1 Mei 2013 - Anak buah kami Elin telah lama mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Fai. Pastinya ini kisah lama. Kisah sewaktu kami berkumpul dan bergotong royong untuk menyediakan segala macam keperluan barang hantaran pengantin. Pada suatu hari tu, kami berkumpul di rumah Kak Timah. Kami bergotong royong buat apa-apa yang patut seperti menyediakan goodies bag, membuat hiasan bunga dan daun, dan segala macam keperluan lain untuk memeriahkan majlis yang bakal diadakan nanti.
|
Menunjukkan cara-cara membuat daun menggunakan cecair khas. |
|
Inilah first time aku nengok teknik membuat daun pakai cecair khas. |
|
Banyak dedaunan yang telah siap dibentuk. |
|
Bermula dengan dawai kosong yang telah dibentuk. |
|
Celupkan dawai ke dalam cecair khas di dalam botol. |
|
Bila keluar, terus jadi daun. Magikkan!? |
|
Soalan yang memerlukan jawapan anda. |
|
Kak Esah yang mengajar aku dan isteriku cara-cara nak buat daun tanpa menggunakan daun terup. |
|
Nicha mengawasi goodies bag dengan penuh teliti. |
|
Okay siap! Boleh dibawa ke dewan pengantin untuk diagih-agihkan. |
|
Pakar buat daun. |
|
Tangan Nabiha terkehel setelah meng-karate batang pokok kayu balak sebesar pemeluk di tepi rumah sampai patah. |
Aku tak tolong apa sangat pun. Aku sekadar ambil gambar buat kenangan terhadap sikap gotong-royong dan kerjasama antara kami, serta muafakat kami dalam menjayakan majlis yang sangat murni ini. Masing-masing dengan peranan masing-masing. Dan pusat bergotong royong bukan saja kat rumah Kak Timah, tapi jugak kat tempat-tempat lain. Pokok pangkalnya, semua orang ada memberikan sumbangan masing-masing, sama ada berbentuk tenaga dan kemahiran, wang ringgit, tunjuk ajar, pesanan, atau sokongan moral dan doa selamat sejahtera.
|
Brader Muhammad Al-Yamani turut membantu. |
|
Hasil kerja Syakirah yang belum siap bertajuk "Seribu Wajah Sejuta Ekspresi". |
|
Nicha macam berkonfrontasi dengan seseorang. Siapa yang di hadapannya tu? |
|
Tak buat apa-apa. Tolong makan pun kira jadilah. |
|
Nurin - full-face. |
|
Nana - santai. |
|
Taufiq - cool brader. |
|
Taufiq lagi. |
|
Duduk kat luar kejap lepas penat bekerja. |
|
Nabiha dan Nana. |
|
Tiga sepupu. |
|
Errrr.... Taufiq lagi? Macam pernah kunampak muka ini sebelum ini. Walaupun matamu tidak kunampak, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku! |
|
Brader Muhammad Al-Yamani mendendangkan lagu Sweet Child Of Mine - Guns & Roses. |
|
Kak Piah - pakar bunga, termasuk bunga api, bunga bank, dan segala macam jenis bunga. |
|
Abang Khalid - perancang bahagian pembuatan pelamin. |
|
Hiasan yang aku pun tak tau nak dipakai di mana. |
|
Abang Leman dengan 1 Malaysia nya. |
|
Abagn Leman jugak merupakan seorang perancang artistik. |
|
Dedaunan tiruan yang dihasilkan. |
|
Eh, tetiba ada kes buli pulak. |
Waktu malam ada sambutan hari jadi sikit sempena tarikh kelahiran ahli keluarga yang jatuh pada bulan Mei. Kebetulan yang ada kat situ masa tu cuma Abang Khalid aje. Jadi kami raikan hari jadi dia ajelah. Aku pulak masa tu dah balik ke rumah. Apa-apa pun, semangat gotong royong dan muafakat seumpama ini sangatlah aku kagumi dan perlu dilanjutkan terus menerus sehingga hayat di kandung badan. Insya Allah.
|
Kek hari jadi. |
|
Abang Khalid dengan kek hari jadi. |
|
Brader dan sister. |
No comments:
Post a Comment