30 Julai 2014 - Kami memang seperti nelayan-nelayan yang lain. Walau panas membakar, walau hujan mencurah deras, walau ribut dan taufan, kami tetap akan keluar mencari rezeki yang halal, demi sesuap nasi. Malah di Aidilfitri juga kami akan melakukan tugas yang sama. Hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun. Kurun demi kurun.
|
Ika dan Akid di rumah Tuan Haji Hasni dan Kak Hajjah Ogie. |
|
Amier turut mencelah di tengah. |
Setelah menjamu selera di rumah kakak iparku dengan menjamah sup tulang bercampur nasi yang sangat hebat rasanya, aku dan Syahmie terus aje solat asar di surau berdekatan. Dan setelah solat, kami mengeluarkan peralatan mencari nafkah kami - joran dan bakul ikan, menghala ke sungai, untuk mencari rezeki. Aku sempat menyuruh Syahmie mencapai sedikit hirisan ayam goreng untuk dijadikan umpan menjerat tengas. Umpan ayam goreng disangkutkan pada mata kail. Dan kulontarkan kail bersalut umpan itu ke dalam sungai. Tak lama kami di gigi air, Abang Haji Khalid datang menyertai kami. Aku pinjamkan satu set joranku kepada beliau. Umpan kami terasa digetu ikan. Tapi tak satu pun yang tersangkut di mata kail. Cuma kail Abang Haji Khalid saja yang nampaknya berjaya memikat seekor anak labi-labi yang comel. Ia terlepas sebelum sempat aku naikkan ke darat.
|
Rehat sebentar di sebuah wakaf berdekatan. |
|
Amier nenanti umpan dijamah ikan. |
|
Abang Haji Khalid menyertai ekspidisi pancingan kami. |
|
Hujan turun agak lebat. Namun kami tetap meneruskan pancingan. |
Hujan turun semakin melebat. Kami berlindung di bawah bumbung ruang kafeteria. Dalam keadaan hujan yang sedemikian, sukar jugak untuk kami menyusun strategi bagi menjerat tengas yang sangat bijak mengelakkan diri dari terperangkap dengan muslihat kami. Hujan tiba-tiba mereda. Air sungai lebih tenang alirannya. Memang sungai sudah sekian lama mencetek akibat musim panas yang agak berpanjangan sebelum ini. Namun ikan-ikan tengas masih ada di sekitar sungai bersembunyi di celah-celah batu yang besar.
Secara tak semena-mena Syahmie menegurku, sambil jarinya menuding ke arah sekumpulan tengas yang sedang berenang-renang di suatu sudut sungai. Aku terus ke arah kawanan tengas bermain-main. Kail dan umpan ayam aku labuhkan. Memang kerap kali tengas menyambar umpan yang jatuh ke air. Tetapi tak seekor pun tertancap ke mata kail yang kupasang. Rupanya mata kail yang aku gunakan terlalu tumpul, dan umpan ayam goreng tu pulak terlalu mudah terlucut dari mata kail. Aku lantas menukar mata kail. Dan dua orang budak yang bermain-main di air telah menawarkan sebahagian dari ayam barbeque yang dipegangnya kepada aku. Aku menerima dengan hati terbuka. Ya! Ayam barbeque ini memang sangat sesuai dijadikan umpan kerana isinya yang liat dan pejal, dan rasanya yang sangat enak.
|
Ikan pertama yang aku perolehi. Seekor tengas daun. |
|
Yang juga merupakan ikan terakhirku pada petang itu. |
Percubaanku untuk menjerat sang tengas akhirnya membuahkan hasil. Seekor tengas kecil berjaya kujinakkan. Aku berasa sangat bangga dengan diriku sendiri. Tak lama selepas aku beroleh ikan, Abang Leman datang mengeluarkan jorannya pulak. Abang Haji Khalid pula telah pergi meninggalkan lokasi. Dan jorannya telah digunakan oleh Syahmie pulak untuk menduga kehebatan penghuni sungai itu. Kami bertiga memancing sehingga mencucur keringat kami membasahi pakaian. Namun tiada hasil yang diperolehi.
|
Abang Leman sedang bersiap-siap untuk memulakan pancingan. |
|
Abang Leman sedang memasang mata kail. |
|
Bersungguh-sungguh Syahmie mencuba, namun satu pun tak mengena. |
Tak lama kemudian, isteriku pulak datang ke lokasi. Dia mencapai sebatang joran dan memulakan pancingan di sungai. Setelah berusaha keras, akhirnya seekor tengas telah berjaya dinaikkan oleh isteriku. Kini jumlah ikan yang ada di dalam raga adalah sebanyak dua ekor. Aku dapat satu, isteriku dapat satu. Aku masih berusaha keras untuk menambahkan hasil tangkapanku. Tapi balingan-balingan umpanku lebih banyak yang tersangkut di tali yang merentangi sungai dari tersangkut di mulut ikan. Malah telefonku turut rosak akibat terendam di dalam air sungai ketika aku meredah sungai untuk melepaskan mata kail yang tersangkut di tali rentang.
Tiba-tiba isteriku berteriak, "Dapat lagi! Dapat lagi ikan!" Dengan keriangan dan wajah yang berseri-seri isteriku menunjukkan kepadaku seekor ikan tengas yang lebih besar dari kedua-dua ikan yang kami perolehi sebelum ini. Wah! Kasar jugak ikan tu, bisik hatiku. Kami terus memancing sehingga sebelum maghrib menjelang. Tiada lagi ikan yang berjaya diperdayakan oleh aku, Abang Leman, mahupun isteriku. Nampaknya pada petang tu, isteriku telah menang pertandingan memancing untuk tiga kategori:
1. Pemenang kategori ikan paling banyak - 2 ekor
2. Pemenang kategori ikan paling besar - tengas
3. Pemenang kategori pemancing paling bergaya.
Kami bertolak ke Kuala Lumpur selepas solat fardhu maghrib. Dan ketiga-tiga ikan tu kami bawa pulang untuk digoreng garing dan dimakan panas-panas. Memang cukup menyelerakan!
|
Isteriku mencari port yang paling strategik. |
|
Para nelayan Kalumpang sedang beraksi. |
|
Ibu dan anak memancing di sungai. |
|
Tengas pertama! |
|
Sangat gembira bila umpan dipasang telah mengena. |
|
Tengas kedua lebih kasar. |
|
Beratnya mencecah hampir 10 kilo! |
|
Goreng pun sodap!!! |
No comments:
Post a Comment