m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, April 29, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Ada lagi game sukaneka

Bahagian 17

Habis pertandingan memanah, acara yang lain pula menanti untuk dipertandingkan. Tuan tanah, Abang Hasni menawarkan hadiah lagi. Lumayan juga habuannya. Kali ini peserta perlu mencuba memasukkan bola keranjang ke dalam keranjangnya yang terletak tinggi di atas pokok. Tak semudah yang disangka. Sekali imbas nampak macam senang dan ada harapan untuk memperolehi hadiah yang ditawarkan. Kami bergilir-gilir mencuba. Aku tak terkecuali. Turut mencuba. Peluang cuma ada tiga kali. Keranjang sangat tinggi. Memuncak sampak ke langit. Kalau baling tak cukup kuat memang tak akan sampai. Dahlah kena baling kuat, kena tepat pulak tu. Kalau tak kuat memang tersasarlah. Tiga kali aku cuba. Semua tak menepati sasaran. Kecewa aku. Dalam banyak-banyak orang yang mencuba, cuma Hafez seorang saja yang berjaya memasukkan bola ke dalam keranjang. Itu pun cuma sekali saja. Tapi sudah memadai untuk memperolehi hadiah yang dijanjikan tuan tanah. Tahniah Hafez.

Huda mencuba membaling bola ke dalam keranjang di puncak pokok.

Membuat balingan kedua dengan meningkatkan kuasa balingan. Tetap gagal.

Giliran isteriku pula.

Bagai gaya seorang pemain bola jaring profesional.

Giliran aku.

Balingan yang tepat.... mengenai kapalterbang Boeing 747 di angkasa.

Mencuba lagi untuk kali yang ke sejuta lima puluh.

Sesudah itu ada lagi game lain. Game sepak bola ke dalam gol kecil di tengah panas terik tengah hari buta. Tapi sepak bukan sebarang sepak. Ada cabarannya. Sebelum menendang, kena pusing setempat sepuluh kali. Lepas mabuk laut macam orang kena vertigo, baru boleh sepak bola. Memang melilaulah bola tu pergi. Game yang ni aku memang tak berani nak cuba. Tang pusing-pusing tu yang aku tak sanggup. Takut kalau dah mabuk tu langsung termuntah dan tersadai kat katil. 

Selepas tu ada game boling buah kelapa. Yang ini aku ada mencuba. Taklah susah sangat sebab dah biasa main game ni. Tapi masih gagal menumbangken kesemua botol dengan sekali baling. 

Ini game pusing-pusing dan sepak bola ke gol kecil.

Wawan sedang berpusing-pusing bak gasing.

Allahyarham Abang Ngah juga ingin mencuba.

Kalau tak silap aku, ada percubaannya yang tepat ke gawang gol.

Abang Zahid nak cuba juga.

Dah pening. Macam mana nak tendang bola?

Huda pun nak cuba juga.

Tendangannya juga tersasar.

Abang Zai mencuba main game boling buah kelapa.

Semua game ini dimainkan di bawah terik mentari dengan suhu menceah 300 darjah celsius.

Kami berhenti seketika untuk laungan azan oleh Allahyarham Abang Ngah dan seterusnya solat zuhur. Setelah selesai solat, barulah kami sambung game sukaneka untuk kanak-kanak pula. Antara game yang dipertandingkan ialah game membawa bola ping-pong dalam sudu di mulut. Ketika melihat bola ping-pong, aku terperasan wajah Pak Uda Zahid berkobar-kobar semangatnya nak main ping-pong. Apakan daya, meja ping-pong tak ada. Tak dapatlah mempamerkan kehebatannya bermain ping-pong pada kali ini.

Bersambung...

Allahyarham Abang Ngah melaungkan azan zuhur.

Memanggil semua untuk segera menunaikan solat.

Ini game untuk anak-anak pula.

Pegawai sukaneka mengarahkan anak-anak untuk beratur lurus.

Tetapi anak-anak lebih suka beratur senget.

Barisan sudah sedia.

Menanti arahan dari penyelaras acara.

Tak sabar-sabar nak memulakan larian.

Setelah puas berehat sebelumnya.

Bawa bola ping-pong dalam sudu di mulut.

Aleesya akan memulakan larian. Diikuti oleh Sabriena.

Menanti giliran untuk berlepas.

Yang dah bersekolah menengah pun boleh join game ni jugak.

Amier membawa bola ping-pong sambil merakam pergerakannya dalam handphone.

Lepas ni boleh share dekat Instagram.

Masih mampu fokus.

Memberi sokongan kepada kumpulan masing-masing.

Melihat rakaman tadi.


No comments:

Post a Comment