10 Ogos 2014 - Setelah kunjungan Makcik Mini dan rombongannya ke rumah kami, datang pulaklah jiran-jiran kami dari sebelah atas dan bawah - Keluarga Abang Azlan dan Keluarga Abang Azni. Mereka datang hampir serentak. Dan kami menjemput mereka masuk. Duduk makan. Sambil bersembang pasal macam-macam hal. Termasuk kes pemain Malaysia dibuang padang ketika beraksi melawan Myanmar pada Piala AFC Suzuki baru-baru ini.
Amier bersama Karim. |
Dengan aksi teruja bersama Karim. |
Abang Azni memulakan cerita. |
Sembang punya sembang, aku baru tahu bahawa Abang Azni adalah seorang jurufoto profesional yang mengambil gambar-gambar sukan, khususnya sukan ragbi. Dan beliau bakal ke Incheon Korea untuk bertugas. Terasa betapa tak profesionalnya aku mengambil gambar para tetamu pada ketika itu. Dan Abang Azni jugak pernah belajar jurusan Senibina sebelum beralih ke bahagian fotografi. Macam sama minat dengan aku aje.
Abang Azlan memberikan tumpuan 200% terhadap kisah Abang Azni. |
Perbincangan serius di antara dua orang jiran tetanggaku. |
Anak-anak Abang Azlan - Karim dan Halim. |
Abang Azlan pulak membuka cerita. |
Aku biarkan para tetamu dan jiran-jiranku bersembang sesama sendiri. Dan aku terus mendengar sambil mengambil gambar. Klik klik klik. Jari telunjukku berterusan memicit butang kamera. Bila terasa dah agak lama di ruang tamu rumah kami, para tetamu pun memohon untuk pulang. Terima kasih kerana sudi datang.
Abang Azni terkejut besar. |
Lantas membuka cerita pasal sesuatu yang lebih misteri lagi untuk didengari. |
Ibuku bersama Kak Kamila dan Kak Aishah. |
No comments:
Post a Comment