m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, April 7, 2020

Orang bersukan, kita menjual - Sabun Rose-Champaqa

7 Mac 2020 - Tadika yang diusahakan oleh kakak iparku, Kak Fatimah serta teman-temannya - Kidz Cabin, telah mengadakan hari sukan untuk pelajar-pelajarnya. Acara sukaneka itu telah dibuat di Dewan Serbaguna Ampang Jaya yang letaknya tak begitu jauh dari rumahku. Kami telah diberi peluang untuk membuka booth perniagaan pada hari tersebut. Kami jadi bersemangat untuk menjual produk yang memang selalu kami uar-uarkan di media sosial - sabun Rose-Champaqa keluaran Inas Global serta Susu Pisang Nilofa.

Sabriena dengan bunting Susu Pisang Nilofa.

Satu pouch cuma RM4.90 sahaja.

Sabriena dengan booth Sabun Rose-Champaqa pula.

Sabriena membantu aku pada hari tersebut.

Kali ni cuma aku dan Sabriena saja yang pergi ke dewan untuk berniaga. Isteriku duduk di rumah. Aku memasang booth pasang siap Sabun Rose-Champaqa dengan penuh kepayahan. Terkial-kial aku nak mendirikan booth itu. Akhirnya anak saudara kami, Atika datang membantu. Settle. Dan aku pun mulalah menyusun barang-barang jualan seperti sabun, fabric softener, air freshener, fabric spray dan floor cleaner di atas booth tadi. Okay! Semua siap tersusun rapi. Susu Pisang Nilofa aku letakkan di atas meja. Bunting kedua-dua produk itu aku pancangkan menghadap laluan orang ramai.

Kali ini aku tak berteriak "Mari mari mari! Produk hebat! Produk bagus! Mari beli!" Tidak seperti selalu. Aku cuma duduk diam. Mind my own business. Tapi seorang demi seorang pelanggan datang membeli produk, baik sabun, mahupun susu pisang. Boleh tahan juga jualan kali ini. Susu Pisang Nilofa laris terjual semuanya. Aku bawa pun tak banyak sebenarnya. Dan pembeli-pembeli sabun pula merupakan mereka yang kenal dan pernah menggunakannya sebelum ini. Aku berterima kasih kepada semua yang sudi membeli produk yang kami jual ini. Dan jutaan terima kasih kepada pihak Kidz Cabin, khususnya Kak Fatimah yang telah membuka jalan untuk kami berniaga di sini.

Anak-anak saudara kami - Atika dan Intan.

Mereka berniaga maruku, biskut, aiskerim Malaysia dan tudung.


No comments:

Post a Comment