Bahagian 2
Kami buat majlis ringkas sempena menyambut hari jadi Sabriena yang pertama pada 27 April lalu. Oleh kerana hari jadi ayahku dan Syhamie juga jatuh pada bulan April, cuma selang beberapa hari sahaja, maka kami turut menyambut hari jadi Syahmie dan hari jadi ayahku sekali gus. Lepas Sabriena potong kek, tibalah pulak giliran Syahmie dan ayahku untuk memotong kek. Jumlah kek untuk dipotong ada dua biji.
|
Sabriena memotong kek bersama mama. |
|
Kek telah pun dipotong. |
|
Kek hari jadi untuk Syahmie dan ayahku. |
|
Isteriku memberi taklimat cara-cara untuk memotong kek yang paling hebat. |
|
Memotong kek bersama - datuk dan cucu. |
|
Kek dah terbelah dua. |
|
Ambil satu potong dulu untuk makan sendiri. |
Setelah kek dipotong, diadakan pula acara pengagihan kek dan acara makan kek. Para tetamu dijamu dengan kek hari jadi serta makanan-makanan lain yang serba ringkas. Sabriena dapat banyak hadiah. Syahmie dan ayahku tak dapat apa-apa hadiah pasal kami tak uar-uarkan kepada umum tentang sambutan hari jadi Syahmie dan ayahku.
|
Anak-anak saudara yang hadir. |
|
Nabiha dan Nana. |
|
Nurin dan Intan bersama empat biji punching bag - macam buah bowling pun ada jugak. |
|
Menyorok di sebalik Winnie the Pooh. |
|
Menengok hasil seni Syakirah. Boleh tahan jugak. |
|
Amin dan A-A-A-A-Ali Ali Cafe. |
|
Kak Timah dan Syakirah. |
|
Bergambar adik beradik serta dua orang anak buah. |
|
Isy isy isy..... lahapnya mereka makan. Anak siapalah ni...? |
|
Jiran depan rumah - Ikmal dengan anak sulungnya. |
|
Gabungan Haikal, Syakirah, Ika dan Zuan. |
|
Ali sedang menyanyikan lagu A-A-A-A-Ali Ali Cafe. |
|
Bangga aku pasal dapat duduk di sebelah A-A-A-A-Ali Ali Cafe. |
|
Nicha, Kak Ita, Nadia serta Adrian. |
|
Tiga orang sepupu yang sangat rapat. |
|
Amin, Emi dan A-A-A-A-Ali Ali Cafe. |
|
Emi gembira pasal dapat makan. |
|
Emi meluahkan rasa gembiranya pasal dapat makan. |
|
Adrian nak mintak punching bag dari bapa saudaranya. |
|
Sabriena dalam walker. |
|
Melihat gelagat tetamu yang hadir. |
|
Bersama Zila. |
|
Sessi membuka pembalut hadiah. |
|
Ada baju, ada mainan, ada buku... |
Sabriena memang dapat banyak hadiah. Tak taulah aku dia seronok ke tidak, pasal Sabriena masih tak tau nilai hadiah lagi. Tapi dia memang suka koyak-koyakkan kertas pembalut tu. Dan kalau jumpa barang-barang pelik yang menarik, Sabriena pasti akan berasa teruja. Kami buka hadiah masa kat bilik. Yang barangkali lebih excited bila menengok hadiah-hadiah yang banyak ni ialah kami sendiri, termasuklah Amier. Selamat hari lahir buat Sabriena, Syahmie dan ayahku.
|
Sabriena dengan salah satu hadiahnya. |
|
"Awak apa khabar?" tanya Sabiena kepada beruang. |
|
Beruang terus membisu. |
|
Membelek buku pulak. |
|
Eh! Pendek sangat cerita kat buku ni. |
|
Kegembiraan terpancar di wajah Sabriena. |
Gelongsor kanak-kanak 2-3tahun rm130
ReplyDeleteTidak termasuk postage
Whatsapp fakhru 0139233431