m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, April 20, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Cuba lukis benda itu!

Bahagian 14

Kami semua sudah berehat dengan secukupnya. Kami lantas dipanggil balik untuk bertugas. Bertugas untuk meneruskan permainan rakyat. Permainan yang kami sendiri tidak pasti jenisnya. Tapi kami akur dengan sahutan dari penyelaras acara - Hafez. Hafez dibantu oleh orang-orang kuat beliau - Fai dan Syafiq. Kami berkumpul dan beratur mengikut kumpulan yang telah ditetapkan terdahulu. Belum nampak lagi imbas-imbas gerak laku yang perlu kami gayakan. Masih menanti dengan sabar arahan seterusnya dari Hafez. "Hafez! Apakah permainan kami kali ini? Kami sudah tak sabar lagi. Penantian ini menyeksakan". (Diiringi dengan lagu suspen di background).

Masing-masing diberi kertas sehelai seorang. Oh! Main lukis-lukis rupanya. Wah! Seronok sungguh aku. Kebetulan aku memang suka melukis. Tiap-tiap hari aku melukis. Macam-macam gambar aku lukis. Badak, gajah, tenuk, gorila, semua aku lukis. Kalau game lukis-lukis ni memang makanan aku. (Ya ke?) Sebenarnya ada "twist" pada game ini. Maklumat diberikan kepada orang pertama untuk melukiskan objek yang telah ditentukan penganjur. Sketsa ini ditunjukkan kepada orang kedua dalam beberapa saat sahaja. Dan orang kedua perlu memahami sketsa itu dan dia pula perlu melakarkan objek itu di atas kertasnya. Begitulah terus-menerus. Sampai melebihi sepuluh orang. Dan orang yang terakhir perlu meneka apakah objek yang telah diamanahkan oleh penganjur untuk dilukis. Aku merupakan orang pertama. Aku diarahkan untuk melukis gambar harimau. Tetapi setelah melalui proses yang panjang, gambar harimau itu akhirnya bertukar menjadi kucing. Not so bad-lah, kan? Kucing dengan harimau kira adik-beradik jugaklah.

Kami semua mula berhimpun.

Tanpa mengetahui arahan apakah yang bakal diberi.

Sedang mendengar taklimat dengan penuh fokus.

Panjangnya taklimat yang disampaikan.

Masing-masing sudah semakin bersemangat untuk memulakan permainan.

Buat regangan otak sekejap.

Kertas diberikan sehelai seorang.

Lepas ni boleh main roket-roket.

Allahyarhamah Kak Long bersama Sabriena.

Duduk di buaian berdua.

Abang Zahid berpaut pada tiang khemah.

Untuk memastikan khemah tidak roboh.

Game belum bermula, tetapi Fai sudah ketawa terlebih dulu.

Abang Zahid sedang meneka haiwan apakah itu. Mungkin spesis yang baru ditemui di dunia.

Adakah itu tikus, capybara, tenuk atau marmot?

"Ini sudah tentu biawak komodor. Confirm!" teka Abang Zahid.

Tetapi rupa-rupanya gambar asalnya ialah "jamban".

Allahyarham Abang Leman sedang melakar helikopter.

Diperhatikan oleh Hafez.

Acara lakar-melakar sedang berlangsung.

Marshall memastikan tiada sebarang penipuan.

Ienah sedang mencuba mendapatkan maklumat sulit dari Hafez.

Tetapi gagal.

Dalam banyak-banyak kali melukis, cuma sekali saja maksud lukisan tidak berubah, kapalterbang di awal sketsa, dan di hujung sketsa juga masih kapalterbang. Yang lain-lain memang selalu tersasar maksudnya. Dari helikopter menjadi burung. Dan macam-macam lagilah. Tetapi bagi aku yang paling kelakar ialah gambar jamban di sketsa awal menjadi tikus di sketsa akhir.

Inilah permainan yang paling menghiburkan. Pecah perut kami kerana terlalu banyak ketawa. Terbahak-bahak. Kah kah kah. Saling ejek-mengejek dan bergurau-senda. Memang seronok. Tapi yang terlibat perlu ramai. Dan sangat bertepatan sebagai acara untuk Hari Keluarga. Terima kasih Hafez dan orang-orang kuatnya kerana memperkenalkan game yang sangat hebat dan kelakar ini kepada kami.

Bersambung...

Ienah sedang melukis di belakang Azira.

Syafiq memegang kepala Syauqi agar tidak menoleh.

"Yes, we are brothers. But rule is rule."

Strict betul marshall yang ini.

Okay. Azira dah selesai melukis.

Syauqi melihat objek yang telah dilukis oleh Azirah. Penuh persoalannya.

Syauqi masih cuba memahami lukisan Azirah.

Nak kata ayam, tak ada sayap. Nak kata gajah tak ada belalai. Nak kata monyet, tak ada pisang.

Hantam sajalah, Janji ada gambar.

Syafiq tergelak besar melihat sketsa Syauqi yang nyata telah tersasar jauh dari yang asal.

Kak Enon perlu meneka. Hafez melarang Syauqi dari memberi maklumat.

"Satu peluang lagi", kata Syafiq.

Kumpulan selanjutnya memulakan lakaran.

Faridz memulakan lakaran.

Dekat tiga jam Faridz melukis. Siap pakai cat minyak dan air brush lagi.

Syafiq mengarahkan semua peserta untuk akur kepada undang-undang.

Faridz sudah selesai melukis.

Giliran Angah Nabihah pula.

Seterusnya giliran Faqehah pula.


No comments:

Post a Comment