m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, October 22, 2013

Aqiqah Baby Arif: Serba biru

Bahagian 1

30 Mac 2013 - Hampir tujuh bulan lalu Baby Arif melalui saat-saat dipotong jambulnya di khalayak ramai. Tapi Baby Arif tak kisah pun. Potong jambul ke, cukur rambut sampai botak ke, Baby Arif tetap nampak comel dan hensem. Sebab tulah dia tak kisah. Masa tu buat aqiqah kambing sekalilah. Siap ada kambing bakar tergolek lagi. Pergh! Kegemaran semua orang.

Baby Arif sedang lena di dalam buaian berhias.
Ibu-ibu sedang berzanji dan bermarhaban di ruang tamu.
Melayan anak-anak.
Set air kelapa satu! Siapa yang order tadi?
Tema kenduri tu adalah warna biru. Kenapa biru? Aku tak pulak pernah menanya tuan punya acara. Tapi kalau ikut aku punya teori (dengan mengambil kira Teorem Pythagoras dan Teori Einstein), biru melambangkan baby laki-laki. Kalau perempuan mestilah warna pink. Tambahan pula, ayah Baby Arif, Pian kekadang kerja kat laut biru, dan mak Baby Arif pulak suka tengok langit biru (kot). Sebab tulah colour biru dipilih tanpa ragu.

Bersama anakanda Sofia.
Orang tua bercerita, Sabriena nak jugak masuk campur.
Tatkala ibu-ibu berzanji dan bermarhaban di dalam rumah, chef-chef terkemuka di luar rumah sedang giat memasak dan menyediakan juadah istimewa bagi dijamu kepada tetamu yang bakal memenuhi ruang rumah sebentar nanti. Saiful mengetuai deligasi membakar otak-otak yang diimport khas dari Muar Johor. Otak-otak ini memanglah sangat spesel. Ia diperbuat daripada otak ikan, otak udang dan otak lembu yang genius dan mempunyai IQ yang tinggi sahaja. Sesiapa yang memakannya akan pasti terkena tempias tahap genius haiwan-haiwan itu.

Operasi membakar otak-otak yang cerdik, diketuai oleh Chef Saiful. Pengkritik makanan Chef Karim sedang mencuba masakan.
"Cara-cara nak tau sama ada otak-otak tu dah masak atau belum - bukak pembalut dan makan isinya", Chef Saiful.
Amier mencuba makanan bersalut cokelat.
Inilah kambing golek yang dijumpai tergolek di dalam gaung tepi bukit.
Geng kambing golek.
Abang Anjang membuat pesanan - order lagi lima ekor kambing golek.
Berbual bersama tetamu.
Turut disajikan kepada tetamu adalah nasi beriyani. Bukan nasi beriyana, ya? Nasi ini ditempah dari kedai mamak yang tersohor di daerah Kepong. Mamak-mamak yang bekerja di sini semuanya adalah yang asli dan original tahap mamak mereka. Malah ada di antara mereka yang pernah memegang jawatan Mamak Bendahara ketika pada zaman Melayu Melaka dahulu. Sebab tulah, bila menjamah aje nasi beriyani yang disajikan, kita akan terasa betapa mamaknya makanan itu. Dan di situlah terletak kesedapan yang bukan kepalang terhadap nasi beriyani ini.

Juadah super hebat yang disediakan.
Kak Leha terpegun dengan keenakan otak-otak yang telah disediakan oleh chef selebriti - Chef Saiful.
Amier sedang menikmati biskut panjang bersalut cokelat.
Sedapnya biskut cokelat ni. Tapi kena makan sorang-sorang barulah lagi sedap.
Sabriena dan neneknya.
Sabriena di dalam dakapan ibuku.
Adam buat magik. Tadi pinggan kosong, sekarang ada empat biskut dan satu marshmellow. Semua saya punya!
Mak Anjang menemu bual Amier.
Seluruh rumah telah dihias cantik. Serba kebiruan. Masa aku mula-mula masuk ke dalam rumah, aku ingat aku dah terjun ke dalam laut biru. Tapi pakaian dan tubuhku tak pulak basah. Maka barulah aku tersedar bahawa sebenarnya aku masih berada di darat. Dan daratan itu adalah rumah Kak Long dan Abang Zai yang menjadi hos majlis yang sangat meriah ini. Ibu-ibu geng marhaban juga berpakaian seragam yang cantik. Turut dihias adalah buaian untuk menempatkan Baby Arif nanti. Semuanya memang cantik. 

Bersambung...

Kumpulan ibu-ibu marhaban.
Ini baru sebahagian geng marhaban. Ada lagi yang tak masuk dalam gambar.
Bukan selalu dapat berpakaian glamer secara berkumpulan.
Okay. Satu lagi pos istimewa.
Baby Arif dah bangun dari tidur.
Makan time. Semua orang happy-happy.
Kambing golek yang sedang menanti saat untuk dimakan.
Eh eh. Sabriena tumpang sekaki kat dalam buaian ni pulak.
Intan sedang mendodoi buaian kosong, dengan harapan dia boleh tidur kat dalam buaian tu kejap lagi.

No comments:

Post a Comment