m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, October 29, 2013

Talisman Family Day: Aktiviti dan permainan

Bahagian 3

Dalam khemah gergasi di suatu sudut padang ada banyak permainan yang hebat-hebat. Semua orang layak untuk main permainan yang disediakan. Kalau menang boleh dapat hadiah kupon yang boleh ditukar dengan barangan hebat. Aku jugak tak nak lepaskan peluang bertanding dalam semua permainan ini. Aku berjaya mendapatkan beberapa kupon melalui permainan-permainan berikut:

a) baling bola keranjang b) baling bola ping-pong c) baling bola getah d) bowling buah kelapa e) lastik angry bird f) baling daun terup kat buah tembikai  g) ketuk pakai penukul h) tanduk buah durian pakai kepala i) timbang anak gajah pakai tangan dan j) lawan gusti tangan dengan ular anaconda. 

Ada jugak game-game lain yang aku tak mendapat sebarang kupon. Antaranya ialah: a) tendang bola sepak, dan  b) baling ladam kuda. Malah ada pulak beberapa game yang langsung aku tak berani dekat. Antaranya ialah menunggang lembu robot yang ganas, masuk dalam bola gergasi dan bergolek dari KL sampai ke negara seberang. Game-game yang macam ni memang any time boleh buat aku mabuk laut dan rasa nak muntah.

Bersedia untuk melastik khinzir hijau dengan menggunakan lastik Angry Bird.
Dengan perasaan penuh geram, seekor Angry Bird dilepaskan ke arah khinzir hijau.
Membaling ladam kuda.
Beratur untuk mendapatkan subsidi baja untuk tanaman kelapa sawit.
Menunggang kerbau yang baru ditangkap di Zoo Melaka.
Tetiba kerbau ini mengganas dan menanduk orang ramai hingga masuk ke dalam goooooooolll!!!!! 1-0
Aku telah berjaya membaling daun terup ke arah tembikai ini, sehinggakan buah tembikai terbelah dua.
Thor dengan penukul gergasinya sedang beraksi.
Ada jugak satu sudut kreatif kat dalam khemah ni. Boleh main pasir warna-warni, boleh jugak cat patung kecil pakai cat air. Kat kawasan ni pun banyak jugak pengunjung yang datang mempamerkan bakat terpendam mereka.

Berbincang dengan serius masalah kebuluran di dunia ini.
Asyiknya dia mewarna.
Lepas ni semua anak patung kat rumah akan kena paint macam-macam colour.
Petugas dua orang ni memang serius betul. Payah nak senyum.
Computer video game yang menjadi kegilaan anak-anak kecil.
Superwoman Malkit dan partner-nya sedang memikirkan cara yang terbaik nak menangkap peragut yang sedang berleluasa kat Lembah Kelang.
Satu acara yang agak menarik ialah pertunjukan tarian atau seni membela diri dari Latin Amerika - "Capoeira". Nampak menarik jugak, lebih-lebih lagi bila alatan genderang dibunyikan. Lepas tu ada pulak bengkel mengajar budak-budak seni capoeira ni. Yang pelik sikit pasal capoeira ni ialah bila dia main tendang-tendang. Macam nak tendang, tapi macam sengaja tak nak bagi kena bila menendang. 

Geng-geng capoeira sedang bersedia untuk membuat persembahan.
Meja pendaftaran capoeira.
Kanak-kanak ni akan membuat serangan hendap terhadap orang ramai yang lalu-lalang menggunakan senapang air.
Keluarga Pak Wie dengan sekumpulan superheroes.
Bergambar dengan superheroes.
Sehingga kini, Pak Wie dan keluarga masih tak dapat mengenali identiti sebenar superheroes yang telah menyelamatkan mereka tempoh hari.
Rahmah dan anak sangat happy dapat datang ke Family Day Talisman.
Anak-anak aku yang memang sangat suka melukis telah ambil bahagian dalam pertandingan mencipta logo superheroes. Asyik benar aku nengok Wanie, Amier dan Saleh melukis atas kertas, mengekspresi apa yang ada dalam fikiran mereka. Lepas tu barulah mereka mengambil giliran  bermain game yang disediakan di dalam khemah gergasi.

Bersambung...

Saleh dan anak-anak aku sedang masuk pertandingan melukis logo superheroes.
Wanie melukis dengan penuh khusyuk.
Lukisan Wanie boleh tahan jugak sebenarnya.
Sabriena pun nak masuk peraduan jugak.
Tapi dia tak dapat kertas lukisan. So, tak boleh melukislah.
Geng ni kena dera untuk kutip sampah kat padang.
Pondok permainan telematch.
Anak-anak di dalam khemah gergasi.
Persembahan capoeira bermula.
Syahmie baling kelapa bawah kangkang.
Lagi persembahan capoeira.
Mereka gaduh sampai kena panggil ambulans, polis, dan bomba. Dahsyat!
Bola gergasi. Kalau tak pening mabuk boleh try.
Amier nak try lastik khinzir hijau pakai Angry Bird.

No comments:

Post a Comment