10 Ogos 2014 - Rombongan Makcik Mini dah datang, dan dah pulang. Jiran-jiran pun dah datang. Dan dah pulang jugak. Kini kawan-kawan pulak datang. Antara yang datang menjenguk kami termasuklah kawan ofis wife aku, Rahma sekeluarga yang rumahnya terletak tak jauh dari rumah kami. Sembang punya sembang rupanya husband Rahma suka jugak pergi mancing. Dia ada port kegemarannya sendiri di sekitar Hulu Langat. Jadi kami pun sembang-sembanglah pasal mancing. Pasal ikan. Pasal lubuk. Pasal umpan. Pasal joran. Pasal kail. Hmmm... Tapi sembang kami tu singkat sangat. Pasal kedua-dua kami kebetulan memang bukan kaki sembang.
Husband Rahma. Dah beberapa kali aku tanya namanya. Masih tak melekat lagi kat kepala aku. |
Anak kecil Rahma dan suami. |
Suami isteri memberi tumpuan kepada cerita isteriku pasal kekalahan Team Harimau Malaya kepada Thailand baru-baru ni. |
Ketika ibu bapa sibuk bersembang, si anak sibuk menyuapkan makanan ke mulut masing-masing. |
Terharu bila mendengarkan tragedi pencemaran sungai di serata Malaysia. Populasi ikan semakin berkurangan. |
Anak yang ini sangatlah peramah dengan kami. |
Anak yang ini agak malu-malu pulak. |
Kawan-kawan Allahyarhamah kakakku juga ada menziarahi kami - Kak Kamilah dan temannya. Mereka dah jadi kawan keluarga kami jugak pasal kami telah mengenali mereka sangat lama. Kak Kamilah banyak menghabiskan masa bersama ibuku. Berborak-borak macam mak dengan anak. Sambil makan-makan. Sambil minum-minum. Sambil tonton tv. Sambil baca surat khabar. Sambil termangu ketika tak terilham tajuk apa yang hendak dibualkan.
Dengan urusan masing-masing. |
Menikmati juadah enak. Laksa Johor kot. |
Sabriena memang suka menyibuk apabila tetamu datang. |
Dua beradik bermain di ruang tamu. |
Bila petang menjelang, kawan teater kami - Ricky pulak datang. Ricky sekarang dah full time kerja sebagai trainer di gymnasium. Badan Ricky pun dah besar macam Badang. First time kami jumpa keluarga Ricky sepenuhnya. Ricky masih peramah, mesra, suka berceloteh seperti dulu. Tapi Ricky dah tak berlakon lagi. Dia terlalu sibuk dengan kerja. Terlalu sibuk dengan keluarga. Macam kami. Sebijik macam kami. Bila hampir maghrib, Ricky dan keluarga mohon beredar. Kami bergambar. Bersalaman. Terima kasih kerana datang. Bila-bila senang datanglah lagi.
Ricky - kawan teater kami yang dah sangat lama kami tak berjumpa. |
Keluarga Ricky. |
Ini anak yang bongsu rasanya. |
Apa-apa pun makanlah dulu. |
Bergambar beramai-ramai sebelum pulang. |
Anak yang sorang tu dah masuk ke dalam kereta. Dia enggan bergambar bersama kami. |
Kalau nak kempiskan perut, kenalah mintak Ricky jadi trainer aku kat gym. |
Okay, selamat jalan. Dan selamat datang kembali. |
No comments:
Post a Comment