m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, November 27, 2014

Aidilfitri bersama kengkawan UTM

10 Ogos 2014 - Ramai yang datang ke rumah kami pada siang harinya. Bila petang menjelang, menghampiri waktu maghrib, kawan lamaku, yang sama-sama belajar di UTM pun datang. Fauzi Jawa kami gelarkan. Kalau jumpa aku, mesti Fauzi nak speaking bahasa Jerman tu. Aku sebenarnya bukan pandai sangat berbahasa Jerman ni. Faham sikit-sikit aje. Kalau bahasa Perancis tu kira boleh tahanlah jugak. Tapi Fauzi tak peduli. Bertali arus disuakan jurus Jerman tu ke telingaku. Terkial-kial aku nak adjust otot lidahku untuk membalas percakapan dengan Fauzi.

Kaum ibu bercerita pasal kuih raya.
Bersama Fauzi Jawa. Siapa lagi 'besar?'
Sabriena sedang menyerang Fauzi secara tiba-tiba.
Rancak jugak kami berbual dengan Fauzi dan isterinya. Kami bersembang pasal mi Jawa, batik Jawa, dan asam Jawa. Ketika kami sedang rancak bersembang, tetiba Sabriena muncul dari dalam, dan terus menerpa ke arah Fauzi. Tangannya memegang kasut berwarna pink. Lantas dengan kasut itulah Sabriena memukul-mukul tangan Fauzi. Wajahnya agak garang, menandakan dia sedang marah. Wah! Ini suatu kelakuan yang aneh. Tak pernah Sabriena buat macam tu kat siapa-siapa pun. Fauzi kata mungkin Sabriena tak puas hati pasal ada orang lain yang rapat sangat dengan papanya.

Fauzi berjaya memujuk Sabriena supaya cool down.
Ajmal teruja dapat menjamah makanan yang  kami hidangkan.
Pada sebelah malam, Ajmal pulak datang bertandang ke rumah. Ajmal datang dengan dua orang anaknya. Kami agak rapat sejak aku melanggan makanan supplement  yang dijual Ajmal, keluaran 4 Life. Selalu jugak Ajmal datang ke rumah menghantar pesananku. Kalau dengan Ajmal, topik perbualan memang tak lari dari penyakit kanser, dan pemakanan supplement yang dikenali sebagai Transfer Factor. Ajmal dah tak bekerja sebagai arkitek lagi kerana penyakit barah otak yang pernah dihidapinya dulu. Tapi Ajmal sangat rajin dan pandai bertukang di rumah. Ajmal akan mencipta alatan perabot rumah, dan dibinanya sendiri dengan kepakaran yang ada. Sangat kemas kerja tangan Ajmal. Sangat mengagumkan. Bila hari semakin lewat, Ajmal pun pulang. Kami doakan agar Ajmal semakin disembuhkan Allah. Amin.

Sedang asyik bercerita pasal produk kesihatan.
Anak-anak Ajmal terus menjamu selera.
Badan Ajmal dah semakin susut. Jadi badan akulah yang lebih besar nampak gayanya.
Mulut aku tengah penuh dengan makanan. Nyomp nyomp nyomp!
Bergambar dengan Amier dan ayahku.

2 comments:

  1. Asslamualaikum adi, terjumpa page ini secara tak sengaja. Apa khabar? Semalam saya baru saja pergi ke open house di rumah Ling.....Sempat jumpa beberapa kengkawan lama..Biah, Noris, Ling, Leong dan Isma. Tak sempat jumpa Pok Yan, Poji dan Ajmal...rindu pada mereka (termasuk engkau sekali). Engkau boleh contact saya @ 0126117138> Saya tak ada whats app atau facebook..cuma ada telegram. You could reach me melalui telegram ni....Keep in touch ya, kalau terbaca posting ini...ini pun tak tahu macamana saya boleh teraccess ni...posting ni pun main hantam saja...kot-kot lah kalau adi terbaca. Maasalama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Dr Lan. Aku sihat. Tak dapat dtg semalam pasal hantar anak balik ke asrama di Raub. Ada nampak gambar dalam whatsapp. Memang lama betul tak jumpa. Aku akan simpan nombor hp yg kau bagi. Senang-senang nanti kita jumpalah insya-Allah. Wassalam.

      Delete