreng dan laksam. Walaupun satar, ikan dan sotongnya hebat, tapi makanan lain bagi aku biasa-biasa aje. Bersungguh-sungguh kami makan. Maklumlah, dah lewat dan terlalu lapar.

Warung Aziz Satar ni aku rasa takda kena mengena dengan Datuk Aziz Satar yang berlakon tu. Tapi itu tak penting. Yang penting tempat ni memang popular kat Kuala Kemaman dan selalu ramai orang datang. Ada kalanya terpaksa pulak kami tunggu lama untuk mendapatkan makanan yang dipesan.


Satar, otak-otak, pulut panggang habis licin dimakan. Daun pisang menjadi saksi.




Sotong goreng tepung menjadi kegilaan kami.



ICT - Ikan Celup Tepung

SGT - bukannya sarjan tapi Sotong Goreng Tepung.

Balik dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, kami singgah lagi makan tengah hari kat sini. Pekena lagi satar, ikan dan sotong gorengnya yang hebat. Kalau kami ke Terengganu lagi, pasti akan kami mencari masa untuk singgah dan menikmati juadah yang istimewa ini. Mmmmm.... nyummy...



No comments:

Post a Comment