m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, May 30, 2011

Persidangan Jack Sparrow & lanun-lanun Carribean

Suatu hari kira-kira jam 3 pagi waktu Malaysia, aku mendapat telefon mengejut dari teman lamaku, Jack Sparrow. Ya, Jack Sparrow yang itulah. Yang berlakon kat cerita "Pirates of the Carribean" tu. Suatu persidangan lanun-lanun akan diadakan di suatu tempat rahsia yang akan diberi tahu kelak. Lalu aku dan dua orang anak lelakiku pun bersiap-siaplah untuk ke persidangan itu. Dengar cerita kat Conference Centre Putrajaya. Topik perbincangan adalah bagaimana hendak menghapuskan lanun-lanun cetak rompak yang kini lebih popular dari lanun-lanun original.

He he he. Itu Muqadimahnya saja. Kenapa kami pakai macam ni? Ada sebab tersirat sebenarnya. Nantikanlah blog entry yang selanjutnya. Selamat menunggu.




Leo was in the house!

Nama Leo tiba-tiba keluar sebagai tajuk blog entry aku kali ni. Siapakah Leo? Leo bukanlah singa bintang zodiac. Leo adalah kawan Abby yang sama-sama main badminton. Dah beberapa kali dia datang kat gelanggang kami, tapi baru kali ni Leo dapat main berentap dengan kami pasal sessi badminton lepas pemain tak begitu ramai.

Leo pada dasarnya lebih kurang je kehandalannya dengan kami. Tapi dia ada satu trick yang memang mudah untuk memperdayakan pihak lawan. Aku dan player-player lain asyik terkena je dengan pukulan trick-nya itu. Leo sangat pandai mengacah tangan. Contohnya: macam nak pukul ke kanan, tapi pukul ke kiri. Macam nak pukul ke atas, tapi pukul ke bawah. Macam nak smash, tapi pukul kat jaring. Macam nak main, tapi sebenarnya nak rehat. Itulah trick yang memang aku nak cuba dalami agar skill dan mutusamy aku semakin mantopp.

Ali mengepalai cabaran Milo pada kali ini.

Anak saudara Lee Chong Wei. Tak ingat aku namanya siapa. He he he...

Abby & Leo.

Nak jalan ke tak nak?

Pernah tak korang berada pada situasi dilema? Mesti pernah kan? Nak buat ke tak nak? Nak pergi ke tak nak? Nak makan ke tak nak? Dan banyak lagi dilema yang menyulam kehidupan kita seharian. 

Weekend lepas aku dalam dilema lagi. Bukan soal beli tak beli, buat tak buat, pergi tak pergi atau makan tak makan. Tapi soal jalan atau berhenti. Cikgu driving aku kata kalau lampu hijau mesti jalan. Kalau lampu merah mesti berhenti. Kalau lampu kuning mesti tekan minyak laaa... Tapi baru ni aku terserempak dengan satu lampu yang kata nak jalan boleh, nak berhenti pun boleh. Hijau dan merahnya menyala serentak. Termenung aku dan pemandu-pemandu lain dalam kebingungan. Ada yang memberhentikan kereta, tapi berjalan kaki mengikut arahan lampu hijau. Ada yang memotong kereta mereka menjadi dua. Sebelah ditinggalkan, dan sebelah lagi terus bergerak ke hadapan. Ada pulak yang terus mereng kerana tak sanggup menerima dugaan seumpama ini. Lalu dia dimasukkan ke dalam wad sakit jiwa. Dan aku, setelah membuat kajian terperinci akan maksud yang tersirat, dengan membuat calculation geometri dan simetri, akhirnya mengambil langkah paling bijak dalam sejarah kemanusiaan sejagat. Dan langkah itu adalah... ambik gambar traffic light yang dah sewel tu dan tunjukkan kat korang. Biar sama-sama kita fikirkan. Amacam? Dah dapat keputusan? Kalau belum, teruskan berfikir...


Prof dah kembali, Foong dah dapat rentak

Sabtu lepas main tenis kat Titiwangsa lagi. Prof Mesir yang dah lama meninggalkan group kami (kerana katanya players kat group kami rata-rata kurang cekap melainkan untuk beberapa orang) pun datang main dengan kami. Hari tu Prof partner dengan aku. Kami kalah, tapi aku happy. Untuk second set aku partner dengan Foong pulak. Ingat tak aku pernah cerita, dah 4 kali berturut-turut kami kalah bila digandingkan. Foong nampak gayanya masih nak mencuba nasib bagi membuang badi ini. Dan kali ni kami menang! Bukan badi Foong aje dah terlerai, badi aku pun dah terlerai sama. Set ketiga berlangsung selepas aku berehat untuk seketika. Tapi entah macam mana kesemua kami (melainkan Bob) dah kepenatan. Nak kejar bola pun malas. Set tu berlangsung dengan sangat membosankan, dan melucukan jugak pasal pukul bola pun dah merapu-rapu.



Apa khabar Amier kat sekolah?

Pagi tadi aku & isteri masuk lambat sikit ke ofis pasal ke sekolah tadika Amier - Q-Dees, ada parents-teachers meeting. Sampai di sana ada sepasang parents tengah jumpa cikgu bincang pasal anak mereka. Tak lama menunggu, tibalah giliran kami pulak jumpa cikgu. Cikgu Amier, Malathi tunjukkan kertas periksa Amier. Aku nengok okay je. Satu paper 100%. Lagi dua paper lebih 90%. Wife aku tanyalah pasal behaviour dia kat kelas, nakal ke, suka buli orang ke, suka kacau orang ke, pendiam ke? Cikgu-cikgu dia kata dia cerdik dalam kelas. Tapi dia suka layan dunia dia aje. Masa jawab soalan test pun sambil nyanyi-nyanyi. Tapi dia ikut cakap cikgu, cuma tak berapa suka kalau orang suruh dia buat kerja tergesa-gesa. Well, basically kami puas hati. Amier memang tak suka nak cerita pasal sekolah dia. Paling-paling pun dia cakap, "Tadi kat sekolah Amier ada monkey..."


Friday, May 27, 2011

Tenis nomad

Tenis adalah game tenislah. Nomad adalah kelompok manusia yang hidup berpindah randah. Tenis nomad adalah permainan tenis yang dilakukan dengan bertukar-tukar gelanggang. Itulah yang berlaku pada sesi tenis kami minggu lepas. Mula-mula main kat gelanggang Titiwangsa selama sejam. Kejap sangat. Lalu kami sambung pulak main kat gelanggang Jalan Jelatek. Tapi kat Jalan Jelatek bising sangat pasal banyak kenderaan lalu-lalang. Susah sikit nak fokus. Itu tak ambil kira dia punya panas dan silau pasal takda pokok langsung.

Berehat di gelanggang Jalan Jelatek, Keramat
Kat Jelatek kami main double satu set dan lepas tu main single pasal tak cukup orang. Main game single memang sangat memenatkan. Dan juara pada hari tu ialah abang Md Nor mengalahkan aku dan Wan Bomba. Rewind balik kat Titiwangsa. Aku berkesempatan partner dengan no 1 ranked Foong lagi. Dan gandingan kami kalah lagi. Ini dah masuk kali ke-4 berturut-turut gandingan ini tak menjadi. Foong punya prestasi pun aku tengok dah menurun sikitlah. Dan chemistry kami pun dah tak adalah. Kalau Foong nak mendapatkan kemenangan kembali, dia kena partner dengan player lain pulak. Siapa-siapa pun boleh melainkan aku.

Bersiap untuk berangkat ke Jalan Jelatek


Thursday, May 26, 2011

Buat apa kat KLCC?

Hujung minggu lepas aku, isteriku, Amier, dan kakakku berkunjung ke KLCC. Kami ke sana bukanlah untuk melepak dan bersantai. Bukan jugak untuk mengukur ketinggian menara berkembarnya. Apa lagi untuk buat terjunan bunjee jumping dari jambatan yang menghubungkan kedua-dua menaranya. Bukan jugak untuk menjangka saiz ukur lilit menara yang ada. Tapi kami ke KLCC dengan membawa satu misi yang sangat penting. Amanah dari seseorang yang kami sanjungi. Langkah demi langkah kami atur, menyusur lautan manusia yang pelbagai rupa bentuk dan ragamnya.

Akhirnya kami tiba ke destinasi. Sebuah kedai peralatan elektrik di tingkat 2. Kami ke KLCC nak beli mesin basuh pakaian. Mesin basuh kat rumah dah mogok tak nak bekerja lagi. Dah beberapa kali repair pun masih sakit lagi. Lalu mak aku fikir lebih baik beli baru aje. Itulah yang kami lakukan. Tapi kenapa ke KLCC? Harga barang kat kedai tu agak berpatutan dan sesetengah item memang lebih murah dari kedai-kedai lain. Itu pasallah kami ke situ.

 
Sementara kakakku berurusan dengan juru jual, aku dan Amier mencuba nengok tv 3D yang dipamerkan. Masa tu dia tayangkan cerita Avatar. Wow! Hebat betul 3D dia. Amier mula-mula takut. Dia kata mengerikan. Last-last bila dah cuba nengok langsung dia tak nak beredar dari tempat tu. Memanglah satu pengalaman yang baru bagi kanak-kanak sebaya Amier. Dalam perjalanan pulang kami ternampak satu poster iklan yang sangat mencerminkan karaktor anak bongsuku, Amier. Dan kami pun bergambar di sebelahnya.



Wednesday, May 25, 2011

Mesyuarat terpanjang di dunia @ Putrajaya

Petang semalam aku dan Ahmad ditugaskan untuk menghadiri satu mesyuarat EOT di Wisma Tani di Putrajaya. EOT tu maksudnya nak mintak tambah masa untuk siapkan projek. Oleh kerana ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan maka kontraktor terpaksa mintak tambahan masa untuk menyudahkan seluruh projek yang diamanahkan kepadanya.

Aku dengan Ahmad agak kelam kabut memecut dari Bangi ke Putrajaya pasal meeting start pukul 3 petang. Sampai-sampai dah terlewat sikit. Tapi mujur meeting belum start. Sebenarnya ada 19 group yang nak meeting dengan KSU. Kami group nombor 10. Kami jenguk bilik meeting takda orang. Dengar cerita dah tangguh pukul 5 petang. Alamak! Rugi time aku. Macam-macam benda boleh buat kat ofis. Tapi kami tunggu jugak. Dan meeting akhirnya start dekat nak pukul 6 petang. Group pertama masuk. Mereka keluar setengah jam kemudian. Adoi! Kalau satu group setengah jam, pukul berapa pulak kami dapat jumpa KSU? Aku mengeluh panjang. Aaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh..... 

Kami masih tunggu, sampai maghrib menjelang. Bila dah malam, perut mulalah berkeroncong. Nengok barang-barang makanan display yang dah expired pun kami boleh berselera nak makan. Bos aku Akmal yang pada mulanya tak dapat join meeting pasal ada meeting lain akhirnya datang jugak pasal meeting yang dia hadiri tadi telahpun selesai. Kami bertiga tunggulah dengan sabar. Jalan mundar mandir, bersila atas lantai, belek-belek barang-barang pameran di ruang legar, bercakap merapu sesama sendiri. Ini semua angkara menunggu terlalu lama dan sebab perut yang dah semakin lapar jugak. Bila jam hampir pukul 10 malam, aku terpaksa mintak diri pasal nak ambil wife aku yang menunggu kat Jalan Ampang. 

Lalu aku memecut pulak pulang ke ofis sebelum menghala ke Jalan Ampang. Bila sampai aku nengok wife aku dah keletihan menanti. Lalu kami terus pulang ke rumah. Hari esoknya aku tanya Ahmad, jam berapa meeting selesai? Kata Ahmad, dekat jam 12 tengah malam baru selesai meeting. Fuuuhhh! Pecah rekod ni! Nasib baik aku tak terus tunggu. Masa menunggu tu aku terjumpa dengan bekas pensyarah aku yang mula-mula mengajar aku design kat UTM. Itulah Ar Hamdan Jamal. Masa kat UTM kami tak berapa rapat. Tapi masa jumpa semalam dia sangat ramah dengan aku. Last sekali aku jumpa dia sewaktu kami sama-sama jamming untuk buat show sempena perjumpaan Pertubuhan Arkitek Malaysia Bahagian Selatan. Lepas tu terus putus kontek.

Ahmad membelek-belek makanan pameran, kot-kot boleh dimakan. Akmal sekadar memerhati dalam keadaan lapar.

Abang Zai telah kembali beraksi!

Muqadimah: dah beberapa hari kebelakangan ni asyik bermasalah aje nak masuk blog. Sekejap kata tengah servis-lah. Sekejap pulak lagi tak boleh log in lah. Okay, ni tengah boleh ni aku masukkanlah cepat-cepat entry sebelum keluar problem lain pulak. Cerita ni memang dah basi. Tapi apa nak buat, kekadang benda yang macam dah expired pun sedap jugak dimakan (seperti ikan pekasam, tapai, budu, cencaluk dsb).

Khamis lepas main badminton macam biasa. Yang tak biasanya adalah kehadiran Abang Zai dan Faridz. Aku rasa dah dua bulan Abang Zai tak turun main. Aku ingatkan dah gantung reket. Nasib baik belum gantung lagi. Aku memang cukup happy kalau Abang Zai dan Abang Zahid datang main badminton sekali. Rasa macam lively sikitlah malam tu. Walaupun lama dah tak main, nampak gayanya skill Abang Zai masih tak hilang. Mungkin jugak beliau bertapa di Gua Niah menambah ilmu di dada. Cecita-cecita...

Faridz dengan rambut ala-ala Mohican

Acara minum kat kedai mamak ni hanya akan berlaku kalau abang Zai ada. Kalau tak kitorang semua terus balik rumah.

Saturday, May 21, 2011

Angkara Wilson T4000

Hari Khamis lepas aku bawak satu reket antik pergi kedai reket nak suruh pasangkan tali. Reket tu kawan aku punya - abang Hj Nordin. Itu reket tahun 1977 Wilson T4000. Reket dia dibuat dari stailess steel dan sangat berat. Berkilo-kilo berat dia. Kena dua tiga orang angkat baru boleh. Yang pakai reket tu dulu ialah legenda tenis Amerika, Jimmy Connors. Masa aku bagi kat orang kedai time tengah hari, dia tanya, "Bila nak ambik?"  "Pukul lima", aku cakap. Kira-kira pukul 4 lebih dia call aku balik, "boleh tak ambik besok? Kitorang nak buat kajian dulu. Dah beberapa orang try tak berjaya nak masukkan tali. Nanti kalau siap kitorang call balik". Aku cakap okaylah.

Pada siang esoknya (hari Jumaat), boss dia call aku. "Boss, kita sudah give-up-lah. Otak sudah mau pecah, loh. Siang malam pasang tali, bukak tali, masih tak boleh ngam. Saya ingat lu sendiri bikinlah. Nanti saya refund lu punya duit". Hmmmm..... memang mencabar rupanya nak pasang tali reket vintage ni. Siapa nak cuba pasangkan tali boleh kontek aku.


Wednesday, May 18, 2011

Bintang pun keluar dan semua berubah

Hari Selasa cuti umum pasal Wesak. Aku ambil kesempatan ini untuk main tenis lagi. Sabtu lalu main terlalu teruk. Kali ni nak tebus keterukan dulu. Sampai-sampai aku terus partner dengan Wan Bomba lawan abang Murad & abang Md Nor. Bermula dengan baik. Dah leading 4-1. Pihak lawan kejar dan kami masih leading 5-3. Pihak lawan terus kejar sampai jadi 5-5. Dan akhirnya kami tewas 5-6. Wan Bomba memang macam tak percaya boleh kalah. Set kedua lawan lagi dan kalah lagi 2-3. (Permainan terpaksa diberhentikan awal pasal ada orang lain dah book court yang sama).

Mengikut pemerhatian Wan Bomba, aku bermain baik pada awalnya. Tapi lepas kena lari ke hulu ke hilir pasal pihak lawan asyik bagi bola kat aku je, aku punya performance terus down. Memang agak penat masa tu. Nak recover dari penat kejap aje. Rehat few minutes dan teguk air sikit kira dah okaylah. Tapi mentally masih tak cergas lagi dan ini menyebabkan kadar fokus berkurangan. Wan Bomba punya teori, lepas dah pancit tu, pihak lawan start kumpul mata demi mata. Aku rasa betullah teori tu. Bila mental penat, memang fokus hilang. Dan footwork, body preparation semua jadi malas. Ini yang menyebabkan pukulan serba tak menjadi pasal teknik turut jadi salah.

Kebetulan masa tu tengah ada pemilihan pemain bawah 15 untuk wakil Wilayah KL. Aku nengok sorang-sorang budak-budak main memang hebat. Pukul power gila. Tapi setiap pukulan dibuat setelah body position berada pada kedudukan paling selesa. Maknanya memang kena banyak lari dan tak boleh malas bergerak. Kekadang bila perlu, budak-budak tu undur ke belakang sampai nak terlanggar pagar. Tapi macam tulah teknik sebenarnya. Dan maknanya jugak aku ni sebenarnya kalah dari segi stamina otaklah ya...


Tuesday, May 17, 2011

Wedding anniversary Mona & Halil ke-12

Ahad malam kami ke Felda Villa kat sekitar Jalan Semarak. Itu pun sesat. Kami meraikan kawan kami Mona & Halil sempena ulangtahun perkahwinannya yang ke-12. Tema pakaian adalah tahi cicak. Maksudnya hitam putihlah. Jadi bila pasangan pengantinnya pakai merah, barulah nampak striking. Majlis dihadiri oleh kawan-kawan terdekat aje dan saudara mara. Jadi tak berapa ramailah jemputan yang datang. Kami sampai pun agak terlambat, tapi sempat jugaklah makan nasi minyak sampai kenyang. Kepada Mona & Halil - semoga berbahagia dan sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya. Amin.









Majlis kahwin kat UPM

Siang Ahad lalu kami ke Dewan Banquet UPM memenuhi jemputan kahwin dua pupu aku. Kat dalam UPM pun kami boleh sesat pasal kawasannya besar sungguh. Majlis berjalan macam biasa. Tapi ketika aku tengah makan tu anak bongsu aku, Amier tertolak gelas air sampai tumpah kat meja dan lantai. Kena kaki aku jugak. Nasib baik pakaian aku tak basah. Lepas wedding tu kami pun baliklah sambil menengok kuda dan lembu kat padang ragut berdekatan, dan memikirkan bila pulak lembu-lembu tu akan dijadikan lauk.


Amier tumpahkan air sirap dalam gelas.


Pakcik dan makcikku.

Malam Masihkah Kau Ingat: Posing penutup

Betul-betul sebelum kami bersurai dari majlis Malam Masihkah Kau Ingat, kami sempat lagi buat satu pose kat pintu masuk Kelab Sri Damansara. Maklumlah tak puas nak posing tadi. Bukan setakat tu aje, sebelum masuk kereta pun masih posing lagi. Dalam kereta pun posing. Rasa-rasa dah cukup puas dan penat barulah kamera disimpan.


Malam Masihkah Kau Ingat: Artis jemputan yang menjadi pujaan

Setelah semua bersurai dari majlis Malam Masihkah Kau Ingat, kami pun berjalanlah menuju ke porch bangunan. Dalam perjalanan tu kami terpaksa melalui satu kawasan yang sedang mengadakan konsert hebat. Tatkala kawan kami bro Zul lalu di situ, tiba-tiba kedengaran para peminat dari seluruh negara melaungkan nama Zul berkali-kali dengan lantangnya. "We want Zul! We want Zul! Kami nak Zul! Kami nak Zul!" Zul yang pada mulanya agak malu-malu akhirnya naik ke atas pentas bagi memenuhi permintaan peminat yang hampir 10,000 orang ramainya.

Zul menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Alleycats iaitu lagu Sampaikanlah Salam dengan diiringi oleh dua orang penyanyi iringan wanita. Para penonton siap melambai-lambaikan tangan sambil menyalakan lighter. Setelah habis menyanyi, Zul mengakhiri persembahan dengan mengucapkan, "Trema kasseyy!!!" Ada di kalangan penonton yang histeria dan pengsan-pengsan. Dan yang mintak autograf pulak sampai beribu-ribu orang. Wow! Memang hebat sekali persembahan malam tu.


Malam Masihkah Kau Ingat: Ber-posing di depan kamera

Majlis meraikan Tuan Haji Abu Bakar ini disudahi dengan acara bergambar beramai-ramai. Bergambar ni pun dibuat mengikut kategori jugak. Mula-mula kategori hadirin lelaki. Lepas tu kategori hadirat wanita. Lepas tu mengikut kategori sekolah-sekolah. Lepas tu kategori berat badan kurang 60 kilo, lebih 100 kilo dan berat di antara keduanya. Macam-macam aksi dipersembahkan oleh hadirin termasuklah bergayut kat kipas siling, berdiri atas meja dan kerusi dan lain-lain posing yang kreatif. Tapi yang diperlihatkan di sini hanya yang munasabah ajelah. Dah puas bergambar barulah penutup majlis iaitu dengan menyanyikan lagu Negaraku.



Bekas pelajar SRK Batu 4 (2).

Bekas pelajar SMK Raja Ali.

Bekas pelajar SMK Kampong Batu.

Bekas pelajar SM Taman Maluri - SPM 1989.

Bekas pelajar SMK Taman Maluri - SPM 1990.

Bekas pelajar SMK Taman Maluri - SPM 1990 dan Good 2011.