22 Jun 2019 - Ini satu lagi kisah silam yang baru aku nak ceritakan. Anak saudara kami - Ashraf dan Shirah membuat kenduri aqiqah untuk bayi mereka yang baru dilahirkan ketika itu. Kami pun pergilah ke rumah mereka di Semenyih (kalau tak silap aku). Kami datang agak awal jugak. Jadi pilihan juadah masih banyak lagi. Yang pertama kami serbu sudah tentulah kambing golek yang telah pun dipotong kecil untuk memudahkan para tetamu memakannya. Gabungan kambing golek dengan sos lada hitam serta meshed potato sudah pastilah merupakan satu kombinasi mantop yang menggugat kewibawaan seseorang individu itu. Dan itulah juadah yang perlu aku baham dulu. Rakus dan dengan penuh berselera.
Kak Esah, Amier dan Mukamil. |
Melayan cucu saudara. |
Intan menjamah kambing golek sambil bergolek-golek. Hehehe... |
Amin dan Ika juga makan kambing golek. Sambil mengembek. Mmmbbeeekkk... |
Isteriku masih melayan cucu saudara mewarna. |
Sabriena macam dah bosan. |
Asyraf mendukung baby. |
Baby didukung oleh ayah. |
Seperti yang aku katakan tadi, makanan agak banyak terhidang di atas meja yang diletakkan di bahagian porch rumah. Satu-satu juadah aku cuba tanpa rasa segan-silu. Sampai dah tak boleh nak sumbat apa-apa lagi ke dalam perutku kerana telah full tank. Inilah pertama kali kami bertandang ke rumah Asyraf dan Shira. Sebab tu aku memberanikan diri untuk memakan lauk-pauk yang terhidang. Lagi pun kami berada di sana agak lama jugak. Duduk lama-lama tak tau pulak nak buat apa. Yang aku tau cuma mengunyah ajelah. Kami sangat-sangat berterima kasih kepada Asyraf dan Shirah dan seluruh keluarga mereka yang telah menjemput kami dan melayan kami dengan baik, dan tak kisah kalau aku makan banyak-banyak, kerana juadahnya semua sedap-sedap belaka. Kepada baby, Selamat Hari Aqiqah! Eh! Ada ke orang sambut Hari Aqiqah? Tak kisahlah. Apa-apa pun semoga Asyraf dan Shirah sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki, berkat rezeki dan sihat sejahtera selalu. Ameen!
Bergambar beramai-ramai. |
Bergambar dengan tuan rumah. |
Masa ni yang datang kat rumah tu ialah keluarga kami dan keluarga Kak Esah. |
Tiga generasi berbeza. |
Isteriku bersama Asyraf dan baby. |
No comments:
Post a Comment