m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, April 24, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Main pasir, makan nasi

Bahagian 15

Puas berhibur dengan permainan teka lakaran yang sangat mengeletek hati. (Menggeletek hati? Eeeeiii...... mengerikan!) Kami rehat lagi. Membiarkan anak-anak berbuat sesuka hati mereka. Siapa nak main pasir, silakan. Siapa nak makan minum, silakan. Siapa nak duduk-duduk saja, silakan. Siapa yang tak nak buat apa-apa, pun silakan. Sekarang acara bebas. Nak berenang dalam lumpur dan selut waktu air surut pun boleh. Tak siapa yang akan melarang. Cuma segala kemungkinan bahaya adalah di atas tanggungjawab sendiri.

Ienah dan Kak Enon bersama Allahyarhamah Kak Long.

Sepupu-sepupu bergabung - Suraya, Batrisyia dan Wanie.

Baru lepas habis main game melukis.

Abang Zahid masih memegang tiang khemah.

Nampaknya tiang ni dah semakin kukuh.

Baru Abang Zahid sedar ini bukan tiang khemah rupa-rupanya.

Anak-anak buat sand castle pakai pasir kering.

Menara dah terpacak di puncak bukit.

Menara solar yang bakal menerangi gelap malam.

Pembinaan istana pasir baru bermula di sini.

Bila matahari menegak atas kepala, hidangan tengah hari pun disajikan. Kami segera duduk berteduh di bawah bumbung. Mengambil makanan dengan resipi yang pelbagai. Bau makanan itu sendiri sudah menjadikan hati kami cair. Air liur meleleh deras menitis ke lantai. Kepala terlentok-lentok. Berjalan terhoyong-hayang bak zombie. Itu belum makan lagi. Kalau dah makan, tak taulah macam mana.

Kami semua makan dengan sangat berselera. Aku pun dah tak ingat menu apa pada tengah hari tu. Kalau tak silap aku ada kambing golek tiga ekor. Ada daging kijang seekor masak tiga rasa. Ada ayam belanda dan ayam german masak pindang. Tenuk masak stim. Dan kari kepala gajah. Oh! Hampir terlupa aku, ada juga ikan paus biru goreng tepung.

Makanan tengah hari sudah terhidang. 

Jom kita makan dulu!

Tidak berebut-rebut dan sangat bertimbang rasa.

Makanan hari ini - roti pita berinti sayur cincang dan daging goreng.

Ala-ala Arab style.

Anak-anak bermain buih sabun pula.

Buih sabun kelihatan cantik bila ia terbang ditiup angin laut.

Sambil-sambil makan, tuan tanah, Abang Hasni telah menghiburkan kami dengan alunan lagu Melayu berbagai rentak dan lenggok yang sangat meruntun jiwa. Tapi aku punya personal favourite ialah lagu "Zapin Laksmana Raja Di Laut". Pasal kat laut ada ikan. Boleh mancing. Hehehe... Sebenarnya memang sangat sedap nyanyian lagu tu oleh Abang Hasni. Tak siapa boleh menafikannya. Memang kena kontekslah, sebab kami semua sedang bersantai di tepi laut. Kami berehat-rehatlah dulu sementara tiba waktu zuhur.

Bersambung...


Abang Hasni menyanyi, dan Mohamad memberikan sebingkis tiang solar.

Dendangan yang sangat lunak.

Acara memanah bakal dimulakan.

Para peserta berkumpul di bawah wakaf.

Dan bersiap-sedia sambil memerhatikan tips memanah dari You Tube.

Allahyarham Abang Ngah Nordin.

Hadiahkan bacaan Al Fatihah untuk Allahyarham.

Duduk bersama yang lain di bawah wakaf.



No comments:

Post a Comment