Bahagian 12
Selepas senamrobik, keluarkan keringat,
kami berehat. Rehat kami tidak lama. Belum sempat pun punggung memanaskan bangku, kami telah dipanggil untuk berkumpul oleh pengelola acara - Hafez. Hafez membahagi-bahagikan kami kepada beberapa kumpulan. Tua muda kecil besar campur belaka. Macam rojak. Macam pasemboq. Enak dimakan. Sedap ditelan. Kami beratur panjang menghadap gelanggang bola tampar. Waktu ini masing-masing masih terfikir-fikir lagi, permainan apakah yang bakal kami mainkan sebentar lagi? Hafez memegang sebiji dadu besar seperti Pak Ibrahim Pendek dalam cerita Ali Baba Dengan Empat Puluh Penyamun. Oh! Barangkali kami akan main permainan "Kita Lihat Siapa Yang Kena". Tapi Hafez terus memberi taklimat panjang. Sangat panjang bak Lebuhraya Utara-Selatan. Dan kami pun faham. Rupa-rupanya kami perlu bergerak seperti lipan menuju jaring gelanggang bola tampar mengikut nombor pada dadu bila dilontar.
|
"Ini dadu hikmat," kata Hafez. |
|
"Dadu gergasi ini perlu dibaling". |
|
"Dan kita lihat siapa yang kena!" |
|
"Dapat nombor kecil, kita menang kecil". |
|
"Dapat nombor besar, kita menang besar". |
|
"Siapa nak jalan dulu?" |
Lantas masing-masing menyusun strategi. Siapa duduk depan. Siapa duduk tengah. Siapa duduk belakang. Macam mana nak melangkah. Dan macam-macam percaturan lagi yang kami susunkan, mengharapkan kemenangan di pihak kumpulan masing-masing. Namun terpaksa bersandar kepada nasib juga, kerana lontaran dadu tidak memastikan monbor yang dipinta akan tertera. Dadu dibaling bergilir-gilir. Dan kami melangkah bergilir-gilir juga. Semakin lama semakin menghampir ke jaring gelanggang bola tampar. Siapa yang sampai dulu, dialah yang menang. Beruntunglah kalau nombor enam selalu muncul bila dadu dilontar.
|
Jom kita melangkah berganding-ganding. |
|
Barisan jangan putus. |
|
Kita bergerak menuju kejayaan. |
|
Jangan ada yang ketinggalan. |
|
Pasukan lawan biar terus di belakang. |
|
Kejayaan sudah semakin hampir! |
|
Besarkan langkah bak langkah King Kong! |
|
Jaga-jaga! Jangan sampai terpijak kaki teman sendiri. |
|
Pasukan yang ketinggalan mula mengejar. |
|
Laju lagi. Laju macam kijang. |
|
Pimpin tangan si kecil agar tidak tercicir. |
|
Bila tiba di garisan penamat, kita terus kasi sengat!!! |
Permainan ini memang menyeronokkan. Ada yang terjatuh. Ada yang tercicir. Sorak-sorai mengiringi langkah. Gelak-tawa terhambur meriah. Yang menang sudah pasti melonjak kegembiraan. Cuma aku sudah tidak ingat kumpulan siapa yang menang. Yang aku ingat, kumpulan yang kalah juga berasa gembira kerana pada kala ini bukan kemenangan menjadi rebutan. Tetapi dapat bersama keluarga besar seramai ini yang diidamkan.
Selepas bermain, kami berehat lagi. Minum air biar hilang hausnya. Makan juadah biar lenyap laparnya. Duduk santai biar terhapus penatnya. Baiklah, kami tunggu lagi. Dengar khabar ada permainan lain yang lebih menduga minda dan tidak kurang keseronokan yang bakal dibawanya.
Bersambung...
|
Minum Milo biar jadi kuat dan sihat. |
|
Bapa mithali menyuapkan anak makan. |
|
Makan pelan-pelan. |
|
Kasih sayangnya sama rata terhadap semua. |
|
Tuan tanah, Abang Hasni bermurah hati menyediakan ruang untuk kami berkumpul. |
|
Piya berehat di hammock. |
|
Sambil memegang cengkerang yang cantik. |
|
Thaqif juga duduk di hammock. |
|
Sambil bermain game digital |
|
Tersentak dengan kehadiranku. |
|
Brader Mohamad masih berehat di wakaf. |
|
Hairi pun demikian juga. |
|
Ayah, ibu, datuk dan makcik melayan baby comel. |
|
Nana berusaha keras membuat baby ketawa. |
No comments:
Post a Comment