m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, April 7, 2020

Hari pertama Sabriena di sekolah tahun 2020

2 Januari 2020 - Tahun ini Sabriena darjah dua. Ini hari pertama dia masuk ke sekolah sebagai murid tahun dua. Masa rehat aku cepat-cepat pergi ke sekolah. Nak tengok Sabriena okay atau tak okay. Aku cuma risau kalau Sabriena tak reti nak beli makanan kat kantin tu. Aku pun tunggulah kat kantin. Tunggu sampai Sabriena keluar kelas. Tunggu punya tunggu akhirnya aku  pun nampaklah kelibat Sabriena sedang bergerak perlahan ke arah kantin. Aku panggil Sabriena. Tersenyum dia bila terlihat aku. Aku suruh Sabriena duduk kat bangku panjang dalam kantin. Murid-murid lain sedang berasak-asak membeli makanan di kaunter. Aku bagi tahu Sabriena, "Adik tunggu kat sini, ya? Nanti Papa beli makanan kat luar sekejap".

Aku pun bergegas ke kedai mamak seberang jalan dan membeli dua ketul ayam goreng. Aku bagi Sabriena makan seketul. Nampak berselera betul dia menggigit dan mengunyah daging ayam itu perlahan-lahan. Sampai habis. Tak lama selepas itu loceng berbunyi untuk Sabriena masuk ke kelas kembali. Sabriena bersalam dan mencium tanganku. Aku cium pipi Sabriena. Aku beredar dari sekolah. Puas hati dapat tengok Sabriena pada hari pertamanya tahun ini. Oh ya! Ada ayam lagi seketul dalam tanganku. Yang ini akulah yang memakannya. Ini memang habuan aku.

Sabriena kuberi seketul ayam goreng.

Sabriena pun mula memakannya.

Menggigit dan terus mengunyah.

Makan perlahan-lahan sampai habis.


No comments:

Post a Comment