30 Ogos 2014 - Sejurus kaki kami melangkah masuk ke dalam dewan perkahwinan, kami seolah-olah terasa bagai melangkah masuk ke daerah timur tengah. Wajah-wajah lelaki dan wanita Arab terlihat di sini sana. Sebenarnya ini adalah majlis perkahwinan adik kepada kawan ofis wife aku. Nama kawan wife aku tu ialah Badariah. Nama pengantin, aku tak taulah pulak. Tetamu sebegitu ramai. Tapi kami dapat jugak menyelit di suatu sudut meja. Dan kami pun makanlah juadah yang dihidangkan.
Sabriena tengah makan kuih agar-agar perasa daun. |
Pinggan Sabriena penuh dengan warna-warni. |
Pengapit mengajak pengantin menari tarian bulatan. |
Pengantin lelaki dijulang. |
Gayat jugak bila dijulang macam ni. |
Ketika para tetamu sedang sibuk makan, di hadapan pentas terlihat pengantin lelaki diangkat dan dilambung beramai-ramai oleh pengapit-pengapit lelaki yang semuanya berjubah Al-Arabia. Dengar ceritanya pengantin tu nak dibawak berarak naik unta. Tapi unta yang kat Zoo Negara tu tak sempat pulak nak disewa. Jadi pakat ramai-ramai dengan kawan-kawan arakkan sajalah pengantin lelaki tu kat atas bahu pengapit lelaki. Sebelum tu, para pengapit lelaki ada buat tarian bulatan - sejenis tarian yang memang sinonim dengan majlis perkahwinan budaya Arab.
Kami tak lama kat situ. Selepas makan, kami jumpalah keluarga pengantin perempuan, mengucapkan banyak-banyak terima kasih. Dan setelah mendapat goodies bag sorang satu, kami pun melangkah keluar dari kawasan dewan.
Cuba menstabilkan diri. |
Disokong oleh kawan-kawan dari belakang. |
Mengarak pengantin. |
Bawak keliling dewan. |
No comments:
Post a Comment