15 November 2014 - Aku dah terlepas. Kali ni memang aku dah terlepas. Tapi aku bukan terlepas bas atau kapalterbang. Bukan jugak aku terlepas kandang. Tapi aku terlepas game tenis sebenarnya. Tak dapat nak join kengkawan yang lain masuk bertanding lawan inter team macam edisi yang pertama dulu. Kali ni Kelab TTC buat pertandingan inter team edisi kedua. Nampak gayanya kali ni lebih hebat. Lebih sengit. Lebih menyengat dan membakar. Dah tak pakai nama bunga sebagai nama team. Kali ni pakai nama buah pulak. Team Anggur diterajui oleh Amir. Team Betik diterajui oleh Azizul. Team Ciku dipimpin oleh Ashraf. Dan Team Duku dikepalai oleh Faizal.
Oleh kerana aku tak sempat nak menengok walau satu game pun permainan mereka, aku straight bagi keputusan pemenangnya ajelah. Juara kali ini adalah Team Ciku. Team Ciku dibarisi oleh pemain-pemain handalan dunia yang terdiri dari Ashraf (Kapten), Eddy, Hashim, Arif, Francis dan Azril. Mereka berjaya membawa pulang wang kemenangan bernilai RM5 juta serta satu piala pusingan. Beberapa insiden penting telah berlaku sebelum dan di sepanjang permainan ini. Berikut adalah kronologinya:
1. Kapten Team Duku telah membayar pemain perseorangan ranking nombor 1 - Faiz untuk bercuti dan berjoli katak di Batam bagi melumpuhkan kekuatan Team Ciku. Pemain gantian - Hashim telah diupah untuk masuk ke dalam Team Ciku sebagai duri dalam daging. Hashim sepatutnya kalah dalam kesemua permainan yang beliau terlibat. Tapi Hashim telah berpaling tadah. Hadiah kemenangan bernilai RM5 juta, sedangkan Kapten Duku sekadar mnembayar Hashim sebanyak RM5.50 untuk tewas. Nak beli kerang bakar pun belum tentu cukup. Akhirnya Hashim telah bermain bermati-matian sehingga kejuaraan menjadi milik pasukannya.
2. Kapten Team Ciku pula telah membayar Sukri, orang penting dalam Team Duku untuk ke Sandakan. Kononnya untuk bertanding di sana pula. Sebenarnya, segala-galanya adalah set up. Telah dirancang halus oleh Ashraf. Ashraf telah membayar Loo bagi menggantikan tempat Sukri. Nampaknya, perancangan ini sangatlah berhasil.
3. Halim telah berjaya membuat servis ace. Itu tak cukup menghairan dan mengagumkan kalau yang kena ace tu Kak Azian. Tapi yang kena servis ace tu ialah Hashim - pemain harapan dunia yang menjadi idola kepada banyak pemain-pemain tersohor di alam ini. Sejurus terkena servis ace dari Halim, para penonton hampir serentak berteriak, "Kemon, Hashim!!!"
4. Eddy dan Hashim nampak gayanya telah menjuarai tounament ini dua kali berturut-turut.
5. Aku tak sangka ramalan ku sehari sebelum perlawanan bermula sangat tepat. Aku bagaikan telah menjangka bahawa Team Ciku akan menang pada edisi kali ini.
6. Dalam diam, aku masih menyokong bekas kapten ku dulu, Amir. Namun aku tahu peluang Team Anggur untuk menang sangatlah tipis.
Kepada pemenang dan penganjur, serta para pemain dan peserta, aku mengucapkan tahniah. Dan kepada Team Ciku aku ingin bertanya. Boleh tak aku claim kerang bakar 3 bakul?
Team Ciku dianggotai oleh Ashraf (kapten), Eddy, Hashim, Arif, Francis dan Azril. Poster oleh Ashraf. |
Team Ciku dengan hadiah yang dimenangi. |
No comments:
Post a Comment