m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 19, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Waktu rehat selepas bermain

Bahagian 13

Selepas penat bermain permainan melangkah seperti lipan, kami terus berehat. Anak-anak mula berasa lapar. Ibu dan ayah menyuapkan ke mulut anak-anak makanan yang ada dihidangkan. Semua makan dengan berselera, walaupun pada waktu pagi masing-masing telah pun bersarapan. Waktu panas-panas begini, di tepi laut pulak tu, minuman air sirap sejuklah yang paling laku. Bertong-tong, bertangki-tangki, berlori-lori air minum disediakan. Dan semua itu habis dalam sekelip mata. Gulp! Aaaahhh...

Zila menyuapkan makanan ke mulut Fateh dan Zarith. Iena memerhati.

Sekarang giliran Fateh.

"Inilah bihun goreng paling sedap dalam dunia", kata Fateh.

Sabriena mencari air sirap. Entah gelas ke berapa yang ini?

Tuan tanah bertnya khabar dengan kekanda-kekandanya.

Semua puas hati dengan kemudahan yang disediakan.

Isteriku bersama teman baiknya - Ienah. Mohamad ada di backround.

Sekarang Mohamad dah hilang dari background.

Bersama isteri tersayang.

Ber-dating sekejap.

Okay. Mohamad telah muncul semula di background.

Sesudah makan dan minum, kami berehat lagi. Duduk bersembang dengan ahli keluarga dan teman-teman. Waktu tengah hari angin laut tak kuat menghembus. Agak panas jugalah cuaca dan suasana pada ketika itu. Bila petang barulah terasa kenyamanan anginnya. Buat masa ini kita berpeluh-peluhlah dahulu. Berdingin-dingin kemudian.

Bersambung...

Sahabat baik kami.

Ini namanya double date.

Kawan kami dari Raub, Pahang - Mohamad dan Ienah.

Selalu hadir dalam acara yang kami anjurkan.

Mencari dan meneguk air sirap sejuk.

Agar haus dahaga pergi jauh.

Nana duduk berehat di wakaf.

Masih lagi di wakaf.

Sabriena dengan anak saudaranya.

Dua orang adik-beradik - Adam dan Thaqif.

Abang Long kawasan datang menegur dua beradik ini.

Hammock dah tak muat nak tampung seorang lagi.



No comments:

Post a Comment