m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, October 27, 2013

Talisman Family Day: Banyak acara dan banyaknya game!

Bahagian 2

Kami semua dah puas dan kenyang makan sarapan. Lepas tu kena senamrobik pulak. Nasib baik tak ada adegan lompat-lompat. Kalau ada mesti sebahagian dari yang hadir dah termuntah-muntah. Itu baru acara pemanas badan. Ada lagi banyak acara yang disediakan di sudut-sudut padang yang berlainan. Jom kita teroka!

Ilme angkat tangan sebab nak jawab soalan matematik SRP.
Azhar dan isteri menengok gelagat pengacara Captain America kat atas stage.
Bat Woman dan Bat Baby Daughter.
Okay laaa. Kami surrender.
Amier dengan i-phone mamanya.
Semua orang buat senamrobik gaya adiwira.
Liza, Ais dan anak-anak.
Keluarga Zila.
Mr Ron sedang menemubual seorang budak.
"Ko pergi main jauh-jauh. Aku nak buat kerja sikit'" kata Mr Ron.
Captain America gelakkan budak tu. Tak taulah sebab apa.
Bandi Amok Junior sedang disolek.
Bersama Ilme dan Zila.
Superheroes bersedia menyelamatkan bumi.
Selamba Woman, Bat Woman, Purple Cape Woman dan Super Boy sedang beraksi.
Di ruang kreatif, pengunjung telah semakin ramai. Nasib baik aku awal-awal lagi dah suruh brader tu lukis gambar aku. Kalau suruh dia lukis masa dia tengah sibuk, mesti dia lukis muka aku ala kadar aje. Mesti carca marba jadinya muka aku. Banyak jugak pengunjung yang nak mukanya, tangannya, badannya dilukis macam tatoo. Tapi tatoo jenis washable-lah. Boleh cuci punya! Dan kanak-kanak perempuan pulak ada yang nak rambutnya dihias dengan tali-tali warna-warni. Macam-macam jenis dandanan ada disediakan. Aku nak jugak cari booth yang buat hias janggut. Tak adalah pulak. Next year mintak Mr VP siapkan ya? He he he...

Wajah-wajah yang perlu dilukis oleh artis-artis karikatur.
Hias rambut.
Kasi ikat ini rambut sama ini tali rafia bagi dia tadak lari.
Kiosk pertandingan buat logo, buat topeng dan macam-macam lagi pun semakin sesak. Idea dari pengunjung semakin mencurah-curah. Idea aku pun mencurah-curah jugak berbanding masa waktu awal pagi tadi. Tapi oleh kerana aku dan masuk pertandingan tu tadi, takkanlah pulak nak masuk dua kali kan?

Pertandingan buat logo superheroes. Nampak cun jugak logo yang ini.
Rashid sedang mencari Mrs yang sedang pergi menyelamatkan dunia.
Pak Wie tolong anak buat dekorasi topeng.
Semua orang memberi sokongan moral kepada anak Pak Wie yang bongsu.
Tengah cari idea nak bagi cun itu topeng.
Di suatu sudut lain, disebuah khemah yang super besar ada banyak lagi booth permainan yang pelbagai. Kat situlah aku telah pergi terjah. Dan memang ada berpuluh permainan rakyat yang disediakan untuk dimainkan oleh para pengunjung. Siapa menang boleh dapat hadiah berupa kuda emas dari pelbagai saiz dan aksi. Memang menyeronokkan dan menghiburkan. Antara acara yang menjadi pilihan pengunjung adalah membaling bola tenis ke arah target supaya amoi yang bertenggek kat tepi kolam boleh masuk dalam air.

Inilah khemah gergasi yang penuh misteri.
Apa ada kat khemah ni ya?
Amoi tengah tunggu nasibnya ditentukan oleh pembaling bola.
Ambil  giliran untuk kenakan amoi.
Banyak miss dari yang kena.
"Gua belum mandi pagi. Sapa mau bagi gua mandi, lu baling itu bola kasi hantam sama itu lubang laaaa".
Lain-lain acara yang dapat dilihat termasuklah berlari di atas permukaan licin, pukul bola golf bagi masuk lubang, boling kelapa, bola keranjang, bola ping-pong dan gelas, tembak angry bird, sepak bola, baling daun terup kat buah tembikai, video game, dan macam-macam lagilah. Banyak jugak acara yang aku cuba masuk. Dan aku telah memperolehi beberapa helai kupon yang boleh ditukarkan dengan hadiah-hadiah hebat berupa..... kuda emaslah. Apa lagi?

Bersambung...

Lari di atas permukaan licin dan kat belakang diikat kepada tali gelah elastik.
Susah jugak nak bergerak nampak gayanya.
Buat putting golf.
Baling kelapa kat buah boling. Tapi kena baling ikut celah kangkang.
Bola keranjang. Nampak macam senang. Tapi aku dapat masukkan beberapa bijik aje.
Baling bola ping-pong ke dalam gelas agak susah sikit. Tapi ada brader yang dapat masukkan banyak bola ke dalam gelas. Memang hebat betul brader tu.

No comments:

Post a Comment