m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, April 4, 2020

Perkahwinan Arab Yaman: Di Yahala Restaurant

Bahagian 1

2 Februari 2020 - Kami telah diajak oleh seorang teman Arab kami untuk ke satu majlis perkahwinan anak saudara beliau. Nama beliau ialah Muhamad Khasheb dari Yaman. Seluruh keluarga besar kami telah diajak. Tetapi yang dapat hadir cuma sebahagian sahaja. Majlis diadakan di sebuah restoran makanan Arab - Yahala Restaurant, off-Jalan Ampang. Dan majlis dibuat pada waktu malam. Kami digalakkan memakai pakaian berwarna kuning atau warna yang kekuning-kuningan. Kami bertolak ke lokasi setelah solat maghrib.

Inilah Yahala Restaurant di Jalan Ampang. Pertama kali kami ke sini.

Teman rapat kami, Muhammad sampai awal di lokasi majlis.

Ali juga sampai awal.

Begitu juga dengan Saleh.

Saleh dan Syakira duduk di meja keluarga Atan.

Begitru juga dengan Safiyah.

Teman akrab isteriku - Ienah.

Ali sedang memikirkan masalah penularan virus corona. Nasib baik majlis dibuat sebelum wabak merebak.

Muhammad mengikuti perkembangan penularan penyakit Covid-18. Masa ni Covid-19 belum wujud lagi.

Sepupu dan teman akrab - Syakira dan Syura.

Sewaktu kami sampai, tetamu masih tak ramai lagi. Kami duduk di meja yang telah dikhaskan untuk keluarga kami. Pengantin masih belum sampai. Aku cuma ambil gambar saja. Makanan pun belum sampai. Acara makan akan dilakukan serentak apabila pengantin dan makanan telah sampai. Kami bersembang-sembang dulu dengan kaum kerabat dan teman kenalan kami. Dan terus menanti ketibaan pengantin yang diraikan dengan sabar.

Intan, Syura dan Kak Esah tiba setelah kami tiba.

Amin dan Ali bersembang panjang sementara menanti pengantin tiba.

Mereka berbincang mengenai penyakit Covid-11 dan Covid-13.

Ika bersama Aishah dan Adrian.

Nadia dan Hairi bersama salah seorang puteri mereka.

Nadia dan Hairi juga menanti ketibaan pengantin.
Aku bersama temanku Muhammad dari Raub.

Masih dengan Muhammad.

Amin dan Mak Udanya.

Nana dan Syura masih tersenyum walaupun perut mereka lapar.

Mereka tersenyum kerana tahu menu kambing mandhi bakal menanti mereka di meja hidang.

Muhammad bersendirian seketika.

Memikirkan apakah juadah yang bakal beliau santap sebentar lagi.
Setelah seketika menanti, akhirnya pengantin pun tiba. Mengiringi pengantin adalah kumpulan pemalu kompang dari Batu Arang. Ruang majlis yang diadakan di tingkat atas restoran, bergema dengan paluan kompang yang padu. Nampak gayanya budaya Melayu telah diadunkan dengan budaya Arab membentuk budaya Nusantara rantau ini. Majlis dibuat pada skala yang kecil saja. Tapi sudah cukup untuk menghadirkan kemeriahan dengan acara yang diadakan.

Bersambung...

Muhamad Khasheb mengiringi pengantin masuk ke dewan majlis.

Geng kompang Batu Arang memalu kompang sekuat hati.

Macam-macam irama dan lagu yang dimainkan mereka.

Penonton nampaknya terhibur dan teruja.


No comments:

Post a Comment