20 November 2014 - Jom kita nyanyi sikit:
Happy birthday to you, Happy birthday to you,
Happy birthday to TTC, Happy birthday to youuuuuuuu...
Ini bukan lagu Birthday untuk aku. Bukan jugak untuk kengkawan atau saudara-mara. Tapi tarikh ini adalah hari jadi kelab tenis Titiwangsa Tennis Community (TTC) yang pertama. Maka sebuah kek yang super special telah ditempah dari pembekal alatan tenis terkemuka bagi menghasilkan kek istimewa ini. Dengar khabarnya, lebih sekilo bola tenis telah di-blend dan dicampurkan ke dalam adunan ini, bagi menghasilkan resipi ini. Dan rasanya sangatlah superb! Itu kata kengkawanlah. Pada malam keraian itu aku tak dapat datang pasal kena pergi kenduri yang dibuat oleh pakcikku yang baru pulang dari menunaikan haji. Tak apalah. Kalau ada rezeki, tahun depan aku join celebrate birthday TTC yang kedua pulak.
Kek cantik sempena hari jadi TTC yang pertama secara rasmi. |
Pada malam ni jugak telah diadakan mesyuarat tahunan (Annual General Meeting) bagi memilih orang-orang kuat dalam kelab. Nampaknya pemilihan telah dibuat dengan sangat bijaksana oleh para member. Dan berikut adalah senarai mereka yang telah terpilih:
Penasihat: Dato' Ar (Dr) Hj Zainal Abidin Bin Hj Mohamed Ali (Arkitek yang tersohor di Malaysia).
Presiden: Mohd Faizal Bin Alyas
Naib Presiden: Mohd Ashraf Bin Alyas
Setiausaha: Mohd Eddy Ezuan Bin Mohd Tahir
Bendahari: Baktiar Bin Musa (a.k.a. Atok)
Special Force 1: Mohamad Haini Eszuandi Bin Hj Zainoren
Special Force 2: Nor Azian Binti Hj Adnan
Special Force 3: Muhammad Faiz Bin Mohd Nor
Syabas dengan pemilihan dan perlatikan yang sangat wajar ini!
Para AJK tahun 2015. |
Aku rasa ramai jugak yang tak tau hujung pangkal pasal kelab TTC ini. Biar aku kisahkan sikit. Secara tak rasmi, kewujudannya telah dirasai seawal Zaman Dinosaur Jurassic dulu. Errr... Eh itu lama sangat tu. Okay. Forward ke depan sikit. Kalau ikutkan perkiraan aku dengan menggunakan calculator scientific, serta dari sumber-sumber yang sah, perkumpulan peminat-peminat tenis di gelanggang Titiwangsa telah membentuk bayangan kelab ini seawal Jun 2011. Lama jugak tu. Cuma telah didaftarkan secara sah pada 20 November 2013.
Idea ini telah dicetuskan oleh Encik Presiden, Faizal Alyas dan disokong oleh para pioneer seperti Ashraf, Najib, dan Fauzi. Kini mengikut angka pendaftaran, seramai 44 pemain tenis pernah mendaftar sebagai ahli. Tetapi daripada jumlah ini, 11 orang telah memohon untuk keluar kelab kerana beberapa sebab, seperti masalah kesihatan, berpindah tempat kerja ke negeri lain, serta jadual kerja / kehidupan yang bercanggah dengan jadual permainan yang telah diatur oleh pihak kelab.
Ahli kelab ini adalah majoritinya berketurunan Melayu. Namun terdapat 3 orang member berketurunan Cina (Sam Yee, Francis & Loo), dan seorang warga India (Chinmay Madhu). 2 orang member adalah wanita (Kak Jamilah & Kak Azian). Tapi Kak Jamilah telah memohon untuk keluar kelab. Tinggallah Kak Azian seorang.
Sebelum aku join kelab TTC ni, aku telah mengenali sebahagian dari member, yang pada masa itu masih juga belum menjadi ahli kelab TTC. Mereka yang aku kenali termasuklah Faizal, Haini, Abang Mohd Nor, Wadi (keluar kelab), Amy, Aman, Abang Asri (keluar kelab), Abe Samsuri (keluar kelab) dan Arafat. Member lain semuanya aku kenali ketika bersama TTC. Dan dalam kelab ni, masih ada member yang aku tak pernah bersua kenal. Beliau adalah Mizi. Semoga satu hari nanti kami akan bersalaman dan berkenalan.
Ashraf dan Jimmy sangat teruja dengan kehebatan kek hari jadi. |
1. Aku join TTC setelah diajak oleh Encik Presiden, Faizal. Waktu ni aku tengah dalam kesukaran nak buat booking court serta mendapatkan pemain untuk mencukupkan korum.
2. Kekalahan yang paling manis - ketika kalah kepada Chinmay 1-6 dalam perlawanan single. Aku ingatkan aku akan kalah 0-6. Tapi rupanya dapat jugak aku curi 1 point. Tak kiralah kalau point tu sebab markah kesian. Janji ada point.
3. Kekalahan yang paling menyakitkan - ketika kalah 0-3 kepada Azizul dalam perlawanan single. Masa membongkok nak ambil drop shot dari Azizul, otot pinggang aku tetiba sakit. Sampai sekarang masih sakit tuh! Tapi kesakitannya dah banyak berkurangan. No hot feeling Inspector Azizul Sahab. He he he...
4. Kemenangan yang paling diingati - ketika berpasangan dengan Atok Baktiar dan mengalahkan gandingan Faizal-Abang Mohd Nor 6-4.
5. Hari yang paling syiok - pada hari ni aku menang bila bermain dalam semua set. Dua kali berganding dengan Zahari, dan sekali berganding dengan Aman. Sangat-sangat-sangat-sangat jarang aku menang straight set macam ni.
6. Lebih 60% appearance aku kat atas court berakhir dengan kekalahan. Tak kiralah berganding dengan siapa pun. Sampai aku dah naik lali dengan kekalahan. Dan kalau sesekali menang tu, punyalah happy sampai kembang lubang hidung, dan berjalan terkengkang-kengkang.
7. Pemain paling pendiam - Chinmay. Dia suka senyum aje. itu aje yang dibuat di dalam gelanggang.
8. Pemain paling bising - Atok Baktiar. Tapi sejak kebelakangan ni nampak gayanya Atok dah tone down. Sukri pun macam boleh tahan jugak dia punya volume.
9. Yang paling stylo dalam gelanggang - Abang Mohd Nor. Bukan saja berpakaian kemas, malah rambut pun ada kalanya didandan dengan suatu gaya yang orang muda pun tak berani nak buat.
10. Ahli yang paling muda - Qimie. Baru berusia 16 tahun ketika mendaftar sebagai ahli.
11. Ahli yang paling senior - Dato' Ar (Dr) Hj Zainal Abidin. Kalau tak salah aku usianya dah mencecah 70 tahun. But still going strong!
12. Kelemahan paling ketara dalam permainan aku - second serve yang sangat lemah. Tapi tak banyak member yang nak take advantage terhadap kelemahan ini. Mungkin mereka kesian kat aku kot. Terima kasih bros.
13. Penasihat teknikal dan taktikal - Coach Balqis. Beliau memang suka bagi teguran dan pointers terhadap permainan kami. Dan juga ada buat coaching kepada ahli member yang berminat.
14. Member yang paling dedikasi - sudah tentulah Encik Presiden, Faizal. Yang paling aku kagum adalah ketika Faizal terpaksa berehat setelah menjalani pembedahan kecil pada tangan kanannya. Segala macam besi, skru, mikro-chip, paku, sepanar semua ada kat dalam tangan Faizal. Walaupun Faizal tak boleh main, dia tetap berusaha keras membuat tempahan serta mengaturkan ruang permainan untuk para member. Faizal akan happy bila nengok members happy. Itu yang aku bagi tabik spring tahap gaban kepada Faizal.
15. Logo TTC yang cantik tu telah dicipta oleh Naib Presiden, Ashraf. Ashraf adalah seorang Arkitek yang tersohor dan disegani di seantero Malaya, dan jugak merupakan pereka grafik yang sangat hebat.
16. Kenangan pahit selama setahun menjadi member - pastinya tak ada! Sebab semua member sangatlah sporting, kelakar dan saling membantu di antara satu sama yang lain.
Logo TTC yang cantik. |
Haini dengan kek hari jadi. |
Pilihan Adisarah (Adisarah's choice):
(Yang ini merupakan pilihan peribadi aku terhadap players ataupun skill yang ada pada members. Lain orang sudah pasti lain persepsinya. Harap tiada yang kecil hati dengan pandangan peribadi aku ini. Kerana pada dasarnya, semua players dalam TTC adalah sama hebat dan kuat.)
1. Single player - Faiz.
2. Double players - Amier + Sukri.
3. Forehand top spin - Chinmay.
4. Backhand top spin - Faiz.
5. Under spin - Chinmay.
6. Service - Chinmay.
7. Volley - Sukri.
8. Speed -Jimmy.
9. Consistency - Faiz.
10. Defence - Abang Mohd Nor.
11. Drop shot - Francis.
12. Hard working in court - Faizal.
13. Endurance - Azizul.
14. Partner in double - Amir.
Nota tambahan:
a) Matlamat jangka masa panjang - Sekarang aku rasa aku berada pada ranking bottom 5. Aku nak cuba tingkatkan prestasi aku kepada middle range. Memang mencabar, tapi aku akan cuba dengan bantuan kawan-kawan dalam TTC. Dan aku juga berharap TTC akan menempah nama sebagai antara champion dalam tournament yang ia terlibat. Paling tidak dalam TTC Open sendiri.
b) Matlamat jangka masa pendek - Aku nak partner dengan Eddy Ezuan dan MENANG bila berhadapan dengan mana-mana pencabar kami. Tapi pencabar tu janganlah dari kombinasi yang paling handal. Kira yang setaraf kamilah jugak. Kenapa ini menjadi matlamat? Sebab sejak aku join TTC, aku kira-kira ada dalam 7 atau 8 kali kami berpasangan dalam double. Selain dari permainan mingguan, kami jugak pernah digandingkan ketika friendly match melawan Team MSN dan ketika Inter Team Close dulu. Tapi tak sekali pun pernah menang ketika kami berganding. Amacam Eddy? Sudikah dikau membantu aku menggalas tugas ini demi satu matlamat yang aku idam-idamkan? Simpan dulu jawapan anda. Tunggu bila kita bersua di gelanggang nanti!
Sekian. Vamos TTC!!!