12 Oktober 2014 - Kawan sepejabat wife aku, Kak Mas mengahwinkan anak. Majlis resepsi dibuat di Keramat. Aku selalu jugak datang ke sini main tenis. Tapi tak pernah sekali pun masuk ke dalam dewan. Ini kira first time-lah.
Ramainya manusia kat dewan ni. |
Agak sukar nak cari tempat duduk. Semua tetamu datang hampir serentak pada waktu tengah hari. |
Walaupun tetamu super ramai, tetapi makanan memang mencukupi. |
Belum sampai lagi kat dewan, kami dah terasa betapa jam-nya kat sekitaran jalan menghala ke dewan. Dah ada banyak kereta para tetamu yang parkir kat tepi jalan. Bila kami semakin menghampir, atendan parking suruh kami masuk kat kawasan sekolah agama yang terletak betul-betul kat sebelah dewan. Kat situ memang banyak tempat parking yang masih kosong. Aku pun parking-lah kat situ dengan gembiranya.
Bergambar dengan Kak Mas. |
Kini kami masuk kat dalam dewan pulak. Pergh! Bukan main ramai lagi tetamu yang hadir. Bersesak-sesak. Sebijik macam kat stadium bola. Berasak-asak nak beli tiket bola. Aku ingat nak ajak anak-beranak aku makan kat luar dewan aje, pasal biasanya memang ada bangku kayu kat luar. Tapi rupanya kat luar pun dah full house. Termenung jugak kami nak memikirkan mana kami nak duduk. Akhirnya wife aku dapat tempat kat satu meja. Tapi kena duduk pecah-pecahlah. Tak boleh duduk sekali satu keluarga. Tak kisahlah tu. Lalu kami ambil makanan dan makan dengan kadar segera pasal tetamu lain masih ramai lagi yang menanti tempat nak duduk untuk menjamu selera. Aku main sumbat telan aje. Tak sempat nak kunyah pun. Bila selesai aje, kami pun jumpalah dengan mak ayah pengantin sebelum bergerak pergi. Terima kasih kerana menjemput kami ke majlis besar ini.
Ada konsert Jom Heboh gamaknya. |
Kat luar dewan dah ramai, bayangkan betapa ramainya kat bahagian dalam pulak. |
Yang kat luar ni tak tau dah makan ke belum. |
No comments:
Post a Comment