10 Ogos 2014 -Makcik Mini kata dia nak datang rumah kami bersama anak-anak dan cucu-cucu pada hari ini. Kami terus faham, rombongan Makcik Mini biasanya besar. Maka kami pun siapkanlah makanan berupa nasi ambeng yang tersohor di Ampang Jaya. Tapi bukan itu yang menjadi tarikan muda mudi yang berkunjung ke rumah kami. Yang menjadi tarikan utama para tetamu, terutamanya anak-anak, adalah chocolate fountain! Mencurah-curah cecair cokelat berpancutan membasahi ruang tamu bagaikan banjir lumpur di Cameron Highland baru-baru ni. Dan para tetamu tak melepaskan peluang mencelup segala macam makanan ke dalam cecair cokelat itu. Antara yang dicelup termasuklah buah-buahan tempatan, buah-buahan antarabangsa, timun, ayam goreng rempah, nasi berlauk, kuih raya dan apa saja yang boleh dicelup dan disalut dengan cokelat yang enak itu.
|
Bersama Makcik Mini menghadap lauk pauk nasi ambeng. |
|
Tetiba sepupuku, Hisham teringin nak makan kacang cap Ngan Yin. |
|
Cucu Makcik Mini merenung kuih-muih yang terhidang di atas meja sampai hangus kuih-muih tu akibat pancaran mata berlazer. |
|
Dua orang sepupuku sedang asyik melayan mesej bisnes import export antarabangsa. |
|
Suasana di ruang tamu - tiga generasi. |
|
Nenek dan cucu. |
|
Seperti diduga, chocolate fountain jugak yang dituju anak-anak. |
|
Peminat setia chocolate fountain - anak perempuan Razman dan Wani. |
|
Ada orang buat lawak antarabangsa yang super lawak mega. Wani pun tergelak besarlah. |
Lama jugak rombongan Makcik Mini bersantai di rumah kami sambil menikmati juadah yang pelbagai. Anak-anak terus-menerus menerpa ke arah chocolate fountain tanpa silu. Orang dewasa sekadar memamah kuih raya. Tetapi lama-kelamaan tarikan chocolate fountain tak dapat dibendung lagi. Akhirnya yang dewasa juga menyerang hendap terhadap chocolate fountain yang kini telah menjadi fenomena di kalangan masyarakat di luar sana. Di luar sana tu maksudnya di luar rumah kami tu lah. Setelah seketika lamanya berada di rumah kami, akhirnya Makcik Mini dan rombongan memohon diri untuk berundur. Dan dua orang sepupuku, Razman dan Hisham terus memandu sambil gostan (berundur) sampai balik rumah mereka masing-masing.
|
Razman jugak ingin merasa - apa agaknya yang best sangat pasal chocolate fountain ni? |
|
Sedapnya sate ayam salut chocolate ni. |
|
Menu selanjutnya - biskut raya cecah cokelat. |
|
Inilah dia peminat tegar chocolate fountain. |
|
"Saya sangat puas hati". |
|
Wani turut teruja dengan makanan bersadur cokelat. |
|
"Okay, lepas ni kita balik," kata Razman. |
No comments:
Post a Comment