30 Ogos 2014 - Syawal dah semakin menghujung. Jemputan ke rumah terbuka masih berterusan kami terima. Satu demi satu. Dan hampir setiap jemputan kami penuhi. Kawan kami Fadzal turut mengundang. Rumahnya pun tak jauh sangat dari rumah kami. Maka senang sangatlah kalau kami nak ke sana. Tak perlu meredah sesak jalanraya yang melampau.
|
Wanie makan nasi dagang. Penuh pinggan Wanie dengan nasi. Aku pun terkejut melihatkan selera makan Wanie yang agak besar. |
|
Amier memang suka makan ikan. Lauk ikan untuk nasi dagang tu memang sangat-sangat digemari Amier. |
|
Baru lepas makan nasi dagang. |
|
Rehat sekejap. Lepas ni nak makan kambing golek pulak. |
Sesampainya di rumah Fadzal, kami nampak ada satu binaan permainan kanak-kanak di hadapan rumah. Macam bumpy castle! Dan ramai kanak-kanak tengah syiok bermain walaupun cuaca agak terik dengan matahari yang menyuluh bak ketuhar. Dan di atas meja hidang, bukan main banyak lagi makanan yang disajikan. Terlalu banyak sampai aku pun tak berapa nak ingat apa menu-nya. Itu tak campur gerai-gerai kecil yang menyajikan apam balik garing, dan kambing yang bergolek-golek di atas bara. Selera kami terus terbuka luas. Seluas padang bola dekat Bukit Jalil.
|
Gerai menyediakan apam balik garing. Sedap jugak yang ini. Aku dan Amier sangat menyukainya. |
|
Amier nak main. Tapi tak tau nak mula macam mana. |
|
Duduk ajelah macam ni dulu. |
|
Gembala kambing dengan kambing peliharaannya. |
|
Kanak-kanak bermain riang. |
|
Masa aku kecik-kecik, tak ada benda-benda macam ni semua. |
Aku ambil kesempatan ini untuk merasa kesemua jenis makanan yang terhidang. Sampaikan biskut crackers dalam tin dan dan air teh-o sejuk dalam kole di dapur pun aku sapu bersih. Satu rumah aku teroka untuk mendapatkan subsidi makanan dari hartawan yang budiman. Sabriena pulak lain kisahnya. Secebis makanan pun dia tak jamah. Sabriena memang tengah mengantuk sangat-sangat. Kat rumah Fadzal, dia cuma tidur aje kat atas kerusi. Nyenyak. Tak tersedar langsung. Dan kami pun tak berniat nak membangunkan Sabriena. Biarlah dia puas tidur. Amier pulak, setelah sudah makan, dia nak jugak bermain kat atas 'bumpy castle' tu. Tapi Amier nak berteman. Kalau tak ada teman, dia malu. Jadi akulah yang menemani dia. Sekejap aje. Lepas tu kami nak balik. Amier macam tak puas main aje. Tapi kami memang kena balik. Amier tarik muka panjang. Panjang macam galah jolok mangga. Walaupun Amier berkeras tak mau balik pada mulanya, akhirnya Amier mengalah jugak.
|
Fadzal dan Azahar. |
|
Bersama isteri Fadzal. |
|
Wanie nak cari makanan lagi, walaupun kami dah nak balik. |
|
Mmmmmm... sedapnya makanan yang terhidang! |
Kami sempat bergambar bersama Fadzal dan isteri sebelum berangkat pergi. Waktu tu Sabriena pun dah bangun dari tidur. Amier masih merajuk. Dia tak nak bergambar sekali. Kami ucapkan terima kasih kepada keluaga Fadzal. Keluarga Fadzal cakap sama-sama. Di lain kesempatan, kalau dijemput lagi, insya Allah kami akan datang. Lagi. Dan lagi...
|
Bergambar dengan Fadzal dan isteri. |
|
Amier tak join dalam photo shoot ni. |
|
Melihat ke arah rumah Fadzal. |
No comments:
Post a Comment