m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, April 30, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Sambutlah sayang!

Bahagian 18

Macam-macam acara sukaneka telah dilangsungkan. Kini tiba acara yang melibatkan pasangan suami isteri, adik-beradik atau ibu anak. Acara ini dinamakan "Sambutlah Sayang". Tapi sebenarnya sambut belon yang berisi air. Kalau ada himpunan Hari Keluarga, permainan ini mesti kami anjurkan. Dah jadi tradisi. Dan pastinya menyeronokkan!

Belon pelbagai warna diisi dengan air. Tidak terlalu penuh, dan tidak terlalu sedikit. Sekadar boleh dilambung dan ditangkap dengan selesa tanpa mudah pecah. Kami diberi sebiji belon untuk satu pasangan. Mula-mula merapat. Kemudian semakin menjauh. Undang-undangnya mudah - baling dan tangkaplah belon. Siapa terlepas, dia tersingkir. Kalau belon pecah, dia juga tersingkir. Itu saja. Jom kita mulakan.

Menanti permainan tradisi dimulakan.

Bersama pasangan masing-masing.

Penyelaras acara, Hafez memanggil semua peserta untuk berkumpul.

Dan kami pun berkumpul tanpa lengah.

Masing-masing telah cukup bersedia.

Kaum ibu juga telah bersedia.

Kami diarahkan untuk merapat.

Dan saling berpegangan tangan.

Menambah kemesraan.

Tangan jangan dilepaskan.

Aqif pun nak main jugak nampak gayanya.

Tapi tak ada pasangan.

Huda berpasangan dengan Azira sebab Hafez terpaksa menjadi juri.

Masih berpegangan tangan lagi.

Bagai enggan terpisahkan.

Belon diagih-agihkan kepada kami.

Semua pasangan telah mendapat sebiji belon hikmat.

Pegang belon elok-elok. Jangan bagi jatuh.

Azira memegang belon bagai menatang minyak yang penuh.

Oops! Ada pengumuman lagi ke?

Peserta sudah tak sabar-sabar nak memulakan permainan.

Cuaca semakin panas.

Tapi masih belum boleh mula lagi.

Bermula dengan jarak setengah meter dari pasangan masing-masing. Sangat mudah. Belon tak perlu dilambung. Sekadar menghulur dan menerima dengan tertib. Kemudian pasangan dijarakkan lagi sejauh dua langkah. Masih lagi mudah. Tetapi gementar sudah mula dirasakan. Semakin jauh jarak antara pasangan, semakin meningkatlah rasa cemas, gementar, dan ragu-ragu. Hanya keyakinan diri yang tinggi mampu mengatasi segala rasa negatif ini. Bila diri tidak yakin, mulalah membuat balingan yang bukan-bukan. Terlalu kuat, terlalu lemah, atau terus tersasar dari target. Itulah yang sering berlaku. Ini adalah perasaan yang tidak mudah dibendung. 

Namun demikian, pada permainan kali ini, kesemua pasangan nampaknya mempunyai kuasa jati diri yang tinggi. Belon dilambung dan disambut dengan penuh konfiden. Semakin lama semakin jauh jarak kami dari pasangan masing-masing. Dan kini kalau diukur dengan pita ukur, jarak di antara pasangan sudah mencecah 3 kilometer. Dan permainan masih diteruskan. Bila jarak mencecah angka 15 kilometer, barulah seorang demi seorang mula kecundang. Yang tinggal hanya beberapa pasangan sahaja yang masih mampu bertahan. Dipendekkan cerita, pemenang kali ini jatuh kepada pasangan Abang Karim dan Kak Sabar. Dan pada ketika itu jarak di antara kedua pasangan itu adalah kira-kira dari Pulau Batam ke Songkhla, Thailand. Itulah rekod dunia paling jauh sekali yang pernah dicatatkan dalam permainan ini.

Bersambung...

Permainan hampir dimulakan.

Balingan pertama sangatlah mudah dot com.

Semua pasangan berjaya melangkah ke round kedua.

Terserlah kegembiraan di wajah masig-masing.

Jom kita bergerak lebih jauh lagi.

Kalau dekat sangat tak mencabar.

Sekarang barulah lebih mencabar.

Kaum ibu sedang bersedia untuk menyambut belon air.

Belon dilemparkan dengan penuh kasih sayang.

Semua orang dapat menangkap dengan jayanya.

Jarak ini pun masih terlalu mudah bagi kami.

Pakar-pakar lambung dan sambut sedang beraksi.

Ternyata sangat kacang.

Abang Karim berjaya menangkap belon menggunakan kaki sebelum belon mencecah tanah.

Kak Sabar berjaya menyambut belon dengan penuh kesabaran.

Penangkap-penangkap belon yang terhandal di dunia.

Ini scene baru mula tadi.

Cuba perhatikan masing-masing dengan gaya profesional.

Bagai menanti buah tak gugur.

Terserlah kasih sayang di antara pemain.



Wednesday, April 29, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Ada lagi game sukaneka

Bahagian 17

Habis pertandingan memanah, acara yang lain pula menanti untuk dipertandingkan. Tuan tanah, Abang Hasni menawarkan hadiah lagi. Lumayan juga habuannya. Kali ini peserta perlu mencuba memasukkan bola keranjang ke dalam keranjangnya yang terletak tinggi di atas pokok. Tak semudah yang disangka. Sekali imbas nampak macam senang dan ada harapan untuk memperolehi hadiah yang ditawarkan. Kami bergilir-gilir mencuba. Aku tak terkecuali. Turut mencuba. Peluang cuma ada tiga kali. Keranjang sangat tinggi. Memuncak sampak ke langit. Kalau baling tak cukup kuat memang tak akan sampai. Dahlah kena baling kuat, kena tepat pulak tu. Kalau tak kuat memang tersasarlah. Tiga kali aku cuba. Semua tak menepati sasaran. Kecewa aku. Dalam banyak-banyak orang yang mencuba, cuma Hafez seorang saja yang berjaya memasukkan bola ke dalam keranjang. Itu pun cuma sekali saja. Tapi sudah memadai untuk memperolehi hadiah yang dijanjikan tuan tanah. Tahniah Hafez.

Huda mencuba membaling bola ke dalam keranjang di puncak pokok.

Membuat balingan kedua dengan meningkatkan kuasa balingan. Tetap gagal.

Giliran isteriku pula.

Bagai gaya seorang pemain bola jaring profesional.

Giliran aku.

Balingan yang tepat.... mengenai kapalterbang Boeing 747 di angkasa.

Mencuba lagi untuk kali yang ke sejuta lima puluh.

Sesudah itu ada lagi game lain. Game sepak bola ke dalam gol kecil di tengah panas terik tengah hari buta. Tapi sepak bukan sebarang sepak. Ada cabarannya. Sebelum menendang, kena pusing setempat sepuluh kali. Lepas mabuk laut macam orang kena vertigo, baru boleh sepak bola. Memang melilaulah bola tu pergi. Game yang ni aku memang tak berani nak cuba. Tang pusing-pusing tu yang aku tak sanggup. Takut kalau dah mabuk tu langsung termuntah dan tersadai kat katil. 

Selepas tu ada game boling buah kelapa. Yang ini aku ada mencuba. Taklah susah sangat sebab dah biasa main game ni. Tapi masih gagal menumbangken kesemua botol dengan sekali baling. 

Ini game pusing-pusing dan sepak bola ke gol kecil.

Wawan sedang berpusing-pusing bak gasing.

Allahyarham Abang Ngah juga ingin mencuba.

Kalau tak silap aku, ada percubaannya yang tepat ke gawang gol.

Abang Zahid nak cuba juga.

Dah pening. Macam mana nak tendang bola?

Huda pun nak cuba juga.

Tendangannya juga tersasar.

Abang Zai mencuba main game boling buah kelapa.

Semua game ini dimainkan di bawah terik mentari dengan suhu menceah 300 darjah celsius.

Kami berhenti seketika untuk laungan azan oleh Allahyarham Abang Ngah dan seterusnya solat zuhur. Setelah selesai solat, barulah kami sambung game sukaneka untuk kanak-kanak pula. Antara game yang dipertandingkan ialah game membawa bola ping-pong dalam sudu di mulut. Ketika melihat bola ping-pong, aku terperasan wajah Pak Uda Zahid berkobar-kobar semangatnya nak main ping-pong. Apakan daya, meja ping-pong tak ada. Tak dapatlah mempamerkan kehebatannya bermain ping-pong pada kali ini.

Bersambung...

Allahyarham Abang Ngah melaungkan azan zuhur.

Memanggil semua untuk segera menunaikan solat.

Ini game untuk anak-anak pula.

Pegawai sukaneka mengarahkan anak-anak untuk beratur lurus.

Tetapi anak-anak lebih suka beratur senget.

Barisan sudah sedia.

Menanti arahan dari penyelaras acara.

Tak sabar-sabar nak memulakan larian.

Setelah puas berehat sebelumnya.

Bawa bola ping-pong dalam sudu di mulut.

Aleesya akan memulakan larian. Diikuti oleh Sabriena.

Menanti giliran untuk berlepas.

Yang dah bersekolah menengah pun boleh join game ni jugak.

Amier membawa bola ping-pong sambil merakam pergerakannya dalam handphone.

Lepas ni boleh share dekat Instagram.

Masih mampu fokus.

Memberi sokongan kepada kumpulan masing-masing.

Melihat rakaman tadi.