9 Ogos 2014 - Siapakah Profesor Dato' Seri Ir Dr Zaini Ujang? Beliau adalah Ketua Setiausaha 2, Pejabat Ketua Setiausaha 2. Sebelum ni pernah menjadi Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia. Tetapi, dari suatu sudut yang lain, beliau jugak adalah abang sepupu sulung Farid dan Yana, sebelah ayah mereka, Abang Mansor. Pada Syawal tahun 2014 ni, kami telah ke sana untuk beraya. Inilah first time aku dan isteri serta anak-anak menjengah ke rumah Along Zaini (panggilan keluarga).
Sedang mendengar Auntie bercerita. |
Menjamu selera. |
Berbual soal keluarga |
Shawal dan Farid. |
Farid dan Amier. Sedapnya makan. |
Sabriena di sebelah kolam ikan. |
Lama jugak Sabriena duduk lepak kat sini. |
Dari petang, membawa ke maghrib. |
Masa kami sampai tu masih ramai tetamu yang duduk sambil makan-makan dan berbual-bual. Aku dan isteri agak terpinga-pinga seketika bila masuk ke perkarangan rumah yang sangat besar dan cantik tu. Setelah bersalam-salaman dengan saudara-mara, kami pun mulalah mendapatkan makanan yang terhidang, dan makan sambil berborak-borak kosong. Biasanya kalau open house raya macam ni, Along Zaini akan menjamu para tetamunya dengan buah durian. Berbakul-bakul banyaknya. Tetapi kami sampai agak lewat. Maka stok durian nampaknya telah berkurangan. Tak kisahlah. Tapi hidangan char kuetiau dia memang sangat sedap. Apatah lagi bila dimakan panas-panas sejurus setelah ianya digoreng.
Aku dan Sabriena setelah solat maghrib. |
Kami duduk kat ruang menonton televisyen. |
Masa ni kebanyakan tetamu dah balik. Yang tinggal hanya saudara-mara aje. |
Sabriena dan Amier cukup suka rumah ni, pasal ianya luas dan senang nak berlari-lari. |
Melayan Sabriena main i-phone. |
Kat ruang porch depan, ada satu kolam ikan kecil, serta air pancut. Sabriena bukan main suka bila nengok ikan-ikan berenang-renang kat kolam tu. Lama dia duduk menghadap ikan kat kolam tu. Bila aku bawak dia ke tempat lain, nanti Sabriena akan menjerit-jerit dan menangis-nangis pasal tak puas nengok kelibat ikan-ikan berenang-renang. Kami solat maghrib dulu kat ruang atas sebelum beredar meninggalkan rumah Along Zaini. Ribuan terima kasih kerana menjemput kami datang ke rumah.
Bergambar di ruang tamu. |
Sebelum berangkat pulang. |
No comments:
Post a Comment