m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 12, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Senamrobik ramai-ramai

Bahagian 10

Setelah semua peserta selesai makan sarapan, kami diarahkan untuk berkumpul di tanah lapang berpasir untuk acara selanjutnya - senamrobik. Pengendali acara ini ialah cucu saudara kami - Hani. Hani memang masuk kelas menari. Jadi dialah orang yang paling layak untuk memimpin kami mengerakkan setiap angota tubuh mengikut alunan muzik yang dipasang. Semua terlibat dalam acara ini. Tak kira tua atau muda. Besar atau kecil. Dewasa atau bayi. Gerak tarinya agak simple dan sangat mudah diikuti. Aku tak terkecuali. Turut bersama yang lain bersenamrobik.

Faridz dan Azi menanti acara selanjutnya.

Acara senamrobik bakal berlangsung sebentar lagi.

Taqif dan Syauqi juga sedang berehat sebelum bersenam.

Faridz sudah tak sabar nak berjoget.

Menyimpan tenaga sebelum beraksi.

Peserta telah dikumpulkan di kawasan lapang.

Anak-anak juga menyertai senamrobik ini.

Mengambil tempat masing-masing.

Sedang mengikut arahan penganjur.

Masing-masing sudah tak sabar-sabar untuk berzumba dan bersenamrobik.

Sebentar lagi akan dimulakan.

Satu... dua.... tiga... mula!!!

Hani sudah mula beraksi.

Muzik sudah dimainkan.

Kita mula dengan rentak mudah dahulu.

Goyang-goyang badan macam tarian agogo zaman 60an.

Goncang badan kuat sikit macam head banging rock and roll.

Sekarang tukar macam joget lambak pulak.

Sekarang gerak bebas semula secara perlahan.

Walaupun gerak tarinya agak mudah, namun bagi orang yang mempunyai anggota tubuh badan yang keras macam kayu, seperti aku, agak terkial-kial jugaklah untuk melaksanakan tugas mudah ini. Tak apalah, Hentam sajalah, Labuuuu... Sedikit masa yang diluangkan untuk bersenamrobik sudah memadai untuk membuat kami berasa cergas. Peluh mengalir deras. Bak hujan monsun timur laut pada hujung tahun. Macam-macam rentak lagu yang dimain dan ditarikan. Dari rentak hip-hop, ke tradisional, ke kontemporari, dan macam-macam lagi rentak yang aku sendiri tak berapa nak faham. Yang penting kami semua enjoy. Darah yang mengalir dalam tubuh juga lancar. Menyalurkan oksigen secara menyeluruh. Paru-paru berkembang dan mengempis dengan sempurna, melancarkan pernafasan. Kami puas. Ada kesempatan, kita buat lagi.

Bersambung...

Fai membuka bunga silat tari.

Fai kecewa kerana rentak muzik telah bertukar.

Huda sangat bersemangat mengikuti rentak tari puterinya, Hani.

Angkat tangan tanda kemenangan.

Tiga beradik ini sepakat untuk membuat rentak tari ciptaan mereka sendiri.

Nampaknya Nurin telah ada ideanya sendiri dalam beraksi.

Senaman diberhentikan seketika untuk masing-masing mengambil nafas.

Abang Zahid dan dua orang puteranya juga sangat bersemangat.

Tiga generasi bergabung tenaga.

Namun akhirnya mereka angkat tangan menyerah kalah.

Dan terus melambai-lambai kepada audien.

Brader Muhamad Khasheb enter frame dengan melakukan tarian al-Arabia.

Irama padang pasir di atas timbunan pasir pantai.

Menanti arahan selanjutnya.

Dengar khabarnya lepas ni kena menari tarian waltz pulak.

Seorang paparazzi, Saleh sedang mengambil gambarku.

Senamrobik sudah pun selesai.


No comments:

Post a Comment